I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Childhood. Show all posts
Showing posts with label Childhood. Show all posts

Tuesday, August 26, 2025

Saya mangsa buli

 Bila baca tajuk ni rasa macam x percaya je kan? heh aku pun hampir x percaya. benda dah lama jadi. aku pun dah malas nak fikir dah sebenarnya tapi bila kes buli sampai mendatangkan kematian makin menjadi2 kat Malaysia ni, aku jadi triggered.

aku x boleh dengar lagu untuk budak tu.

aku bukan x simpati

aku x boleh

sama macam aku x boleh tengok gambar dekat G@za

anyway, orang kalau tengok aku mesti x percaya aku pernah kena buli. ala kalau aku cakap dulu aku pernah masuk pertandingan nasyid pun orang x percaya kan....

aku masa kecik2 memang agak boyish. tomboy la orang panggil. kawan pun ramai budak lelaki. masa tu aku sekolah area bandar. jadi kalau kawan dengan lelaki tu biasa. masa rehat cari spider sama2 tu biasa. petang2 main basikal pastu panjat pokok pun biasa. aku bukan x main dengan budak2 perempuan cuma diorang ni kuat merajuk. aku plak hati kental, malas nak pujuk. baik aku main dengan budak lelaki. kurang sikit drama.

tetiba masa nak masuk darjah 6, aku kena pindah sekolah sebab ayah aku kena tukar tempat keje. jadi aku dah tukar jadi alim2 sikit sebab sekolah kampung kan lelaki perempuan meja asing2. duduk dekat kantin pun asing. aku sekolah kawasan kampung situ sampai tingkatan 3. 

bila masuk tingkatan 4, aku dapat masuk sekolah asrama. bukan la sekolah yg paling top tapi top 10 jugak kot. entah aku lupa. sekolah ni pun acah2 islamik la kot. tapi dalam kelas duduk tak asing sangat. lelaki duduk depan, perempuan duduk belakang. masa ni la aku kenal bestfriend aku. yang x best nya, die x duduk asrama.

masa minggu orentasi kawan aku lepak la asrama tapi lepas je setel, dia terus mintak keluar. x tahan dengan peraturan asrama. asrama kitorg amalkan sistem adik dengan kakak angkat. kirakan bila ko masuk dorm, kan ada katil tingkat.. biasanya junior akan kena tido atas. senior akan tido bawah. bila ko satu katil dengan senior ni, automatik die jadi kakak angkat ko.





ala sekolah aku ni pun ada 2 form je. tingkatan 4 dengan tingkatan 5. beza setahun je pun. tapi still diorang ni kategori senior..kategori kakak abang.,memang tak boleh langgar cakap diorang la kiranya. 

ok aku cerita ni dari sudut pandang aku ye. kalau rasa ini bukan kes buli, x payah la sambung baca.


masa mula2 aku masuk dorm, aku masuk lambat sehari kot dari hari pendaftaran. sebab surat sampai lambat. jadi bila masuk dorm, semua katil dah ada orang. almari pun sama. katil yg tinggal cuma katil ketua dorm, sbb dia selalu x lepak dorm jadi xde budak nak tido katil die. jadi aku la jadi junior die merangkap adik angkat. tapi disebabkan die tido dorm kawan die, org lain amik alih jadi 'ketua' dorm. kira ketua x sah la.

bermula la aku jadi orang suruhan diorang. ye, bukan sorang. semua senior dorm tu tuju kat aku. nak amik barang, suruh aku. tutup kipas, aku tutup. makanan aku pun diorang sebat. sbb nya...aku xde almari. almari aku adalah almari general. maksudnya diorang sesuka hati boleh letak barang kat situ. junior pun ikut sama ye. cuma ada sorang je junior yg ok dgn aku.

tahun tu tahun paling perit dlm hidup aku. sbb kan masa tu jugak ada krisis dalam famili aku. awal tahun tu hari2 aku nangis dalam tido. dengan keje sekolah yg berlambak. suasana asrama yg sangat tah apa2 bagi aku. senior ibarat raja. kalau baik dgn warden, boleh je buat macam2. 

sampai la ada kes budak fly. masa tu form 5 semua balik rumah sbb nanti diorang nak exam ke apa tah. aku lupa. cuma ada sorang senior je yg ada konon untuk jaga junior la. tapi senior ni boleh plak ajak beberapa org junior ikut die fly. kecoh jugak la masa tu. warden sampai nak call polis. 

