I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Global view. Show all posts
Showing posts with label Global view. Show all posts

Monday, August 2, 2021

Pandemik tak kesudahan

Assalamualaikum...

Hai korangss...

Lama rasanya x tulis kat blog ni...rasa macam dah bersawang pun ye...

macam mana life korang semua? aku harap semua pun berjalan dengan baik...aku? hmm...masih cuba bertahan walaupun rasa kepala otak macam dah tepu asik duduk rumah je. pulaknya sekarang kan pdpr macam xde kesudahan, dengan keje ofis lagi.

aku pun tak tahu la apa nak jadi sekarang ni. semua pun makin selfish. kita yg duduk di tengah2 ni juga yg rasa hari2 makin dihimpit. dengan keadaan pandemik yg xtau bila akan pulih, ekonomi makin menurun, duit pun makin berkurang. so far, aku masih ok. cuba untuk fikir positif. tapi tula bosan duduk rumah. nak keluar rumah pun xtau nak pegi mana. paling2 pun pegi tapau je terus balik.

alhamdulillah anak2 aku sihat, famili aku pun sihat. cuma masing2 rindu. rindu nak balik kampung jumpa mak, peluk mak, makan masakan mak. macam kan aku ni duduk oversea plak kan. tapi itu la keadaan sekarang. yg aku dan famili aku boleh buat adalah videocall jela.

pada yg terkesan, semoga korang semua tabah. cekalkan hati. kita sama2 berdoa semoga keadaan akan semakin membaik dan pulih sedikit demi sedikit. jangan putus harapan. Allah sentiasa ada di sisi kita. jangan malu untuk kibarkan bendara putih. sebab kita pun manusia biasa, kadang kita dah berusaha tapi keadaan masih menghimpit. percaya la masih ada manusia lain yg memahami. yg boleh menghulurkan bantuan.

pada yg berkemampuan, hulurkan la bantuan pada jiran2 yg terkesan. sedikit rezeki yg kita beri amat bernilai bagi mereka. sebarkan kebaikan pada semua. all the best semua. insyallah semua akan baik2 saja.




Sunday, September 20, 2020

Pertemuan

 

Orang kata setiap pertemuan ada sebab. 

mungkin dari pertemuan itu 

kita dapat rezeki yang tak terjangka. 

atau mungkin dari pertemuan itu 

kita mendapat sahabat sejati kita. 

atau pun dari pertemuan itu 

terjadi nya sesuatu memori yang ingin kita lupakan. 

namun dari pertemuan itu 

terbit rasa untuk kita menghargai orang lain. 

dari satu pertemuan yang pahit, 

tercipta la memori2 lain yang lebih manis dari pertemuan yang awal tadi. 

sebab dari situ kita belajar, kita membesar, 

kita tempuh juga segala cabaran yang bakal mendatang. 

dan aku harap pertemuan yang baru ni 

akan membawa aku ke pengakhiran yang membahagiakan.




Thursday, May 14, 2020

Normal yang baru

Salam semua

Aku rasa korang semua pun dah rasa bosan dan tepu duduk rumah kan. aku pun. sampai dah naik muak masuk dapur. nasib baik aku masak sedap cuma penat la hari2 kena masak. nak jugak rasa masakan orang lain. hehehe 😁

Anyway, aku n anak2 sihat. ada la beberapa perkara yang jadi masa mula2 pkp tu. kan masa sebelum tarikh isytihar pkp tu cuti sekolah. so aku kena la balik kampung amik anak2 aku. diorang memang dah ada kat sana masa stat cuti sekolah. perasaan masa drive tu memang rasa eerie la. macam zombie town pun ada. jalan raya sunyi. yg ada pun lori2 bawak barang je.

bila sampai rumah....ada orang dah keje kan rumah aku.

memang rasa sedih

paling sedih bila duit anak aku yang kena kebas...

tapi hidup kena di teruskan

takkan la nak hidup dalam ketakutan kan. lagipun anak aku ada so kena la cuba jadi kuat depan diorang walaupun dalam hati tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu.

alhamdulillah komuniti kejiranan kat kawasan rumah aku sangat baik. ada je yg bagi sumbangan. orang2 pejabat aku pun sama.

paling terharu bila ada yang text aku secara peribadi bertanya kabar.
terima kasih aku ucapkan. jasa korang kat aku buat aku rasa bersyukur sangat2.

tapi aku masih rasa yg aku sebenarnya lebih bernasib baik dari orang2 lain yg mungkin sekarang ni xde keje. jadi apa yg org sumbangkn kat aku tu, aku bagi balik pada yg lebih memerlukan. bukan aku nak riak cuma aku sedar diri.

dan korang pun patut rasa macam tu. kalau xde rezeki banyak, sedekah kat website2 yg menolong orang fakir miskin pun dah kira ok. hatta rm1 pun bernilai untuk diorang.

yang aku perasan, bila kita semua jatuh, masa tu la kita dapat nampak siapa kawan dan siapa lawan.

masa tu jugak la keluar berita yang x elok pasal sesetengah orang ni

aku xnak komen apa2

cuma terfikir la

macam yang aku penah cakap sebelum ni
konsep bersyukur

kadang ada orang dapat makan nasi sehari pun dah cukup

ada yang setakat makan2 apa2 pun ok asalkan makanan walaupun sebiji kurma

ada yg kalau x dapat makan ayam x kira makan nama nya

terserah pada korang la

nilaikan sendiri

pada aku, orang2 yg kat sekeliling aku ni betul2 orang yg aku rasa betul2 manusia

oh lagi satu

kadang2 kita xtau org yg macam mana kita patut percaya sampai la bila kita jatuh susah
sejak dulu aku x pernah pandang harta, bangsa atau keturunan
bagi aku semua sama je
yang penting sekarang ni nilai kemanusiaan
macam dah makin berkurangan sekarang



Tuesday, January 21, 2020

Bangkit

aku perasan blog aku dah mula jadi blog suram. heh..

firstly aku nak minta maaf sebab dah lama x blogging. bukan aku xnak cuma aku x rasa nak menulis. terlalu banyak perkara yang berlaku sampaikan aku dah x tahu garis waktu.

ye, aku amnesia. aku mula lupa banyak perkara.

efek dari makan ubat. senang cakap aku memang x serasi dengan ubat. mula2 semuanya ok tapi lepas tu jadi la macam2 benda yg x patut jadi. nasib baik aku masih ingat jalan balik rumah. hahaha

anyway, aku nak cuba jalan alternatif pulak. mana tahu menjadi kan?

oh nak ucap Selamat Tahun Baru 2020!!

tak nampak pulak kereta terbang ye???

hahaha gurau2. jangan mare

azam aku tahun ni?

hmm...macam xde azam je. cuma aku dah mula buat bucketlst.

sebab aku rasa macam banyak benda yg aku masih belum capai dalam hidup ni. jadi aku nak cuba buat perkara2 yg selama ni aku cakap nak buat tapi x buat disebabkan faktor2 yg aku rasa x patut jadi faktor pun. hahaha korang paham x?

xpela yg penting aku paham.

mulanya orang pertikaikan nape aku buat semua ni. kenapa sekarang?
soalan aku. kalau bukan sekarang bila lagi?
aku xnak bila aku dah tua baru aku menyesal sbb x cuba.

~~biar gagal mencuba dari mati kecewa
lirik lagu Oh Chentaku


bila aku sekarang ni asik layan lagu indie, ada org tanya sejak bila aku layan lagu macam ni?
jawapan aku : sejak dulu
tapi aku stop sbb konon nya dah jadi mak2 ni kena la perangai senonoh sikit.
kemudian bila aku fikir balik, kenapa kita nak ubah diri kita konon nya sbb dah dewasa. dah ada anak. dah ada famili?

mungkin cara pakaian dan pemikiran boleh la kita ubah. jadi matang sikit. tapi aku rasa kita patut simpan sikit jiwa kita yg dulu tu. orang cakap biar umur meningkat tapi jiwa kekal muda. untuk kekal positif dengan kehidupan. walaupun sepahit mana pun.

patut la orang ingatkan aku student lagi. hahaha

nak jugak up diri sendiri kan.



Sunday, October 13, 2019

Kepuasan

Apa itu kepuasan?

Kejayaan?

Aku pun xtau.

Dalam aku cuba untuk mencari dan memperbaiki diri, aku perasan satu perkara. Yang setiap rezeki orang tak sama.

ada orang rezeki dia dapat sambung belajar sampai luar negara. Dapat Phd. Dapat kerja yang bagus. tapi di takdirkan belum berkahwin. dan orang itu masih gembira. sebab dia dah dapat apa yang dia cita2 kan selama ni. jodoh nanti pun boleh cari. yang penting dia puas.

ada orang kerja biasa je. kerani di syarikat. hari2 makan nasi dengan kicap sebab nak kumpul duit beli rumah. Ada keluarga bahagia dengan isteri dan anak2. Tapi dia bahagia. Sijil, ijazah semua tu x penting. sebab dia masih rasa puas. Setiap hari dapat bekerja dan beri makan kepada anak2 adalah kepuasan bagi dia.

Ada orang kaya raya. rumah besar, orang gaji ramai. Setiap bulan mesti keluar negara. Tapi dia masih rasa x puas. Bagi dia kejayaan dan kepuasan adalah bila semua orang kenal dia. Produk die terjual di merata tempat. baik di dalam dan luar negara. hari2 dia bekerja keras. tapi masih tak cukup.

bagi aku??

aku pun tak pasti.

Kadang aku cuba nak kejar cita-cita aku. tapi apa dia? Ada orang pernah cakap kat aku, yang aku patut bangga yg aku dah ada semua. Kerja, famili, harta. Walaupun x besar atau banyak mana tapi hidup aku boleh dikatakan selesa. Tapi adakah aku bahagia?

