I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, December 1, 2020

Mendaki memang seronok

 Ingat tak kali terakhir aku tulis yang aku mungkin lambat lagi nak sambung mendaki...


well guess what?

aku dah terpengaruh...addicted...sebab mendaki sangat2 best. memang la ko akan rasa penat giler babeng tapi perasaan puas dapat sampai ke puncak tu memang...x boleh di gambar kan dengan kata2.

tapi serius, Gunung Angsi adalah gunung yang paling mencabar aku penah daki setakat ini. untuk repeat memang takkan. sebab jalan nya terlampau mencabar. orang2 yg penah ke sana je paham. 

oh aku tak cakap ek aku daki Gunung Angsi?

yela kalau dah kawan aku pujuk. siap nak bayarkan untuk aku lagi, sape yg tak cair kan....





budak2 ni la yang keteghak sangat mengajak aku daki gunung. kalau ikut aku, memang nak daki bukit je. tapi ada baik nye jugak diorang push aku sampai ke tahap ini. next trip xtau bila. 😞








petanda yg kami dah jejak sampai ke atas

                                                            



it is worth it. for the experience. sebab bukan senang nak dapat mendaki di Negeri Sembilan. ikutkan selepas tu ada trip ke Gunung Datuk pulak. pun dekat Nogori tapi masa tu tiba2 je kes covid bertambah naik. kesudahnye sampai hari ni masih tunda. hmmmphhh....





Monday, October 19, 2020

Hobi baru


Hai korangss


Sejak dunia kita di landa virus covid-19, agak sukar jugak nak plan aktiviti riadah. banyak tempat tutup. sebelum ni kan aku dah mula aktif masuk larian 5km tapi bila dah pkp terus stop. 

so fikir punye fikir, kawan aku cadangkan buat aktiviti pegi joging jela. lama2 bosan plak asik trek yg sama je. so kita tukar cari bukit untuk ada panjat2 sikit. bagi kuatkan stamina.






 
pemandangan aku minggu lepas.

 

 

gunung tertinggi yg aku daki buat masa ni.

memang mencabar mental dan fizikal. badan x penat pun cuma kaki rasa sakit sikit je.

next trip mungkin bulan depan la kot. 

perlukan masa untuk pulihkan tenaga dan kaki. hehehehe

oh aku bukan pergi sorang. gila ke. kang apa2 jadi x ke naya.

aku pegi dengan grup larian yela sbb nak masuk larian pun dah xde kan. jadi mari la kita mendaki. oh minggu depan diorg pegi gunung angsi. tapi aku x join la, nak naik gunung yg satu ni pun macam dah nak tercabut kaki aku. lagi la nak naik gunung angsi plak kan.


ok dah xtau nak taip apa. hahaha

macam x biasa plak.

ok bye






Thursday, November 12, 2015

Wedding Asrul & Ezze

minggu lepas bz ya amat. yela tang keje n Apin.

anyway, xnak sedih2 dah. ni aku nak cerita pasal sabtu lepas yg aku gi wedding tu. ikutkan aku gi dgn kawan aku tapi sepupu die tunang lak. nak ajak org lain, diorg bukan kenal pun kawan aku yg kawin ni. so nak xnak terpaksa la gi sorg. sebenarnya boleh je aku x pegi wedding die tapi aku teringin gak tgk member glamer aku sorg ni sanding. heheheh

dalam kol 11 gitu baru gerak. malas nak lambat2 sbb kenduri tu kat Pontian. tau jela jalan lama kan memang jem je. lagi2 kat area Pekan Nenas.

anyway, sampai kat are bandar Pontian, berpusing jap. sbb kawan aku buat kat dewan tapi die x buat signage. nasib baik ingat nama dewan tu apa. so jumpa dewan terus serbu tempat makan. Nia n Ari dah nyanyi2 dah mintak makan.




amik pic dlm toilet pun jadi. hehehehe




jubah ni MIL belikan dari Mekah. comel kan? die bagi 2 helai. lagi satu warna putih. tapi tu la bila pakai jubah Ari asik selak je baju die. mungkin x biasa pakai baju yg panjang camtu kot.