anyway, sejak lepas dari hari tu senior tu dah kurang kacau aku. dan bila aku jadi senior tahun selepas tu, aku dah x amalkan apa yg senior2 aku buat. kawan2 aku pun sama. aku gurau dengan junior macam member. aku x guna peraturan mengarut senior aku. 

jadi bila korang baca ni mesti korang fikir...eh tang mana buli nya?

ye, aku bukan di buli secara fizikal. tapi secara mental. dari dulu pun orang selalu panggil aku pelik sbb macam tomboy pastu muka keras. ada yg panggil aku robot. tapi dulu aku x amik kisah pun tapi bila kita jauh dari famili, pastu orang buat macam tu pulak... memang aku terasa sangat.

dan senior aku tu...aku xtau la apa jadi kat die. harap dia sihat la kot.


mesti ada satu lagi persoalan dalam fikiran korang..dari sini ke bermulanya depression aku?

entah. sbb masa kecik pun aku dah mula ada episod turun naik tu. cuma orang x perasan je. dan masa kecik, ko rasa xde masalah. semua ok je. dapat makan, dapat main, ok la tu. cuma kita dah dewasa, ada macam2 peristiwa terjadi dalam hidup sampai kan kita rasa ini macam cerita dalam drama je. x mungkin realiti tapi itulah yg terjadi.

aku pun masih dalam fasa pemulihan. belum baik sepenuhnya. sbb bila ko dah pernah alami episod kemurungan yg serius, nak pulih macam sediakala bukanlah mudah. perlu melalui sesi terapi yg banyak dan ambil masa yg agak lama. macam terapist aku pernah cakap, to reach our breaking point is hard, to heal from it is double hard.

untuk masa sekarang aku dah sampai tahap reda. biarlah Allah yg jaga aku. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa kepada-Nya nescaya Dia akan kabulkan. Aminnn..




Friday, February 19, 2016

Kisah sebuah beg

minggu lepas, Nia ajak aku belikn die beg skola. bukan die xde beg slame ni cuma beg die tu kecik. so sekarang die asik bising je buku die x muat masuk dlm beg tu. hehehehe

beli kt kedai beg biasa je tapi boleh tahan mahal jugak beg skola budak ek. aku bukan kedekut. aku x kisah beli mahal2 asalkan boleh tahan lama. masa beli tu, teringat aku masa kecik2. aku boleh kira berapa kali aku beli beg skola. x sampai 10 kali kot. sbb biasa nye beg aku blh tahan sampai dekat 5 tahun jugak la.

walaupun ayah aku keje gov tapi gaji masa zaman dulu kn kecik. adik-beradik aku lak ada 5 org. jadi klau blh memang kena byk jimat la. nasib baik kitorg ni jenis x kisah. kalau takat org ejek tu aku dah biasa. sbb beg aku biasa nye ayah akan beli yg jenis tahan lasak punye. beg tu jenama umbro kot. ko bayangkan budak skola rendah dah pakai beg umbro ok. tapi aku x kisah. sbb aku kn tomboy sket. sbb tu kot bila dah besar pun aku jenis x kisah pasal fesyen ke apa. sbb x mati kot klau x ikut fesyen pun kan.heheh






masa tgh pilih beg Nia tu, klau ikutkn aku nk belikn die beg yg lasak sket. biar tahan lama. lagipun aku tgk beg yg lain tu material die jenis berat. jadi bila dh isi buku mesti jadi lebih berat kan? tapi dah Nia minat beg princess kan. aku ikutkn jela. cuma aku dah bagi die syarat yg beg die kena tahan 5 tahun, xleh main beg tu selain tuk bawak pegi skola n jaga jangan sampai koyak. pergh syarat macam la Nia ingat.

hopefully Nia akan jaga barang die baik2. bila di fikirkan balik, bagus jugak hidup zaman dulu2. g skola hepi je xde nk bersaing dgn sape2. dapat duit belanja 50 sen pun dah rasa cukup nikmat dah tu. sekarang ni aku bagi anak aku duit rm1 die buat main je. eh td cerita pasal beg kan tetiba crite lain laksss hehehe ala macam x biasa....

Monday, May 18, 2015

Teringat kenangan zaman kanak-kanak

kan ari tu aku ada gi kursus penulisan kan, so sekrang ni rasa cam berkobar2 lak nak menulis walaupun penulisan macam tah apa2 je. ada rasa nak buat buku masakan....hahahah macam expert sangat jew. ada rasa gak nak buat buku cerita pasal zaman kanak2 aku. yela budak2 zaman sekarang ni sibuk dgn gajet je.

owh cakap pasal zaman kanak2, aku dulu duduk kuarters kerajaan rumah bandung(2 rumah yg bercantum). jadi rumah kitorg ni memang ada laman la. kat situ la ayah aku tanam pokok rambutan, pokok betik, pokok durian, pokok nangka dan macam2 lagi la. jadinye tiap2 ari minggu kitorg kena sapu laman. dah la pokok rambutan tu daun yg gugur banyak giler. tapi tiap2 kali sapu tu, setiap sorang akan dapat upah 20sen.

20sen zaman tu kira banyak tau. dapat la beli jajan satu, atau main tikam2 ke(ni abg aku banyak buat), x pun beli gula2 dpt percuma cincin. kadang2 masa nak beli tu, cincin kaler merah tinggal satu je. so berebut la dgn adik aku sape yg dapat beli. slalu aku beralah je. dapat beli cincin, esoknye gi skola tunjuk kat kawan2 ada cincin baru. hahahahah





biasa gula2 yg diorg jual tu warna merah pastu kat hujung akan ikat cincin skali.
cincin tu la yg slalu jadi rebutan.






kitorg masa kecik2 slalu main dgn adik-beradik je. kadang2 ada la jugak kawan aku datang rumah. ada gak main dgn jiran depan rumah aku. diorg 3 beradik je. yg sulung(shah) dgn yg 2nd(syu) sama baya dgn akak n abg aku. yg kecik(dani) sebaya adik aku. ada skali tu, kitorg main rumah hantu. aku pun xtau la ni idea sape. rasanya ni idea jiran aku yg sama baya dgn akak aku kot. sbb die ni otak slalu ligat sket.

sebelah rumah die ada laman gak. tapi diorg x rajin bercucuk tanam macam ayah aku, so macam semak sikit la. kitorg pun ubah semak tu jadi rumah hantu. diorg berempat(shah, syu, akak aku, abang aku) jadi hantu. aku x ingat aku jadi hantu ke x. eh aku jadi pelanggan kot. sbb aku ingat aku masuk 'rumah hantu' tu, pastu jumpa la abg shah, pastu akak aku, pastu kitorg dgr mak abg shah jerit suruh balik. pastu semua lari lintang pukang. hahahahahah

bila akak n abg shah dah darjah 3 kot, diorg dah kurang main dgn kitorg. abg shah dah ada geng die. yg akak aku lak asik belaja je. abg aku? asik memerap dlm bilik lukis kartun. so secara x langsung, aku la yg jadi ketua. kebetulan masa tu, sepupu aku(mak die akak ayah aku) baru stat jadi cikgu. anak2 die(anak sedara aku) mak aku la yg jaga. ye, aku dgn anak sedara aku dekat2 sama baya.

anyway, aku ni kan tomboy sket. so x main la main masak2 ni. slalu tu aku gi panjat pokok rambutan la, gi kejar ayam la. adik dgn anak sedara aku ikut jela. ada sekali tu, aku rasa cam nak tangkap ayam la. tgk dlm tv, macam senang je. so aku korek lubang, pastu letak cacing banyak2 dlm tu, pastu cover dgn daun. jadi bila ayam tu masuk je dlm lubang, aku terus tangkap die.








aku gi nyorok kat belakang kereta ayah aku. bila aku datang balik kat perangkap tu, ayam dah ke mana, cacing dah masuk dlm tanah. yela, fikiran budak2. dah la korek lubang pun ngam2 je besar kaki ayam. ada hati nak perangkap ayam. ayam tu mesti tgk lubang tu  n fikir 'tah apa la yg budak tu fikir. hahahaha

tapi ada satu kenangan ni yg paling aku xleh lupa la. eh xnak cerita la. malu. hehehehe
suka kan buat suspen.
nak cerita lagi, tapi macam xtau nak tulis apa lak.
 nanti2 la aku sambung pasal zaman kanak2 aku ni ye.
ciao


p/s : 2 tahun lepas ada bawak abg aku gi mengimbau kenangan lama rumah lama kitorg. rindunyeeee.....
boleh gi baca kat sini.