I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, June 18, 2014

Akhirnya ke Pakar tulang

alkisahnye kaki aku yg terseliuh sbb main netball ari tu x elok2. ingat x entry ini dan ini.

kejap ok kejap x. asal aku jalan banyak or berdiri lama2 dia akan sakit area buku lali. masa ari ahad tu dah mula rasa sakit balik. sbb ari jumaat tu banyak berjalan kan. yela gi JPO dah la x bawak stroller. pastu dukung Ari lak. merasa la kaki aku sakit.

dah la aku keje shift malam. lagi la ngilu kaki aku. dak2 ofis aku pun dah sibuk suruh aku gi pakar tulang kat Kg Ungku Mohsin tu. aku bukan xnak pegi cuma entah la malas kot.

pagi isnin tu xtau la datang kekuatan dari mana. ceh ayat dah macam dlm drama laks. aku bangun awal giler. dah tekad dah ni nak pegi Kg Ungku Mohsin. yela sampai bila nak biar kaki aku sakit kan. so siap2 terus gi rumah MIL drop Ari dulu. Nia memang dah kat rumah MIL dari ari sabtu lepas. kol 8 gerak gi Kg ungku mohsin kol 8.45 baru amik nombor.

dah aku main redah je. dgn xtau alamat. memang sesat la. nasib baik aku tanya org kat gerai area situ. org tu yg cakap kat mana. so amik nombor dapat nombor 85 ok! org ramai giler. sementara nak tunggu giliran tu, aku gi makan n tido dulu. hehehe

kol 10 baru gi rumah uncle tu balik. ye, tempat tu rumah biasa je. org nye pun xde title doktor pun. tapi rasa nye kat rancangan Remedi di tv9 ada pasal uncle ni.





ramai giler org....bilik rawatan kat bawah je. atas tu rumah.



masa tunggu giliran tu nombor baru no 69 kot. aku borak2 la dgn ada makcik n akak ni. yg makcik ni pun kaki die terseliuh gak. ni kali ke 2 die datang . tapi tgk kaki die macam dah ok je. yg akak ni pulak tangan die retak. memang nampak la tangan die bengkak. die kata tangan die dah 2 bulan retak. gi la berubat macam2 tempat x baik2. last2 die gi kat tempat uncle ni. baru 2 kali rawatan, jari tangan die dah boleh gerak. padahal sebelum tu langsung xleh gerak. die kata mungkin 3-4 kali lagi baru baik betul2 kot sbb dah lama sangat sakit kan. xpe la. yg penting bertambah baik.

macam2 la cerita2 die pasal org2 yg datang situ. ada abg tu patah bahu. pastu bila uncle tu betulkan sampai2 nangis2 org tu. akak tu la cerita. masa aku pegi tu xde lak kes2 teruk. ke aku x perasan ek? sbb yg kes teruk biasanya uncle chong ek nama die yg buat. yg x teruk, anak die yg buat.

tgk video kat bawah ni.











sama la macam treatment yg aku kena. x sakit pun cuma cam terkejut sikit je. yela kaki aku kan terseliuh je. kalau patah atau retak mungkin lebih sakit. x sampai 5 minit dah siap. ingatkan boleh terus jalan cam biasa. rupa2 nye x. dah la aku datang sorg. nak xnak terpaksa la drive slow2. ngilu die tu sampai ke peha boleh rasa. tapi tahankan jela.








hasilnye.
2 hari baru boleh buka balutan n xleh kena air.










selepas 2 hari, pagi tadi baru buka balutan. berdebar2 ni. tapi kaki masih xleh pijak. tgk la esok lusa camne lak. yg budak2 ni masa aku buka balutan tu, diorg langsung xnak dekat. yela ubat herba tu bau kuat kot.




harap2 lepas ni terus baik la. susah kot nak berjalan. dah la nak dekat bulan puasa.
it's bazar time.....x sabar nak terjah.
kaki....oh kaki....sila la baik cepat.





lupa lak. pada sape2 yg nak pegi tu, ni alamat rumah die.

no 6, lorong 1, kg ungku mohsin, johor bahru, johor.

waktu rawatan : 8.00am - 12.00am
                         3.00pm - 6pm
(kena amik no giliran. jadi, sila la datang awal)

cawangan senai (alamat xtau)
waktu rawatan : 12.30am - 2.30pm






4 comments:

Qurratu Izyan said...

Berapa kos rawatan?

funky_D said...

kos minimum kalau sakit di tangan atau kaki RM50 je. kalau bahagian lain saya x pasti.

Unknown said...

kak,nak tanya..kaki akak dah ok x lepas beurut dgn uncle ungkus muhsin tu?

funky_D said...

Dj Deen : masa lepas berurut tu memang rasa sakit sangat nak pijak pun x boleh. tapi lepas 3 hari & dah buka balutan kaki dah boleh pijak sikit2. tapi still kena buat fisioterapi dan senaman kaki. lagi satu, kaki yg dah pernah injured xkan sama macam dulu. ada masa nya die akan sengal2 dan ngilu. dan akan mudah reinjured. so kena berhati2 selalu. kalau bersukan x boleh lasak macam dulu.