masa makan, nampak la a few kawan skola aku. dapat borak2 kejap je nak amik gambar sesama pun x sempat. sbb masa ni Ari dah mula nak main sorok pulak. dah la org ramai. tapi semangat nak tgk kawan aku sanding masih tinggi so terpaksa la bersabar je. rupa aku masa ni xtau la dah rupa apa. huhuhuhu

pengantin masuk je terus aku n member2 aku ke depan. tapi sbb kameraman ramai sangat. x dapat nak amik gambar yg cantik. xpela yg penting dapat tgk member aku kawin. memang dah macam rupa retis dah. tahniah Intan! 

sebelum balik, kena singgah booth ni. x dapat amik gambar dgn pengantin pun xpe. hehehehe
owh diorg ada sediakan Pixabooth. setiap kali amik gambar kat situ diorg akan bagi 2 filmstrip gambar kita. best kan?




tema baju kami ari tu sempena nak deepavali. hehehe




seronok la Nia n Ari main dgn props kat situ. Nia langsung xnak buka topeng. yg si Ari lak memang sekarang ni tgh mood suka buat2 muka. hahahaha aku gak yg struggle. dgn nak pegang goodies dgn nak dukung si Ari lagi. Nasib baik diorg sediakan tangga. so Nia diri kat tangga je. owh baju Nia tu punjabi suit. MIL belikan dari Mekah. aku pun die belikan tapi segan la nak pakai. dah la color sama dgn Nia. nanti nampak cam boria lak. heheheh

overall puas hati la dapat gi wedding kawan aku yg sorg ni. satu : sbb aku suka gi wedding. second : sbb teringin nak tgk org femes sanding camne. hahahah padahal biasa je.

anyaway,

Selamat pengantin baru Intan & Asrul
moga kekal ke jannah ye!!!







Sunday, August 30, 2015

Kursus teambuilding memang best

lemau nye naik kejeeee.......esok cuti lak tu. kalau ikutkan nakkkk je aku cuti ari ni tapi memikirkan cuti aku yg tinggal ciput tu, terus x jadi.

anyway, kan minggu lepas aku ada cakap yg aku gi kursus kat melaka. memang best giler. tetiba macam kembali ke zaman skola la plak. sbb kitorg duduk sebilik 7 org. ikutkan untuk 6 org tapi dah geng ada 7, so kena la muatkan untuk 7 org gak. heheheh

kitorg kursus kat Asahan, Melaka. dan tempat ni betul2 depan pusat latihan PLKN Lagenda, tempat aku masuk PLKN dulu okeh!!!! omg terus teringat kenangan masa tu. dulu 18, sekarang dah dekat 30 dah. umo dah gini nak kena buat aktiviti lasak bagai....fuhhhh





ini la tempat kursus kitorg.
bertentang dgn pintu masuk PLKN Lagenda





kursus yg aku pegi ni memang banyak aktiviti luar. kalau dalam kelas pun ada la 2-3 jam je. tapi aku lagi suka aktiviti luar. cuma badan macam x larat je. yela umo dah dekat 3 series kan.

1st day
relaks je xde buat apa sangat. pastu ada ice breaking bagai, bagikan kumpulan.


2nd day
pagi2 dah main futsal. aduiiii aku ni mana la reti. tapi yg pompuan semua pun x reti. hahahaha yg pandai budak laki jela. diorg la yg main lebih. aku tukang jaga gol je. hehehe pastu buat aktiviti lasak. redah obstacle macam biasa askar buat, buat flying fox, abseiling dan fear factor.

kalau takat flying fox dgn abseiling, masa PLKN aku dah penah buat dah. 2 benda ni seronok buat. yg penat cuma nak naik tangga jela. aku buat flying fox 2 kali, abseiling sekali je. x larat nak naik tangga lagi dah.





nampak macam biasa je kan?


tangga yg belah kanan tu untuk buat flying fox n abseiling. yg 4 tiang terpacak ni la fear factor. aku xtau diorg namakn benda ni apa tapi aku panggil jela fear factor eh. tiang tu je tinggi nye macam rumah 2 tingkat. so boleh bayangkan punyela tinggi. dah la ko nanti naik ko berpijak kat platform kat tiang tu je. xde benda lain.

mula2 kena jalan kat titi lebar die ngam2 kaki je. jalan semeter gitu. laluan kedua ialah jambatan gantung. yg ni ok lagi la. x seram sangat. yg last pulak.....





yg ni!!!!!!





agak2 korang boleh buat x? gigil2 jugak la aku buat benda ni. ko kena jalan sambil berpaut pada tali2 kat atas tu. bila sampai tali ke 4, cangkung pastu baring terus ke belakang. rasa macam nak tercabut jantung aku. aku ni dulu teringin nak buat bungee jumping tapi lepas dah buat ni rasa cam errr......macam xnak buat la. hehehehe

malam tu kitorg ada persembahan dikir barat. video die ada kawan aku post kat youtube tapi malas la nak letak sini. iolss malu la. hihihiihi


3rd day
lepas senaman pagi. kitorg main netball. dgn budak laki skali campur. cam tah apa2 je. yg aku geram tu, org x passing bola kat aku pun. huhuhuhu

lepas dah regang otot semua, kita naik gunung lak. tapi bukan gunung ledang la. kitorg naik sikit je. agak2 1/3 perjalanan ke gunung ledang. sambil2 tu komando yg bawak kitorg tu ajar la sikit2 cara hidup kat hutan. last sebelum sampai kem balik, kitorg singgah air terjun. tapi x best sbb aku bendera merah. sedih iolsss tau. dapat main2 air kat kaki je. yg budak laki semua memang dah terjun masuk dah.

sampai kem, diorg bagi taklimat n pemberian cenderahati. kumpulan aku x menang pun. ala hadiah hamper makanan je kot. kalau hadiah duit tu aku nak jugak la. (ayat sedapkan hati)

lepas tu terus masuk dorm n berkemas balik la kita. sampai rumah dekat kol 6.30 terus pengsan. hahahaha nak gerak gi GP pun x larat. tapi mengenangkan rinduuuu banget kat budak kecik 2 org tu, aku balik gak la. tu pun kol 8 lebih baru nak gerak. hehehehe

overall, memang best la kursus ni. x macam kursus yg slalu aku pegi. duduk n dengar je org bercakap. kursus yg ni memang penuh aktiviti sampaikan aku demam urat. mak2 sangat tau. hehehehe




p/s : girls generation rules!!!! (rindu lak ngan budak dorm)



Thursday, August 20, 2015

Berdenyut2 rasa dia

hari ni aku xde mood nak buat keje. tapi keje belambak. camne tu? ni mungkin sbb lapa la kot. dari semalam x makan nasi. bukan xnak tapi x boleh. gusi sakit lagi. huhuhuhuu

alkisah nya ari tu saje la whatsapp kawan aku. ari tu die cabut gigi bongsu siap kena gi spital. pastu dapat mc 3 ari. aku ni xde la sakit gigi. cuma risau je. sbb tetiba ari tu aku rasa gigi aku pecah. yes, pecah. rasa tau gigi aku tinggal separuh.

so aku tanya la kawan aku die gi klinik mana. ari tu dah habis duit tampal gigi si Nia. ni gigi aku buat hal lak. so memang nak gi klinik kerajaan je. kawan aku kata ada klinik kesihatan dekat2 rumah aku. servis pun ok. aku ingat nak gi minggu depan jela. pastu kawan aku balas ni ok.










tgk la tu. die suka takutkan aku tau. bukan la aku takut pun. cuma sayang gigi iolsss tau. eh malu la wallpaper gambar merempit dgn Al. sukaaaaa sangat gambar tu. ceh tetiba cerita lain lak. hehehehe ok2 sambung....tup2 semalam rasa ngilu je gigi ni. nak makan pun x best. so terus je gi klinik. memang x macam klinik kerajaan la. sbb bangunan baru kot so memang kemas je. macam kat klinik swasta pun ada.