Itu yang aku perlu cari.

Kadang aku rasa perjalanan aku masih jauh. masih banyak yg aku belum tempuh. masih banyak yg aku belum teroka.

mungkin takdir aku belum sampai lagi. mungkin aku perlu tempuh kesusahan sebelum kesenangan akan datang.

mungkin...

ada orang cakap dengan aku jangan di nanti pada yg x pasti. cuba hidup dengan sehari hari. cuba mendalami dan menikmati hidup setiap hari.

hari ini.

bukan esok.

bukan masa lalu.




tapi hari ini.



Monday, March 11, 2019

Takdir

Sori la sebab aku dah lama x update blog ni. rasanya semua sosial media pun aku dah x update. sebolehnya aku nak elakkan dari dunia maya. dan dunia realiti....heh

beberapa bulan ni aku banyak amik masa untuk bina diri aku balik. secara mental dan fizikal. walaupun kadang-kadang tergelincir jugak. heh..

dalam sesi kaunseling (setiap bulan x pernah miss) yang lepas aku ada tanya pasal nasib dan takdir.
kenapa aku di takdirkan macam ni?
kenapa aku x macam orang normal lain?
kenapa dan kenapa dan kenapa

ok korang patut tahu yang aku x berani pun nak mengaku aku sakit. yes, i am still in recovery. tapi aku rasa dah tiba masa kot kita kena buang stigma tentang penyakit mental. and please, x payah nak nasihat benda yang korang x tahu.

anyway, bak kata doktor aku la kan. setiap manusia ni ada had die masing2. kadang2 ko marah, sedih dan apa semua tu memang normal. tapi kes aku lain. sebab aku dari dulu dah ada mindset yg buruk2 je tentang diri sendiri. then bila you are put in a very difficult situation. you would break. kirakan gelas aku memang dah hampir penuh. bila kau tambah air sikit je terus air melimpah. camtu la ayat die. hahaha....

kadang2 aku pun pelik dengan diri aku sendiri. kenapa nak kena negatif je. haishhh aku pun x boleh nak jawab soalan tu. kalau la hidup aku semudah tu. bila x ok je, terus tekan reset button. mesti happy je sentiasa.

dan aku bersyukur sebab aku x pursue kerja ikut apa yg aku belaja kat kolej dulu. mau agak nya aku kena meltdown setiap hari. dengarkan cerita kawan aku yg genius dan keje bahagian itu pun aku dah rasa stress. hehehe syukur...syukur...

aku patut banyak bersyukur kot kan.

sebab dalam keadaan aku yg fragile ni pun aku masih boleh kerja, masih ada anak2, masih ada famili, masih ada kawan2.

kena banyak solat taubat ni. heh

ok ni aku cakap kat diri sendiri tau. korang jangan plak bagi nasihat macam ni kat org yg tgh depressed. mmg xkan di layan. aku tau la. sbb masa ko tgh low, mmg ko susah nak keluar dari keadaan tu. just be there for them. mana tau diorg nak dengar cakap korang. heh

kalau la kan...

anyway, doakan aku sentiasa hepi macam ni okay.
harap2 keadaan ni akan berpanjangan. Aminnn....





Monday, July 27, 2015

Adab beraya dan menerima tetamu

ye, memang macam poyo kan nak bagi nasihat bagai padahal semua pun dah besar panjang. xkan la xtau adab lagi. cuma tu la kita ni walau dah besar n matang sekalipun, tetap akan ada salah silap.

so meh aku bagi sikit tips


Menjadi tetamu
1.  sebelum pergi beraya ke rumah kawan/sedara, telefon dulu. satu untuk pastikan die ada kat rumah. dua, supaya die bersedia terima kita sebagai tetamu. kalau siap masak sekali lagi best. heh

2.  sebelum masuk rumah, bagi salam dulu. kalau bukan muslim, ketuk pintu rumah/tekan bell rumah. jangan datang terus gegar pagar. tu gangster nama nya.

3.  masuk, terus salam tuan rumah. lelaki salam lelaki je. pompuan salam pompuan je. jangan main terus duduk je.

4.  bila dah duduk, tunggu tuan rumah pelawa makan dulu. jangan memandai2 gi dapur mintak air. tapi kalau budak kecik yg mintak, kena pujuk budak tu baik2. anak aku la tu dtg rumah org terus mintak air. =(

5.  borak jangan over. kalau nak ketawa pun, jangan la sampai bergegar rumah tu. kontrol sikit adab ye. tapi kalau tuan rumah pun 2 kali 5, cek xtau nak cakap camne.

6.  bila nak balik, salam tuan rumah. yg bukan mahram jangan salam ye. jangan gedik mintak duit raya. tapi kalau org nak bagi apa salah nye. walaupun mak budak tapi kalau org dah bagi saya x tolak. heheheh



aku rasa tips jadi tetamu senang je kan.
sekarang tips jadi tuan rumah lak.



