I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, July 27, 2015

Adab beraya dan menerima tetamu

ye, memang macam poyo kan nak bagi nasihat bagai padahal semua pun dah besar panjang. xkan la xtau adab lagi. cuma tu la kita ni walau dah besar n matang sekalipun, tetap akan ada salah silap.

so meh aku bagi sikit tips


Menjadi tetamu
1.  sebelum pergi beraya ke rumah kawan/sedara, telefon dulu. satu untuk pastikan die ada kat rumah. dua, supaya die bersedia terima kita sebagai tetamu. kalau siap masak sekali lagi best. heh

2.  sebelum masuk rumah, bagi salam dulu. kalau bukan muslim, ketuk pintu rumah/tekan bell rumah. jangan datang terus gegar pagar. tu gangster nama nya.

3.  masuk, terus salam tuan rumah. lelaki salam lelaki je. pompuan salam pompuan je. jangan main terus duduk je.

4.  bila dah duduk, tunggu tuan rumah pelawa makan dulu. jangan memandai2 gi dapur mintak air. tapi kalau budak kecik yg mintak, kena pujuk budak tu baik2. anak aku la tu dtg rumah org terus mintak air. =(

5.  borak jangan over. kalau nak ketawa pun, jangan la sampai bergegar rumah tu. kontrol sikit adab ye. tapi kalau tuan rumah pun 2 kali 5, cek xtau nak cakap camne.

6.  bila nak balik, salam tuan rumah. yg bukan mahram jangan salam ye. jangan gedik mintak duit raya. tapi kalau org nak bagi apa salah nye. walaupun mak budak tapi kalau org dah bagi saya x tolak. heheheh



aku rasa tips jadi tetamu senang je kan.
sekarang tips jadi tuan rumah lak.



Menjadi tuan rumah
1.  bila org nak datang beraya, cakap terus terang pada org tu boleh datang beraya ke x. tapi biasa kita akan cakap boleh kan? so pandai2 la kemas rumah.

2.  org bagi salam, jawab n bagi die masuk. kalau xnak bagi masuk, bagi duit raya je pun boleh. eh?

3.  yg ni penting. rancang dgn baik. kalau kita ada buat open house n kita campur kan dgn majlis lain. sbb senang sekali harung. semua org dapat makan, majlis pun boleh buat sekaligus.

cam kalau  buat open house + marhaban + sambut besday + tahlil. huiiii sampai 4 majlis nak buat sekaligus. ok x kisah. tapi plan awal2. ni tak dah banyak kali kot aku pegi majlis pastu kita tgh makan, tetiba rombongan tahlil sampai. kita lak terkulat2 dgn takat pakai blouse dgn jeans je. x manis kan?

at least kita yg jadi tuan rumah, tolong atur kan majlis tahlil buat pagi ke. open house buat petang. pastu malam buat sambut besday. so xde la clash dgn tetamu yg lain.


4.  untuk mudahkan kita, siapkan minuman awal2. jadi bila tetamu sampai, boleh terus hidang. ni x, tetamu sampai baru nak buat air la, baru nak beli kordial la. kadang2 tetamu nak singgah kejap je, x sempat minum die dah balik dah. x ke haru tu.

5.  borak la dgn tetamu macam kamu kenal die. jangan tanya acah2 je. paling2 pun tanya la keje mana, kampung kat mana. kalau tetamu ramai x sempat nak tegur semua, kalau dapat salam je pun dah cukup baik. n kalau makanan banyak, tetamu xkan komplen punye. aku la tu. heheheheh



aku rasa tu jela kot. so ada balance.
layan tetamu sama macam mana kita nak di layan. tu pegangan aku.
do good to others and you'll receive the same from others.





p/s : hari hari hari raya.....



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...