I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, May 15, 2013

Mengamuk sakan

sejak 2 menjak ni kan, Nia asyik la mengamuk. slalu tu die kalau x dapat apa die nak die marah tapi aku buat xtau je. bila org pujuk die terus ok. tapi ni lain sikit. yela sbb die marah2 pastu ngamuk2 sampai nangis jenis yg tersedu2 tu. siap pakej hingus n muka merah padam. pastu sikit2 pukul aku. dah kenapa la budak ni. adakah ini simptom nak dapat adik? ke die kena cirs birs lagi?

rasa nya dari semalam kot Nia asyik nak mengamuk je. tapi tu pun masa Al xde kat rumah. so aku ingatkan biasa la. tadi pagi boleh pulak die ngamuk lagi. pastu aku suruh Al cek die. yela, mana tau aku terlepas pandang apa2 ke kan. bila Al cek, tgk Nia asyik la jelir lidah. rupa2nya Nia nak tumbuh gigi taring. owh dah besar dah anak mama. patut la sikit2 nak menggigit je keje die.

yg Al lak, bila nampak Nia camtu die cakap aku ni x prihatin. la aku pulak yg kena. bukan budak tu boleh bercakap. macam la aku paham bahasa die. hmm apa2 la ek. so sekarng kalau Nia ngamuk je, cepat2 kitorg bagi die botol susu. biar die gigit2 puting botol susu tu. yela dari die gigit aku baik die gigit puting botol susu kan?

rasa macam cepat je masa berlalu. x lama lagi Nia dah nak dapat adik dah. x sabar nye nak kenalkan diorg. dah la Nia ni suka sangat baby. mesti die geram tgk adik die nanti. 


Monday, May 13, 2013

Selamat hari isnin

kat entry lepas aku ada cakap kan yg Nia kena cirs birs. so masa ari jumaat tu aku terpaksa EL sbb bila Nia dah cirs tu, die kena nappy rash lak. agak teruk gak la sbb bila aku nak cuci or mandikan die, Nia siap nangis2 xnak. aku ingatkan die mengada2 sbb slalu kalau ajak mandi die laju je tapi masa tu leh lak nangis kan. siap mandi bila tgk dah merah menyala macam udang karang tu.

rasa nak nangis aku tengok die. Al kata xyah pakaikan diapers. pakai lampin je. owh aku pakai cream diaper rash yg aku beli kat Cosway. tapi so far kalau Nia gatal2 pun aku pakai kan cream ni. die cam lambat sikit baik sbb organic kan tapi bagus untuk kulit. nanti kulit ko jadi lembut je.

anyway, hari itu aku telah menjadi surirumah. Nia ok je. main cam biasa cuma makan x selera. mungkin sbb perut die x ok lagi kot. mama die yg dah cam zombie. yela sbb pakai lampin kain tu kan cepat basah. so bila Nia buang je, aku cepat2 basuh. nasib x lekat bau kat aku.

dah petang sikit baru Nia ok. dah boleh pakai diapers. so packing2 barang terus gerak rumah mak. yela, ada org tu nak bercuti xnak bawak kita kan. nanti rindu lak dgn cucu. sebenarnya mak n akak nak gi holiday. Adik n Ai pun ikut skali. mak buyung je x ikut sbb Al keje. huhuhu cian kan....

so malam tu tido rumah mak. sabtu petang gerak balik rumah sbb nak tunggu Al balik keje. lupa lak ada jiran aku buat kenduri kawin. jalan nak ke rumah aku dah kena sekat. terpaksa la lepak kat ofis. hahaha sesuka hati je aku ni kan. nasib baik Nia x cirs birs lagi. bagi die pensel n kertas terus die senyap.

pastu malamnye tido rumah MIL. ahad lak teman Al gunting rambut n jalan2 shopping lite2 sbb gaji lom masuk. sekarng dah x gi salon dah sbb rasanya yg slalu gunting rambut die tu dah berenti kot. entah la.

so yeah. tu la weekend aku yg membosankan ini. owh ari ni rasa cam lama x masuk ofis. poyo. padahal cuti 3 ari je. hehehehe







p/s : dah mula malas masak. ada org leh masakkan x? xnak makan kat kedai. gedik nya. sila lempang. hihihihi




