I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, December 18, 2014

Rombongan menghantar pengantin Ai - Fiqri

aku gerak ke Shah Alam ari jumaat pagi. pegi satu kereta je sbb  BIL keje. so yg pegi cuma mak, ayah, akak aku, aku n budak kecik 2 org tu. muat la satu kereta. sampai shah alam terus lepak. sbb kitorg gi amik Adik kat hostel die. pusing2 asyik la salah masuk jalan. pulak tu jalan semua jenis boleh tembus. Adik bagi direction pun kitorg macam x paham. nasib baik jumpa. tu pun sbb mak tanya org kat Uniten. hahaha

anyway, plan nye sampai je Shah Alam nak terus gi Taman Botani. yela sangat. dengan perut dah lapa giler pastu penat. so gi makan dulu sementara tunggu pengantin. jumpa je terus diorg bawak gi homestay. Fiqri sewa kan homestay kat tingkat atas. nasib baik tingkat satu je. terpaksa la mak naik tangga. sampai je masing2 terus pengsan. dgn anak2 aku skali aku paksa tido. heheheh

malam nye ayah ajak makan kat bawah je. sbb macam malas nak keluar jauh2 takut sesat katanya. tup2 lepas makan ayah ajak gi I-City lak. akak aku kan x penah pegi. dh la kitorg semua pakai baju asal boleh je. Nia dgn Ari pakai baju tido. mak lak pakai baju cam ustazah. dah sepanjang malam tu kitorg asik la kenakan mak. cakap 'ustazah, dah nak pegi bagi ceramah ke?' mak bengang je dgn kitorg. hehehehe mana taknye. dgn ayah skali gi bahan mak. cian mak.

pastu Akak ajak masuk Trick-Art. die nak belanja. ayah xnak lak. die rasa membazir kot. so ayah dgn mak lepak luar. kitorg je yg masuk. sorg rm15. budak2 bawah 90cm xyah bayar(die ada tempat ukur ketinggian kat situ).




comel gila Ari.



aku x ajar pun Ari posing. die yg pandai2 gi kat gambar, duduk n terus posing. dgn org mana2 tah pun die posing skali. anak sape la tu. aku buat2 x kenal je. hahahaha

habis amik gambar pun dah dekat kol 10. pusing2 lebih kurang pastu ayah ajak balik. boleh x, kitorg sesat kat parking! cerita die camni. aku gi bayar parking, diorg semua tunggu kat kereta. masalahnye diorg x jumpa kereta. aku lak x jumpa diorg. aku rasa macam cerita Twilight Zone lak. balik2 pusing tempat sama. pastu aku nampak kereta ayah, tapi aku xleh pegi kat situ. camne tu? pastu mak call tanya aku katne. aku dah cuak yela takut diorg lama tunggu aku kan. tetiba aku pandang belakang, diorg kat belakang aku. hahahah

last2 dapat gak jumpa kereta. 20minit ok. pusing kat situ je. aku rasa diorg ni patut nomborkan la tiang parking ni. buat org konfius je. pastu kitorg terus je balik. malas nak pusing2 lagi dah. penat pasal sesat tadi pun ye gak.

esoknye, pagi2 kitorg dah siap nak hantar pengantin. terus checkout sbb lepas hantar pengantin kitorg nak gi jalan2 makan angin lak. hantar pengantin x jauh pun. kat seberang jalan je. diorg sanding kol 12.30. makan2 jap pastu abang aku ajak gi Laman Seni seksyen 7. ingatkan jauh la tempat tu. skali sekangkang kera je dari homestay kitorg.




Ari dan atuk.




Ari jadi model ari tu. Nia xtau dah kemana. oh Nia jalan dgn mak, aku n Adik jalan dgn ayah. perasan x yg adik beradik aku semua ada gelaran? aku je panggil nama. bcoz i'm special like dat la. hahahaha Ai pun ada nama gelaran cuma aku x tulis dlm blog. xla, diorg nak panggil aku Uda tapi aku xnak. boleh? eh mesti la boleh. i kan diva. hahahahahaha.....

bersambung pulak daa.....







No comments: