I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, August 3, 2015

Berkelah di Dusun UTM

ari kamis lepas heboh kat whatsapp grup budak2 ofis aku gi Dusun UTM. diorg gi beli n petik sendiri pulasan kat dusun. dah la pegi x ajak aku. aku pun nak gak. so petang tu aku ajak kawan aku gi serbu dusun.

Dusun UTM ni memang macam dusun arwah atuk aku la. memang best. macam2 buah ada. tapi sekarang musim rambutan n pulasan je. durian, duku, langsat semua belum musim lagi.

nak gi dusun ni senang je. ikut papan tanda ke klinik kesihatan dlm UTM.
klinik belah kanan, dusun belah kiri.
sekarang ni sbb tgh musim buah so pintu pagar memang buka dari kol 9-6 petang setiap hari.
hari jumaat tutup kejap masa solat jumaat je tapi kol 3 dah buka balik.

aku gi dusun bertiga dgn kawan. nak gi sorang memang xla. mana la larat nak bawak pulasan nanti. masuk2 je terus parking depan ada kaunter. gi sana mintak beg plastik nak isi buah. korang xleh bawa plastik sendiri ye. sbb diorg kira 1 plastik beg rm10. kalau makan terus kat pokok x di kira. best kan?

kalau ikutkan kereta boleh bawak masuk sampai kat pokok tapi nanti susah lak nak keluar. dah la kereta aku lowered. mau ada yg masuk lubang ni kang. so bermula la aktiviti memetik dan menjolok buah.







 entiti berwarna merah di kesan!!!



kalau korang perasan, budak yg kt belah kanan tu kawan aku. mula2 masa ajak gi dusun die cam malas je. tapi bila sampai, die lak yg over. siap panjat pokok petik buah sambil buat aksi ninja(die peminat ninja no 1.) padahal masa ni hujan renyai2 tapi misi masih kita teruskan. selagi beg belum penuh, segala onak duri akan ku renangi jua. ecewahhhh....










ni lak kawan aku no 2. bagus pegi dgn budak2 laki ni. tenaga diorg banyak. cam kawan aku ni, tinggi die dekat 7 kaki kot. so mana yg tinggi2 tu die yg tolong petik kan. tapi geram gak dgn die sbb banyak yg masuk ke mulut dari masuk beg plastik. hmppphhhh kat belakang aku tu ada satu famili bz memetik pulasan gak.

dannnn.....




 inilah hasilnye!



2 aku punye, 2 lagi kawan aku punye. macam kecik je beg ni kan tapi sebenarnya satu beg je dah dekat 4 kg okeh. nasib baik aku gi dgn abang2 sado. kalau x mana la larat nak bawak sampai kereta. dah la parking kereta nun kat kaunter sana.

semalam aku ajak Al gi dusun tapi die x larat. sbb dari pagi sampai petang menemankan Nia gi hospital. owh Nia sakit gigi. dah seminggu gusi die bengkak. so pagi tadi bawak Nia gi klinik swasta terus kena tampal. masa kat hospital diorg x buat apa2 pun. so petang tu nak bagi hati Nia girang, bawak la die gi dusun.

kemain lagi Nia n Ari kat dusun. tapi aku x sempat lak amik gambar. bz makan pulasan n melayan budak2 ni. kitorg just round tgk pokok je. pastu ada satu family cina ni tgh petik pulasan n diorg budak2 ni sikit. hehehehe

balik tu, bagitau Al. die kata nape x amik lagi. eh x kuasa la mak. die bukan nak teman kita pun. kalau terus beli lain la. ni nak kena petik lagi. hui penat okehhhh.




p/s : pulasan dah xde kot. rambutan banyak lagi. kalau korg nak pegi, jangan lupa amikkan untuk aku sekali ye. wink2







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...