I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Friday, January 1, 2010

Panduan dan tips bercuti di Genting Highlands…

  1. pertama sekali, rancang perjalanan anda….fikirla nak pergi berapa org…kos lagi….nak simpan duit lagi….hehehehe
  2. pastu fikir la nak pergi bila…..kalau nak syok dan puas enjoy kat situ, better pergi bukan pada masa cuti sekolah….sama ada cuti skola M’sia ke, S’pore @ Indonesia coz ramai pengunjung dtg dari sana (aku cakap dari pengalaman k)…dan juga elakkan dari pegi pada sabtu @ ahad….^__^
  3. kalau dah ada duit (paling2 pun dekat rm200 seorg x termasuk penginapan k)….pikir la nak pergi naik apa….bas ke teksi @ drive sendiri….kapal terbang xde ye….kalau dari tempat korg ke KL ada la…tu pun kalau korg x duduk kat Selangor dan kawasan sewaktu dengannya hak3
  4. so korg dah ready la ni? Kalau miskin, aku sarankan bawak bekal…guard kat situ xkan cek beg punya…..sebab makanan kat sana mahal giler…..restoran mamak xde ok…kfc pun dinner plate dah harga hampir rm15….so korg bayangkan la makanan2 lain yg lagi fancy….

    Jadi aku nak bagi tips n cadangan la kalau ko teringin sgt nak bercuti kat tempat sejuk ni….iaitu Genting Highlands…

    transport :
    Bas :- kalau korg nak murah, naik bas yg ada pakej….Cuma ada di KL Sentral iaitu rm42 seorg pada hari biasa k…harga ni termasuk outdoor games kat genting, harga tiket kereta kabel pergi dan balik dan tiket bas pergi n balik….tapi kalau lambat beli mmg cepat habis so sila la beli sehari sebelum korg nak gerak gi Genting k….masa bertolak dan balik korg boleh minta kat kaunter tiket tapi pastikan korg x lambat….bas x tunggu korg tau….
    selain tu, tiket bas ke Genting ada gak jual kat Pudu tapi tiket ni utk tambang bas sahaja la ye…pergi balik rasanya rm15….(ni aku x pasti cuma berdasarkan pertanyaan dgn org yg penah pegi dari Pudu)

    Teksi :- transport ni bagi aku paling x berbaloi coz harga satu teksi nak gi genting je dah rm80 tau….belum balik lagi….kalau korg rasa nak balik naik teksi, don’t worry…kat sana ada tempat menunggu teksi…@ korg leh janji dgn teksi yg korg naik masa naik Genting….

    Kereta :- aku rasa naik kereta sendiri lebih berbaloi…korg xyah terkejar2 nak balik nak kejar bas, leh balik sesuka hati tapi jgn lebih 7.30 malam ye sbb kereta kabel tutup kol 7.30malam….tapi kena pastikan kereta korg lasak nak naik ke Genting sbb jalan nya curam dan membahayakan…kalau x biasa jgn la cuba2 k….sebelum sampai Genting cuma ada satu tol sahaja, kena bayar rm5…..

    Modal : (duit la)
    Kereta Kabel sekali naik rm5, pergi balik rm10
    Indoor games pada masa puncak rm39, biasa rm31 kot…
    Outdoor games pada masa puncak rm44, biasa rm39 kot (aku x ingat so don’t blame me k….ni panduan korg tuk sediakan duit je…)
    Indoor dan oudoor rm59 pada masa puncak, biasa rm50 kot
    So korg pilih la naik main permainan kat mana….dua2 pun best tapi kalau korg gi masa cuti sekolah memang x sempat nak rasa naik semua….line menunggu boleh memcecah ke 2jam tau…naik mesin tu x sampai pun 5 minit….aku x tipu sbb aku dah terkena….tapi berbaloi la penantian korg tu…

    Games yg x termasuk dalam pakej ni adalah SnowWorld, SkyDiving, Archery, dan lain2….korg sampai t korg leh amik pamphlet kat kauter penerangan…so senang korg nak rancang perjalan korg sbb Genting mmg luas giler…tapi kalau main indoor games semua permainan terletak berdekatan je…panggung wayang pun ada tau…
    Tempat2 yg x termasuk dlm pakej ni die ada harga tersendiri dan masa sendiri cam SnowWorld..korg kena beli tiket masuk cam tiket wayang…yela xkan SnowWorld tu leh muatkan semua pelancong kan? So tiket ni hadnya 1jam, lebih dari tu korg tanya kat kaunter die k….