Menjadi tuan rumah
1.  bila org nak datang beraya, cakap terus terang pada org tu boleh datang beraya ke x. tapi biasa kita akan cakap boleh kan? so pandai2 la kemas rumah.

2.  org bagi salam, jawab n bagi die masuk. kalau xnak bagi masuk, bagi duit raya je pun boleh. eh?

3.  yg ni penting. rancang dgn baik. kalau kita ada buat open house n kita campur kan dgn majlis lain. sbb senang sekali harung. semua org dapat makan, majlis pun boleh buat sekaligus.

cam kalau  buat open house + marhaban + sambut besday + tahlil. huiiii sampai 4 majlis nak buat sekaligus. ok x kisah. tapi plan awal2. ni tak dah banyak kali kot aku pegi majlis pastu kita tgh makan, tetiba rombongan tahlil sampai. kita lak terkulat2 dgn takat pakai blouse dgn jeans je. x manis kan?

at least kita yg jadi tuan rumah, tolong atur kan majlis tahlil buat pagi ke. open house buat petang. pastu malam buat sambut besday. so xde la clash dgn tetamu yg lain.


4.  untuk mudahkan kita, siapkan minuman awal2. jadi bila tetamu sampai, boleh terus hidang. ni x, tetamu sampai baru nak buat air la, baru nak beli kordial la. kadang2 tetamu nak singgah kejap je, x sempat minum die dah balik dah. x ke haru tu.

5.  borak la dgn tetamu macam kamu kenal die. jangan tanya acah2 je. paling2 pun tanya la keje mana, kampung kat mana. kalau tetamu ramai x sempat nak tegur semua, kalau dapat salam je pun dah cukup baik. n kalau makanan banyak, tetamu xkan komplen punye. aku la tu. heheheheh



aku rasa tu jela kot. so ada balance.
layan tetamu sama macam mana kita nak di layan. tu pegangan aku.
do good to others and you'll receive the same from others.





p/s : hari hari hari raya.....



Thursday, April 17, 2014

Morning babling

today was like zombie day coz yesterday i worked night shift yet today worked morning shift. yes, my life is like a roller coaster. today its blooming with flowers then tomorrow is raining cats n dogs. yeah i'm weird like that. or i'm just the moody type of person that needs to drag themselves to work.

aah work is another thing. there's some books on my desk that need to be cleared but i don't even have energy for that.

need. to. concentrate.

urgghhh....

anyway, read my friends's status on fb. her daughter had fever and its worrying her. i'm not saying that i'm a supermom coz i'm not. but after having two kids i think i manage really well in terms of caring for a sick child. there is times when i feel that i'm not a good mother, constantly asking myself am i doing the right thing? and having a support group(alhamdulillah) has help me go through those days.

the support group is basically on how to treat fevers n cold n other common illness. there's also remedies that we can make it at home to cure them. owh and it's in fb. not all fb groups are rubbish. i learn a lot from them. thought me to be strong n be prepared. having a baby and a toddler under 3 years is not easy. they fell sick easily. so when u're prepared, there's nothing to be scared of. there's a solution to every problem.

sometimes when i think back when i was a new mother, everyday was a new day for me. everyday there's always things to be learn. i learn a lot about my child, a lot about myself. i never thought that i can be a mother of two. i don't think i can. but now i am.

time really thought us how to grow.
time had really pass by.
so i need to cherish every moment that i have.

am still waiting for Ari's first step.
even when he's just the second child, i'm still excited.
i want to cuddle him n hug him so much. i love u my son. more than u can think of. owh love his sister too. but i think she already had my attention for the past 2 years. hehehe it's mama's boy turn now. =)

to my friend, hope you're ok. u're stonger than u think. dua's for amni. get well soon.




p/s : life is too short to be wasted worrying. keep calm n enjoy the learning process. 






Wednesday, March 26, 2014

Dah malas berblogging

kalau ikutkan dah lebih 4 tahun aku berblogging. tu pun x termasuk blog kat friendster dulu. tu lagi lama. dari tahun 2005 kot. friendster pun dah tukar lain. blog aku yg dulu pun diorg dah delete. padahal kalau ikutkan sayang gak dgn blog tu. yela blog yg dulu tu lagi jujur kot. sbb yg baca pun kawan2 je kan.

memang dulu aku tulis je apa aku nak. xde sorok2 punye. memang macam tulis diari betul la. pastu bila masuk blogspot terus jadi tulisan ringan2 je. xde yg heavy pun. macam blog yg hepi je kan padahal....

anyway, sejak 2 menjak ni banyak la blog yg sezaman dengan aku dah makin kurang update. aku xtau la sebab diorg dah malas ke atau dah xde benda nak update. yela nak update apa je kan. dah tentu balik2 pusing benda yg sama. aku pun dah macam malas nak update sebenarnya tapi mengenangkan diari pun aku dah malas tulis so baik teruskan jela. walaupun mcam hidup segan mati x mau je kan.

lagi satu bila anak2 aku dah besar nanti, boleh la diorg refer sini. kot2 la ada benda yg aku lupa ke apa boleh je tgk kat sini. walaupun update macam x penuh je kan. yela dah kena cover sana sini. gambar muka sendiri pun xde. hahahaha mcam la ada org heran dgn muka aku kan. kalau Nora Danish ke lain la ye dak.

tapi tula bila yg lain2 dah x update tu yg aku rasa lemau sangat. macam xde hiburan untuk hari ni. ayat xleh blah kan.

aku rasa sbb aku lapo la. last makan berat kol 12 tadi.
pergh dah tahap nak pengsan dah ni.
sabo sabo... lagi 2 jam je.


pengsan terus......





p/s : see...kan dah cakap. update pun merapu je. baguih betul...



Thursday, June 6, 2013

Dah berapa bulan?

dah nak akhir2 prenancy ni org pun mula la nampak perut aku yg makin besar. mulut pulak sibuk tanya bila nak due. bulan berapa due. bersalin kat mana. bagi aku benda ni kadang2 aku leh terima n jawab, kadang2 merimaskan. dalam sehari tu, ada la dalam 3 org tanya aku bila due. kadang2 aku cakap betul, kadang2 aku cakap besok je terus. hahahaha

semalam aku keluar jap dgn Kak Maz. yela, sejak Kak Sri dah berhijrah ke KL die jela org yg leh di harapkan meneman mak buyung ni. ecewah....kita up die sikit. so ingatkan nak makan kat tempat pisang goreng yg biasa aku makan tapi boleh lak ari tu die tutup. nak xnak beli je kat warung sebelah die pastu terus balik ofis. on da way tu singgah jap beli air tebu. masa beli tu, makcik yg jual tu leh tanya aku


'bersalin bila?'

 'x lama je lagi'  aku malas nak jawab betul2.

'bersalin kat mana?'

'xtau lagi'


lepas tu die tgk aku atas bawah. dah la muka tarak sunyum. aku dah macam apahal la makcik ni. dah la tetiba je tanya soalan camtu. ok aku bukan la nak biadap ke apa tapi cara die tanya tu langsung x friendly. n aku bukan kenal pun makcik tu. 1st time beli air tebu kat situ ok.

malam tadi lak ada budak foreigner ni datang kaunter. pastu die tanya aku dah berapa bulan. muka senyum sampai ke telinga okeh. macam die happy sangat tgk aku. aku jawab 7 bulan pastu die cakap


'hope u r healthy have a safe delivery in 2 months to come'


rasa berbunga jap hati ni. korg nampak x perbezaan makcik tu dgn budak ni? x penah2 org wish camtu kat aku. yg ada asyik tanya bila aku nak bersalin je. macam diorg lak x yg sabar tunggu baby keluar. kalau ikutkan aku lagi x sabar nak baby keluar tapi kalau keluar sekarang pun nanti x cukup bulan lak. so selagi leh sabar, iols sabar jela. hmmmmmm.......













Thursday, May 23, 2013

Payung punya pasal

semalam kebetulan masa tu aku dekat dengan pintu ofis. tetiba ada budak ni(budak ke? apa2 la yek) komplen kat aku. die kata payung die hilang. eh x, die kata payung die kena curi. pastu die nak buat report. ek eleh....payung je kot. beli jela yg baru kan. sbb payung xleh bawak masuk dlm ofis kitorg. ala mana2 syarikat n bank pun xleh bawa masuk payung.

anyway, die kata nk tgk cctv. sbb kitorg x bagi die bawak payung masuk ofis kitorg. aku dah macam what?? masalah nya, kat luar mana ada cctv. kat dalam ofis ada la. dah la die bising2 kat pintu keluar tu. ganggu org nak lalu lalang. kecoh giler. so aku suruh la die gi jumpa ketua aku.

bila die jumpa ketua aku, die bebel la benda yg sama. ketua aku pun cakap benda yg sama. die x puas hati gak. jadi die gi bahagian aduan lak. ketua bahagian aduan xde lak. die ada bengkel ke apa tah. so die jumpa bos aku lak.

lama giler die duduk dalam ofis bos aku. hahahah nampak sangat aku ni kepochi nak tau. diorg yg dekat2 dgn ofis bos aku kata die isi borg aduan. hmm.....

anyway setel tu, die keluar. muka lagi nak kelat. yg aku lak masa tu masih lepak dekat dgn pintu. aku nampak ada sorg mamat tu masuk bawak payung hitam. pastu die nampak mamat tu terus cakap 'syukriah'. ye, die ni minah arab. so maknanya die dah jumpa payung die la ek? entah. sbb lepas je die jumpa mamat tu, die terus jumpa bos aku balik cakap apa tah. die tarik balik aduan die kot.



camni je rupa payung tu. aku x tgk dekat2 la tapi hitam je kot. kan???