1 jam tunggu baru sampai giliran aku. ok la. xde la lama sangat kan. n x sakit pun. lupa lak nak amik pic. mungkin sbb neves kot. hehehe dapat la mc sehari. tapi bila sampai rumah je, terus berdenyut rasa die. mungkin sbb bius dah habis kot.

pastu xleh makan. sbb ngilu n darah banyak giler. sampai habis kapas yg nurse tu bagi. dah la aku dari pagi x makan lagi. nasib baik ada roti. so dari balik klinik sampai ke malam aku makan roti jela.

pagi ni sampai ofis je perut aku dah main lagu rock dah.
gusi dah x sakit lagi tapi rasa nya xleh makan nasi lagi kot.
aduiiiiyaiiii aku lapa nasi pls. rasa macam nak tumbuk2 org je die punye rasa lapa tu.
sabar D.....sabar.....huhuhuhu =((







Sunday, March 22, 2015

Sambut besday ke?

hepi besday to me!!

dah nak masuk 3 series dah. hmm xde la rasa tua pun. dulu punye la aku takut nak dekat 3 series. tapi bila dah dekat rasa biasa je. sama je. ke sebab aku jiwa muda? hak3

anyway, besday aku kan ari jumaat lepas. sebelum tu akak ada wasap aku nak ajak gi mandi kat pool ke apa tah. aku ok je asal die belanja. hehehe die kata kalau on nanti die inform. so aku pun cam biasa la. malam jumaat tu akak mesej esoknya nak gi mandi pool. aku pun ok la. kira hadiah besday ke ni? lupa lak nak tanya die.

pagi tu akak datang rumah bawak sarapan. so sarapan kat rumah pastu amik kawan akak n terus gi pool. kitorg gerak kol 11.30. lagipun tempat tu buka kol 11. nama tempat tu CS inflatable pool kat 101 Kulai yg lama. dekat je dgn pintu keluar highway Kulai.

sampai2 terus masuk pool.


masa ni baru nak warm-up



poyo kan Nia. konon berenang la. owh pelampung tu aku yg bawak siap2 dari rumah. nasib baik bawak sbb kitorg kan banyak lepak kat pool yg besar. Nia ok la tapi Ari kan pendek. so kira pelampung tu penyelamat la. tapi ada gak Ari terminum air. habis tu x reti duduk diam kan. hahahaha

2 jam gak lepak kat situ. layankan Nia n Ari main. sebelum balik, singgah Aeon Kulai nak beli kasut. tapi sebelum tu makan dulu kat kedai ayam penyet. ok la  kat situ cuma sambal die x kick sangat. ceh ada hati nak makan pedas kan aku ni. balik rumah kang terus kena gastrik. hehehe

Ari pulak masa org nak makan masa tula die ngamuk nak tido. so diorang makan, aku bawak Ari jalan2. ingat nak bagi die lelap la. xde makna nye. aku dah la lapar. so masuk balik kedai makan. boleh lak aku tepuk2 sikit die terus tido. pastu letak dalam stroller langsung x bangun. penat sangat la tu. lepas tu meneruskan pencarian kasut. tapi xde yg berkenan di hati. huhuhu

Nia lak dalam kete nak balik tu baru tido.nasib baik. kalau x, mesti die melalak bila maklong die nak balik. anyway, we had so much fun. best sebab x ramai orang kot.



p/s : balik tu semua pengsan. penat yg sangat berbaloi. =)


Thursday, April 24, 2014

Lagu budak 80's

tadi kawan aku sibuk la suruh aku google lagu dolu2. aku pun x paham motif die. tapi mungkin die bengang kot dgn aku sbb xtau band Smashing Pumpkin. apokobondo tu?

rite....? aku dulu layan Backstreet Boys, Blink 182, N'Sync pastu apa lagi tah. x layan sangat lagu mat saleh ni. pastu die suruh google Third Eye Blind lak. band apa tah. so aku gugel la. klua lagu ni.










die kata sape 80's kids konfem tau lagu ni.
hahaha apa2 la labu. anyway, korg enjoy la ye.


update diri n bebudak xde. sbb xde masa.
macam bz bebenor je.
rehat pun macam x cukup. urrgggghhhhh


Sunday, April 13, 2014

Festival Indonesia

ni gambar ari khamis kot. tah lupa. masa tu bosan2 sementara nak tunggu waktu balik keje, jadi ajak la kawan aku si Aif n gf die gi festival Indonesia. xde la macam festival pun. macam entah. banyak runag kosong je. aku ingatkan ada la jual apa2 souvenir macam kain batik ke apa. ni ada la jual keychain sket pastu fridge magnet pastu apa lagi tah.







mintak si Aif amikkan gambar aku.
cam x ikhlas je kan. die lagi sibuk melayan gf die. yela...org ada gf kan...








topeng2 yg di pamerkan kat situ. ada topeng yg muka menyeramkan tapi aku seram lak amik gambar. so ni je yg aku amik. hehehehe

xde benda menarik pun. so kitorg ingat nak keluar jela skali masa kitorg dah nak keluar tu, organizer bagi announcement ada joget ke apa tah jap lagi so kitorg stay la kejap.



























aku xtau tarian apa ni tapi lagu die macam dlm bahasa jawa kot.
pastu ada sebut rasul n nabi. best la jugak.














gambar hari isnin. main badminton dgn gf Aif. dah ada geng main badminton dah sekarang. hehehe ari rabu pun ada main gak tapi gambar semua kat diorg. yela budak2 bujang ni memang rajin sket amik gambar. aku tukang menyelit je. hehehe



p/s : minggu ni x dapat main sbb shift petang. huhuhu






Thursday, March 14, 2013

Sad day

i've just received news that my officemate had a miscarrige. some of my other officemates are accompanying her to the hospital to do the D&C thing.

it was sad. coz it happened in the office when she was doing her usual work. maybe she's too tired or it's just fate. not her 'rezeki'. i just felt sorry for her. in a way, i was thinking about what if it's me. ppl always tells me to take my pace. walk slowly. but i ignores them all.

anyway, i wish her the best. hope everything went smoothly n she'll recover soon. hope she is strong to deal with the miscarrige.


plz pray for her.







Wednesday, December 19, 2012

Rasukan sangat....

hari ni ada lunch date dgn Kak Sri. makan kat Aeon Taman U. ingatkan nak order lunch set tapi macam x menyelerakan pun so aku order Aglio Olio ke apa tah. x ingat lak nama betul die n minum hot lemon tea. Kak Sri x order apa2. dah kenyang katanya. xtau la betul ke x tu.

anyway, masa sampai je hidangan aku tu, aku dah rasa pelik sesangat. cam eh camni ke rupa die? sbb aku slalu baca kat blog ramai cakap benda ni sedap (nampak sangat mudah terpengaruh aku ni. hehehe)

so aku makan sikit. ok nape rasa pun pelik. hidangan ni macam spageti goreng berlada pastu ada udang n sotong sikit. masalah nya aku xde rasa apa2. masin pun xde. tawar je. pastu spageti keras. rasa cam makan tepung. udang rasa kosong. cam mentah pun ada. serius!





ni gambar kat website diorg.....appetizing much?



aku ni biasa la kalau makan memang suka komen. tapi biasa nya aku boleh gak la habiskan sbb membazir kot. dah la mahal. masalah nya memang melampau punya x sedap. aku siap letak sos cili n tomato dan jugak sikit air teh lemon aku tu untuk tambah kan rasa die. yes, that BAD. but still x sedap.

akhirnya aku cuma makan separuh je. tu pun bila ingat balik rasa udang tu aku rasa nak muntah. Kak Sri langsung xnak rasa. die kata tengok rupa pun langsung x menyelerakan lagi la nak makan.






ini lebih kurang apa yg aku dapat. tapi lagi teruk kot rupa die. gambar dari google



aku x amik gambar pun. x teringat kot. owh masa nak bayar tu aku sorg2. Kak Sri gi kedai sebelah tengok barang apa tah. yg attend aku tu staf. aku hulur duit pastu aku cakap kat die

"tolong bagitau tukang masak awak tu spageti yg saya makan tadi langsung x sedap. spageti keras"


staf tu macam terkebil2 mata cam x percaya aku cakap camtu. pastu kebetulan supervisor die lalu n terus take over. die amik duit aku pastu die tekan2 apa tah pastu die cakap

"maaf ye cik. order tadi tu saya kira cancel. sorry ye. "


so yeah i just paid for the hot lemon tea. spageti x sedap tu adalah free.