    Makanan
    Aku tau korg2 yg malas nak bawak bekal mesti terfikir nak buat camne ek? Apa kata sebelum korg gerak tu, korg singgah la restoran mana2….kfc yg berdekatan ke asalkan jgn beli kat Genting….sbb kat sana je harga mahal…tempat lain cam Gombak harga ok je….

    Ole2 @ Souvenier
    Xyah la beli….kat sana mahal…korg nak beli pun nak bagi sape? Hahaha xdela aku gurau je…tapi aku sarankan baik xyah…@ korg beli coklat je…coklat pun mahal tau….sekotak rm4.80 dalam nya x banyak mana pun…kedai coklat dan ole2 ada banyak kat Genting…korg pilih la mana satu….x pun bila turun dari kereta kabel korg leh singgah kat kedai2 dekat parking….x pun korg singgah la taman strawberi…terletak x jauh dari kedai2 kat situ gak….

    Penginapan
    Yg ni aku mmg serender sbb aku x galakkan la bagi yg duit ngam2 je untuk enjoy games tapi bagi yg nak gak boleh la surf internet cari website Hotel World iaitu hotel kat Genting untuk tempah hotel….kena cepat2 k takut nanti korg kena tido kat luar la…dah la sejuk…=P
    Tapi korg boleh gak sewa bajet hotel terletak kat kaki gunung….on the way korg naik Genting korg akan nampak signboard Bajet Hotel kat belah kanan tapi jauh la dari Genting….kalau korg naik bas mmg bas x berenti kat situ…
    Harga? Aku x pasti….korg terpaksa la survey sendiri…

    Pakaian
    Xkan ni pun aku nak ajar kot? Hehehe aku sarankan korg pakai baju lengan panjang dan bawak sweater….sbb cuaca kat sana x menentu…kdg2 panas cam kat tepi laut kdg2 sejuk cam kat Paris….so korg bawak jela sweater….mana tau berguna…


    Okla….aku rasa dah cukup dah ilmu yg aku ada untuk kongsi kat korg…..pengalamn lebih seronok di kongsi kan…betul x? So pada sapa2 yg dah ready nak gi, sedia la pada sebarang kemungkinan n enjoy urself….jgn sesat kat KL lak…..hahaha rajin2 la bertanya k….daaaa…… Peace!

9 comments:

miss suju said...

agak2.. kete myvi ok x gi sana??

cik aletheea : said...

tengkiu..tengkiu..
berguna gak tips2 nie sbb mau nek sane sabtu nie ;p

btw, myvi ok je nek sane.
tp kene pastikan condition brek n tayar tiptop (^_^)

gohtong said...

tq atas informasi yg dberi..haha..

Anonymous said...

ermm tq .. :)

fazlin said...

dlu g 2005...mmg xrugi...tb2 akhir2 ni rs tringin sgt2 lak nk g lg...he...2011 still rm42 lg ke dr klcntral?erm...pd yg nk nek keta rsnya better amek pakej bas je...badan xpnt, ru btol2 enjoy...

jessica ayiem said...

harga rm42 dari kl sentral tue, transport pergi balik, kereta kabel tue semua termasuk dalam harga rm42 tue jugak ke ? and ticket bas nak beli dekat mana ? kaunter atas ke area bawah dekat bas tue ?

funky_D a.k.a Mrs Al said...

ye, tapi masa saya pegi tahun 2010 so xtau harga sekarng berapa. ada satu kaunter tiket khas gi genting n pakej genting kat tempat tunggu bas. xtau la sekarng masih ada kat situ atau x.

Anonymous said...

harga tiket wayang kat situ bape harganya?

funky_D a.k.a Mrs Al said...

xtau sbb aku x gi tgk wayang kat situ. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...