giler x giler la kan? pasal payung je boleh kecoh satu ofis aku. dah la main tuduh je yg konon nya kitorg punya sistem keselamatan x ok. padahal die yg biol x reti nak tanya kawan die dulu. pastu cakap asyik cakap payung die mahal sbb branded. dah tau branded xyah la pakai. simpan je kat rumah. tapi aku tgk x macam branded pun. hitam je. xde corak2 ke apa. bila pikir balik, kelakar pun ada. x penah2 la kitorg dapat aduan payung kena curi. kalau hilang pun, xde org kisah. sbb payung je kot. hahahaha

eh tapi semalam aku google ada rupanya payung paling mahal. harga 50k pound. giler la diorg ni. x caya korg try google. buat dari kulit buaya lagi. elok x elok aku xtau la. saje nak menghabiskan duit kot?










p/s : slalu yg buat aduan ni memang org 'die' je. budak2 lain hilang hp la, laptop la. lagi teruk. ko hilang payung je kot. macam penting sangat. eh penting la. pakai bila hujan. kan? hahahaha gelak evil...








Tuesday, January 15, 2013

Bebelan hari ini

hahahah macam xde tajuk lain je. ala yg penting ada tajuk.

anyway, ari ni tekak aku rasa pahit. xtau nak cakap macam mana tapi memang x sedap la. pastu aku gi google la. hahaha typical me yg suka google je tapi kadang2 apa yg kita google ni betul. kalau dari sumber yg betul la. cam sebelum ni yg aku asyik sakit cam gastrik je rupa2 nye sbb ini.

so tadi masa google rasa cam x serius je cuma sumpah x sedap tekak aku ni. makan apa pun x sedap.

owh nak cakap yg sekarang selera makan aku dah pulih. yeay! no more morning sickness. dah 3 ari sihat walafiat je ni. hopefully akan berpanjangan la. sbb aku pun malas nak menebalkan muka asyik mc je. macam xde keje lain.

pasal sakit tekak tadi, maybe petang sikit baru pegi. tunggu free sikit la. kalau pegi sekarng memang ramai org. almaklum la klinik kerajaan. bukan xde klinik panel tapi aku lebih suka gi klinik kerajaan tapi yg satu ni jela. yg lain x. hehehe coz doktor ok n ubat2 pun ok. yela kadang2 aku gi klinik panel sbb nak cepat kan tapi last2 kena gi klinik kerajaan gak baru baik.

so mari la kita ke klinik kerajaan.

baik la nak gi lunch ni walaupun tekak pahit macam ke hapa tah.

owh lupa lak.

aku just nak cakap segala keburukan yg kita lakukan hari ini satu hari nanti akan berbalik pada kita jugak. what goes around comes around. dunia ni bulat je. x hari ni esok gak benda tu akan berbalik pada kita. so kalau rasa ada buat salah ke apa baik la bermaafan. bukan ada manfaat pun busuk hati ni. kan?

hahaha tetiba je. buat renungan untuk diri sendiri dan org lain gak. =)





Thursday, January 10, 2013

I'm nobody

actually i dunno what to type. but i still need sumwhere to let go off things. things that are rapidly running in my head. and it hurts so badly that sometimes i feel that nobody understands. nobody really care. i'm a nobody. isolated.

then today i met with some of my friends. we are not the so called bff or anything but still we had a good chat. more of me talking than them really. but it felt good. I felt good. at least i felt that somebody else really felt what I feel.

throughout this pregnancy i've been a little down. you know when you always fell good about yourself than suddenly it all collapse and you became helpless. nothing can help you. your body was aching all over and everything that you do doesn't help or make things better. can you imagine being sick for 5 days in a week? sometimes longer?

well when i talk with both of my friends they listen n then give encouragement. one even said that she had it even worst on her pregnancy. up to 6 months of always having morning sickness. i hope that i'm not going after that. hopefully end of this month it will be better. i hope so.

pray for me okeh.

enough said. had to go back home already.

felt much better.

thanks all.






Thursday, October 4, 2012

Being In the Middle.....again

i think i hav said this in my previous post. not so long ago.

but it happened.....again.

well the thing is, i like to be friends with everyone. in this kind of environment, you hav to. for your own survival. now it's like reality show. but in my case, this is so real.

the story goes like this. there's this group of friends who was like bff. well i think.

they do all types of things together. eat, shopping n even went to the toilet together.

then one day, one of them(A) had an argument with another one of them(B). they fought in silence but loudly. you know, through fb n emails. so yeah 2 friends fought. so how about the rest? well half of them decided to stay by A side. another half went to B side.

me on the other hand did not go to any side. like i said earlier. i am friend with everyone. and i like to live in peace and harmony.

so yeah I ended up being in the middle. A said things about B and the same goes to B.

what is wrong with these ppl? can't they sorted things out? i did try to be the peacemaker for both of them but to no avail.

i just can't understand this. only time can tell.

hmmm....

well anyway i did hav some misunderstanding the other day with someone.i didn't even know what i did wrong. so to that person, I'm deeply sorry.








p/s : ppl are so hard to please. but not me. give me some yummy dessert n i'll be ok. owh talking about dessert. i'm craving for some SR cake. must hav.....now.......arghhhhh






Thursday, September 13, 2012

Menang Loteri???

tadi lepas gi jamuan company(entry aku buat nanti k), aku terus masuk ofis n kebetulan bertembung dgn sorang pegawai ni.

well die ni kira jawatan tinggi jugak la. so aku tegur die.