eh korg jangan ingat aku sengaja ye. aku pun xtau kenapa aku berani cakap camtu kat die. xtau la aku ke yg bercakap tadi atau aku sebenarnya telah di rasuk syaitonnnn......hahahaha

lagipun kalau sedap dapat makan free aku pun suka. masalah nye x sedap. jadi peringatn untuk diri sendiri
lain kali kat sini makan dessert jela.

hmmpphhhh







p/s : tetiba balik ofis tadi kepala aku cam pening melampau. penangan spageti x sedap punye pasal. haishhhh






Saturday, December 1, 2012

Best sangat ke durian crepe?

sekarang ni tgh hot sangat durian crepe. macam pavlova la. sorg cakap semua pun cakap pasal pavlova. skrg durian crepe lak. aku mula2 dgr ingat macam yg crispy crepe tu rupa2 nya macam kuih je.

persoalan nya, sedap ke? sampai semua org dok bercakap je pasal benda ni. so semalam aku balik rumah mak n kebetulan akak ada beli la durian crepe ni. kawan die yg buat n jual.

rasa die? sama je macam durian kot. ada rasa creamy pastu rasa durian. macam aiskrim durian pun ada. tu mak aku yg cakap la. aku rasa biasa je kot. rasa durian.




 pic ehsan google



habis tu korg nak aku cakap apa? aku ni bukan minat sangat makanan berasaskan durian. so bagi aku makan durian lagi best kot. kalau korg rasa nak cuba, cuba la. aku dah try korg bila lagi? ceh dah macam kempen lak aku ni.

owh cakap pasal durian crepe gak, ari tu kawan aku beli pastu letak kat peti ais kat pantry ofis. kebetulan pada masa yg sama gak ada org makan durian kat pantry. jadi satu ofis la bau durian. n x pasal2 kecoh sampai ke pegawai. ada sorg pegawai ni busybody gi cari mana asal datang bau durian tu n die sampai ke pantry.

die pun terjumpa la durian crepe member aku ni. padahal bukan bau benda tu yg kuat bau durian. tapi sebab diorg makan durian kat pantry x pasal2 durian crepe member aku ni jadi mangsa. lepas tu......aku ingatkan die nak marah kawan aku ke, buang durian crepe tu ke apa kan. skali die lak yg makan durian crepe tu. boleh?

memang dasar org xde perasaan kan? dah la kawan aku yg beli tu ngandung. kesian kawan aku. semua kerana durian crepe. haishhhhh.....






p/s : ngantuk nye......




Monday, May 21, 2012

Selamat Pengantin Baru Ila!

semalam aku sedaya upaya meng'avaiable' kan diri untuk hadir resepsi perkahwinan Ila dan Faiz. owh Ila ni kawan aku masa kolej dulu. masa aku kawin dulu die n M datang time nikah. tu pun dah malam. tapi still aku hargai sesangat. so masa die kawin harus la aku menghadirkan diri kan?

lagi satu yg buatkan aku teruja sesangat nak tgk wedding die adalah kerana die ni bos butik perkahwinan n part time model. so mestila best kan?

dah la malas cerita banyak. kita tgk gambar jela. owh gambar aku copet dari FB si M. sbb saya pemalas nak transfer gambar dari kamera hehehehe







suasana dalam dewan. owh majlis ni kat Dewan Jubli Intan Johor. cantik kan? tema putih, krim n ada la campur2 sikit purple. ke tu biru ek? tetiba rabun warna.







siap ada tarian zakin ko. korang ado?














sesi foto dgn ex-kolej yg same batch. owh yg sama color tu sbb diorg kendarat. baju di sponsor oleh Ila. masa ni aku dah balik dah sbb tetiba Nia demam lak. xkan la aku nak lepak lama2 kat situ kan.

anyway, to Ila n Faiz, selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. n cepat2 dapat baby! =))








p/s : suka tgk dress Ila hari tu. tapi cek x mampu....huhuhu mampu tgk org lain pakai pun jadi la. 