Thursday, May 9, 2013

Bau pelik

malam tadi sebelum tido Nia buat perangai. kejap nangis, kejap minta dukung. pastu main2 makanan. bila aku amik, die nangis. bila bagi die main2 lak. Al balik keje elok pulak die. boleh duduk diam2 makan dgn Al.

org kata bila anak kita akan dapat adik, biasa nya perangai akan jadi camtu. buat perangai n amukan. yela, lepas ni mesti kita akan kurang perhatian kat die. tapi yg aku pelik nya, Nia ni jenis suka baby. pantang nampak budak2 sibuk je die nak tegur.

x lama lepas tu die membuang lak. jenis yg sampai basah seluar baju semua. aku dah cam pelik. die makan apa tadi ek? agknya ada benda yg dia makan kat rumah pengasuh tu kot. so aku cuci2 semua, tukarkan lampin die. sampai kat toto pun kena ok. setel terus tido.

dalam kol 2.30 pagi tadi aku terbangun sbb nak gi toilet. pastu terbau bau busuk giler. eh xkan la pampers Nia yg tadi tu bau sampai ke tilam? rasanya aku dah spray air freshener tadi. cek2 kat Nia, rupanya die membuang lagi. dan basah juga seluar baju die. yg Al lak tetiba je terbangun cam buat muka pelik2.


'nape awak?'

'saya mimpi bau tahi kambing'

'Nia berak la.'

'ye ke? terkejut saya tadi tido tetiba ada tahi kambing'



hahahahaha sesuka hati je kan laki aku ni. tapi muka die serius cam tgh cari ada tahi kambing x.

anyway, aku bawak la Nia gi toilet cuci semua. pastu perut die cam kembung. bagi la minum ubat sikit n gosok2 vics kat perut die. pastu Al gi keje. sbelum pegi tu die suruh aku bawak Nia gi klinik.

tadi hantar Nia kat rumah pengasuh n dah pesan kat die kalau Nia cirs birs lagi terus call sbb aku nak bawak gi klinik. so tadi aku gi tgk Nia. elok je die. membuang pun sikit je. maybe semalam je perut die meragam kot. tgk la petang nanti camne. kalau ok, xyah gi klinik kot.





p/s : dah mula malas keje. huhuhuu.....lama lagi nak cuti ni. baby....baby...baby...ohhh.....






Monday, May 6, 2013

X habis2 dgn pru

hari ni aku masuk keje cam biasa tapi pelik sbb jalan lengang semacam. slalu tu bila hantar Nia, banyak la kete kan tapi ari ni cam kurang. adakah ramai org yg cuti sbb pilihanraya? ke sbb ari ni dapat cuti? tapi xkan la. ingat senang ke Johor nak dapat cuti free. hampir2 tadi aku ingatkan aku sorg je datang keje.

owh cakap pasal PRU ni, Al malam tadi tido lambat sbb nak tau result. last2 aku xtau la die paham ke x. yela sedangkan aku tgk pun penyampai2 tu banyak yg cakap putar belit. pastu tetiba cerita benda lain. tah apa benda tah yg diorg merepek tu. sambung tido lagi bagus. owh masa tu aku tgh tido. terbangun sbb nak gi toilet nampak Al x tido lagi.

weekend lepas memang rasa penat sesangat. bukan sbb PRU tapi sbb Nia tetiba macam kena food poisoning. xtau die makan apa tapi ari sabtu petang sampai ke malam die asyik muntah je. sian anak mama. minum air masak pun die muntah gak. bawak gi klinik tapi apa je yg doc leh buat kan. selagi perut die x ok, selagi tu la die muntah. tapi semalam die dah ok dah. siap tunjuk2 bendera tepi jalan sambil cakap 'wau!'. hahaha kelakar je ni Nia ni.

anyway, PRU dah habis kan. bila diorg nak bersihkan jalan2 yg penuh bendera ni? menyemak lak tgk.







p/s : tetiba ari ni aku lak cam kena food poisoning. semalam makan pedas sangat kot. hmmm.....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...