'Cik A x pegi makan ke?

'awak tegur saya ke? saya rasa cam menang loteri lak'


ok. sangat pelik.
nampak sangat aku jarang tegur org.
but I accept that as a compliment la kan?



lagipun, dalam dunia pekerjaan gov, kalau ko tegur lebih2 org kata mengampu.
jarang tegur org kata sombong. so kita buat separuh2 jela. tegur lite2 jek. hehehehe





p/ s: senyum tu memang slalu la. senyum kan sedekah.




Monday, September 3, 2012

I can't simply forgive and forget

yeah I have a head like a rock they say.

it's true I must say that

some things a better kept silent than being said.





there.
I've said it.








Monday, July 16, 2012

Keje kena ikhlas...

tadi aku berbual kosong dengan ketua baru. well bukan la baru sangat pun. die tukar unit je. korang paham ke? lantak la ek.


so die pun tanya la aku keje sini dah berapa lama dan macam2 lagi la. aku cakap la dah lama keje tapi still status xtau lagi akan tetap atau x. n korang ingat x pasal yg ada grup dalam company aku tu....ala yg dulu aku masuk pastu aku keluar tu.

well masa tu aku pregnant so macam malas nak fikir sangat. jadi aku mintak keluar je dari grup. tup2 diorg menang lak. so sekarang ni diorg masuk macam2 pertandingan. ni pun diorg join event kat melaka 3 hari.

dalam grup tu ada gak yg budak2 kontrak. aku cakap dgn Mr H(ketua yg aku berborak tu)....


aku : saya malas nak join diorg. yela t sape nak jaga anak saya kan. kesian die. dah la pergi bukan dekat n lebih dari sehari. saya xleh la.


Mr H : sepatutnye bukan itu yg ko fikirkan. kalau ko join diorg, ko buat semua tu untuk masa depan ko n anak ko. so bila orang tanya apa sumbangan yg ko dah bagi pada company, ko ada 'something'. macam sekarang ni, ko cuma buat keje ko je. x lebih n x kurang. org x nampak kelebihan ko. ko x 'bersinar'. ko ibarat pekerja biasa je. sekurang2 nye, bila semua pertandingan semua tu dah setel, ko ada sesuatu yg nak di banggakan. lepas tu, mungkin diorg akan pandang ko.




apa yg Mr H cakap tu ada betul nye. wise words kan? tetiba aku macam menyesal lak lepaskan job scope tu. macam selfish pun ada. hmmmm.....

nak buat camne kan. masa bukan boleh di putar balik. terpaksa la berhabis baik dgn apa yg kita ada.
go go chaiyok!






p/s : Nia demam ari ni. so terpaksa la balik awal. sebenarnye risau gak ni. 





Monday, June 18, 2012

My view on life....and myself

someone told me sometime ago that I have a cute face, but no smile.

as time goes by, my face lit up. little by little. maybe because in that time span, my life changes. n my view automatically changes. i grew a lot. more than i think that i can...... i think.

i'm not the so called naive person n blur person anymore. i'm more rational n stable.

changes in me had people saw the real me. they say i smile more. make funny jokes more. i talk more n mingle. maybe....... because i'm happy now.

i've grown. from a teenager, into a woman.

now i'm a wife, a mother and a lover to my husband.

i just don't understand if someone would like to jeopardise their life, their family for something that is uncertain. i don't know. it's just......not right. but...it's their lives. maybe they are happy like that? hmmmm....

what i want to say is....ppl changes. either it's from good to bad or vice versa. but the changes in life makes us who we are now. and the person who is with you along the transition makes the changes n the experience even sweeter.



there is no words that can describe what i feel about u.
coz what i know is
you n me,
we are one.  =)





p/s : di pagi isnin tetiba post entry lovey2 lak. malu nye.....(lari2 pastu sorok bawah meja.)




Friday, April 13, 2012

Tentang EBM n other things

aku nak cakap pasal benda ni lama dah. tapi rasa cam x patut kot. macam yg penah aku cakap kat kawan aku dulu, setiap ibu mestilah nak yg terbaik untuk anak die kan. so kita x boleh cakap mana satu betul, mana satu salah.

but still.....kalau nak tahu benda yg kita buat tu betul ke x, kena ada panduan. aku ni keras kepala sikit. macam2 nasihat org bagi pasal breastfeeding(BF) nih. yes, I'm fully breastfeeding. sbb aku nak yg terbaik untuk anak aku. ok sambung cerita tadi.

masa aku masih berpantang lagi ramai je yg bagi 'nasihat' free walaupun aku x minta. mana yg aku rasa ok, aku adaptasikan mana yg x.....simpan dlm hati jela. contoh macam ni