Wednesday, March 7, 2012

Dah lamaaaaa.....x update blog

sori la sesangat pada sesape yg rindu kat aku tu. bukan sengaja xnak update blog tapi I bz la. (tangan di dada mata ke atas).


pulak tu pc kat ofis ni boleh lak ada virus. nak update xde gambar mana best kan. so blog ni terbiar jela. (tipu lagi. hehehe)


owh aku nak merempan kat sini jap boleh x?

mesti la boleh sebab ni blog aku kan. lagi mau tanya.

so pagi tadi bangun awal tapi dah macam org lalok dah. yela lately si Nia asyik la bangun masa aku nak tido. bila aku bangun, die tido. bila aku tido, die bangun. so aku dah macam zombie dah. mata panda toksah cerita la. panda pun naik ngeri tengok aku.

nak di jadikan cerita, aku nak elak ngantok tu aku on fb la. org kata bila dah kemaruk fb mesti ceria, mata segar bugar. hmmmppphhhh xde maknanya. ngantuk aku ni dah tahap rasukan. tgh klik page pun boleh tersengguk2 mengalahkan org jawab exam sejarah.

tetiba terfikir nak up status ' ngantuk sangat....sampai buka fb pun leh tertido....aishhhh dapat bantal n tilam best nih....zzzzzzz '

lepas tu ada la malaun ni komen. "tula malam asik main je kan dah ngantuk" 


lebih kurang camtu la komen die. aku pun x ingat sangat. yg komen tu perempuan ok. lebih muda dari aku. dah kawin n anak sorg. aku dah macam what the #%$&&!@!!!!!

ko boleh lak post komen camtu kat status aku kan? kawan aku yg lelaki pun x camtu ok. ko dah kenapa kan? dah kemaruk sangat ke apa?

of cos aku x balas n automatik aku delete post die. aku x suka nak layan org camni ni. biar die gila sorg2 dah la. aku xnak sama gila dgn die. n aku x rapat dgn die pun. tgh consider nak buang dari frenlist la. hmmmm



p/s : tadi dapat curi tido jap dgn jaya nye. so ni entry saje2 nak luah perasaan. xde niat lain pun. Peace! 




p/s/s : Nia oh Nia......malam ni biar mama tido lama sikit boleh?




Monday, January 23, 2012

I tiru skandal u!

hari tu, xtau hari apa tah aku menyertai Kak Sri dalam jelajah mencari makanan enak di serata jb.

ceh dah macam2 rancangan jalan2 cari makan je kan. hehehe

anyway, masa tu saje jela teman Kak Sri pusing2. tetiba lapar lak. Kak Sri tanya 'nak makan chicken chop lain dari yg lain x?'

aku kalau bab makan.....mesti la nak. so kitorg makan chicken chop kat IT Roo cafe. lokasi restoran dekat jalan dhobi. 




IT ROO Cafe (gambar ehsan google)





 chicken chop yg sedap itu! (gambar ehsan google)


kan biasa kita makan chicken chop die punye tepung mesti cam ayam goreng jenis frozen tu. tapi chicken chop yg ni lain. macam ada rasa rempah. n ayam nye rasa fresh sesangat. sos nye kita boleh pilih sama ada nak black pepper atau mushroom. aku amik blackpepper. Kak Sri kata yg mushroom punye cam muak rasanye. harga chicken chop rm13.00. minuman air barli lemon rm3.00. Kak Sri minum rootbeer float rm5.90.




 suasana dlm cafe.(gambar ehsan google)


owh tajuk xde kaitan langsung dgn entry tapi nak memikir nak letak tajuk apa bukan main lama lagi. so mari kita hentam sajela. lepas makan xkan nak terus balik je kan so mari kita shopping.



The Scandalist bundle shop. betul2 kat seberang jalan je.






masuk2 je kedai ni aku terus terpana. sbb baju2 die semua cantik2. jenis vintage yg bagus kualiti nye.




siap ada vespa dalam kedai.





ada jual bangle dan tali pinggang gak. murah2 je.


sebenarnya aku dah lama tau pasal kedai ni dari blog sape tah. tapi nak mencari nye malas. nama je duduk JB tapi banyak tempat yg aku belum jelajah lagi. nasib baik ada Kak Sri. heheheh kita up die sikit.

so dapat la cardigan n blaus. cardigan rm10 je. blaus lak rm20. gambar xde. malu la nak tunjuk. takut taste aku tah apa2 kan. so simpan untuk diri sendiri jela. tapi serius kat situ bajunye memang cantik2.

lepas tu singgah lak kedai roti. nama kedai tu aku x ingat. tapi roti nye memang lembut. Kak Sri kata diorg masih uli tepung cara lama. bakar pun pakai oven yg besar zaman dulu2 punye. kedai ni sebelah The Scandalist. so kalau korg jumpa kedai tu, mesti akan jumpa kedai roti ni.





p/s : hari.... hari..... hari.... mau...... 