"baby kena sulam air masak kalau x nanti mulut die kotor"

 "boleh je bagi die makan bubur. kesian budak tu lapar"

"x campur susu tepung ke? nanti dah keje kan susah. kalau tetiba susu badan xde camne?"


semua ni nasihat yg aku dapat la. tapi aku x ikut pun. sbb aku tanya doktor, die cakap semua ni xyah buat kecuali pasal minum air suam tu ok tapi x bagi banyak la. n kalau x bagi, mulut die x kotor pun. mulut kita lagi kotor kan? hahahahah ok x kelakar.

 setahu aku la kan, selagi baby belum 6 bulan n selagi ibu nye boleh bekalkan susu badan yg mencukupi, semua kat atas ni x perlu.

aku banyak baca artikel dari babycenter.com. kat sini semua doktor dan pakar2 yg komen.

 lagipun, aku dah nampak banyak contoh depan mata. kadang2 aku kesian kat anak diorg sbb baby mana la tahu apa2 kan. ibu bapa la yg mencorakkan mereka.

ada yg anak diorg kena sembelit bila dah besar sbb baru usia sebulan dah diberi makan bubur.

ada yg antibodi badan anak x kuat, asyik demam je sbb dari kecik dah minum susu formula.


so aku memang yakin la yg susu ibu memang terbaik untuk bayi. plz la pada bakal2 ibu, kalau xtau apa2 sila la tanya pada pakar. aku bukan nak cakap yg kata org2 tua kita ni xleh pakai langsung. ada tapi x semua. sbb kadang2 apa yg diorg cakap tu pun datang nye dari ibu bapa diorg gak. so betul atau x diorg pun xtau. yela sbb kira macam pengetahuan yg di warisi la.


aku bagi contoh pasal pantang. kan selalu org cakap berpantang ni xleh minum air sbb nanti badan kembang.

padahal doktor suruh banyakkan minum air suam untuk menambahkan tenaga dan melawaskan kan kencing.

contoh lagi.
kena banyak makan halia dan lada hitam.

yg ni memang betul, sbb halia boleh keluarkan angin dalam badan dan lada hitam lak boleh memanaskan badan.


okla. aku malas nak bebel panjang lebar. ni pun dah macam karangan dah.

cuma aku nak cakap, kalau org bagi nasihat atau apa2 petua sila la jangan terima bulat2. kita pun kena ada pengetahuan sendiri. internet kan ada. google je. yg penting tanya nasihat doktor. kita nak yg terbaik untuk anak kita kan. =)






p/s: sedang mencuba BF sampai Nia umur setahun kemudian 2 tahun. doakan aku okeh!




Wednesday, March 7, 2012

Dah lamaaaaa.....x update blog

sori la sesangat pada sesape yg rindu kat aku tu. bukan sengaja xnak update blog tapi I bz la. (tangan di dada mata ke atas).


pulak tu pc kat ofis ni boleh lak ada virus. nak update xde gambar mana best kan. so blog ni terbiar jela. (tipu lagi. hehehe)


owh aku nak merempan kat sini jap boleh x?

mesti la boleh sebab ni blog aku kan. lagi mau tanya.

so pagi tadi bangun awal tapi dah macam org lalok dah. yela lately si Nia asyik la bangun masa aku nak tido. bila aku bangun, die tido. bila aku tido, die bangun. so aku dah macam zombie dah. mata panda toksah cerita la. panda pun naik ngeri tengok aku.

nak di jadikan cerita, aku nak elak ngantok tu aku on fb la. org kata bila dah kemaruk fb mesti ceria, mata segar bugar. hmmmppphhhh xde maknanya. ngantuk aku ni dah tahap rasukan. tgh klik page pun boleh tersengguk2 mengalahkan org jawab exam sejarah.

tetiba terfikir nak up status ' ngantuk sangat....sampai buka fb pun leh tertido....aishhhh dapat bantal n tilam best nih....zzzzzzz '

lepas tu ada la malaun ni komen. "tula malam asik main je kan dah ngantuk" 


lebih kurang camtu la komen die. aku pun x ingat sangat. yg komen tu perempuan ok. lebih muda dari aku. dah kawin n anak sorg. aku dah macam what the #%$&&!@!!!!!

ko boleh lak post komen camtu kat status aku kan? kawan aku yg lelaki pun x camtu ok. ko dah kenapa kan? dah kemaruk sangat ke apa?

of cos aku x balas n automatik aku delete post die. aku x suka nak layan org camni ni. biar die gila sorg2 dah la. aku xnak sama gila dgn die. n aku x rapat dgn die pun. tgh consider nak buang dari frenlist la. hmmmm



p/s : tadi dapat curi tido jap dgn jaya nye. so ni entry saje2 nak luah perasaan. xde niat lain pun. Peace! 




p/s/s : Nia oh Nia......malam ni biar mama tido lama sikit boleh?