Saturday, December 31, 2011

Shopping akhir tahun

kan semalam balik awal sbb nak beli something for someone la. nasib baik ada saiz lagi. kalau x.....paham2 sendiri la ye.

aku seperti biasa la kalau keluar mesti b'tiga. dgn sapa lagi kalau bukan dgn Kak Sri dan si Sue. tapi kali ni ada tambahan 2 org budak kecik iaitu Nia dan Ina(anak Kak Sri). jalan2 tanpa arah tujuan. eh, sebenarnya nak beli barang untuk 'org itu' la tapi masa tu konon nye nak tgk tempat lain dulu. mana tau ada yg lebih menarik. tapi bila pergi kedai2 lain offer nye x macam kat kedai yg 1st. so kena pergi balik kedai tu.

owh kitorg gi shopping kat Jusco Bukit Indah je. senang dalam tu semua kedai ada n dekat dgn rumah masing2. masa aku pusing2 cari barang aku, yg Kak Sri yg konon xnak beli apa2 pun dah terjebak. baju Ina ada la 3-4 helai die sambar terus beli.

si Sue lagi bagus. aku tgk baju, die tgk gak pastu terus nak beli. mana x nye, t-shirt sehelai rm10! rasa cam nak beli tapi short sleeves yg jenis dekat2 nak nampak bahu. soo x seswai. mak budak kena pakai baju tutup2 je sekarang. hehehe *ayat macam bagus jek

lepas tu masing2 lapo. xtau nak makan apa. diorg semua nak makan nasi. kat Jusco Bukit Indah makan nasi best kat Black Canyon la. kitorg order set 4 org makan. sbb konon nye Ina kuat makan.

lauk pauk yg di order.



clockwise : green curry, mixed veggies, soy chicken with cashew nut, 
somtum(salad betik) and jellygrass salad






iced lemon tea, milk green tea, tropical tea.



dah kenapa tah semua pun order teh sesajo. maybe sbb yg lain2 iced blended kot. masa tu semua mmg tgh haus. owh last2 lauk pauk semua x habis sbb masing2 perut kecik. yg Ina lak dah baham donut sebelum tu. so memang x habis la. nak tapau malas.

tapi.....berjaya gak beli barang2 untuk 'org itu'. suka suka suka.....

dan Kak Sri 'ter' beli purse harga rm89.90. die ingatkan purse tu harga rm69.90 . ada less 20%. so bila less mesti jadi rm55.92 kan. skali rupa2 nye no 8 tu kabur n Kak Sri nampak cam no 6. x pasal2 kan. so sepanjang perjalanan balik Kak Sri mengeluh 44 kali. hehehehe




rasa fun lak keluar cam ni. next time kita keluar lagi ye!






p/s : minggu depan keje shift malam. x best nye.....

Friday, August 26, 2011

Aktiviti sempena nak raya

kan aku ada cakap yg aku n ofismate aku nak buat satu projek baik punye kan?


projek itu adalah projek membuat kuih raya!

sebenarnya bukan la kuih raya sangat tapi nak buat yg susah2 kang x sempat lak kitorg nak siapkan so kita buat cornflakes madu jela ye.

disebabkan aku ni tenaga xde la banyak mana kan. so tugas aku hanyalah memasukkan kuih dalam oven then bila dah masak, tolong susun dalam telap.



cornflakes madu still hot in the oven yo!





sesi mengisi kuih dalam telap.



dapat la setiap sorg 2 balang sederhana besar. ok la tu kan dari beli kat kedai satu telap dah berapa hengget kan. modal kitorg kongsi ramai2 so xde la mahal mana pun.

walaupun kitorg buat kuih biasa2 je tapi buat beramai2 amat seronok. so memasing dah pasang angan2 nak jadikan aktiviti ni aktiviti tahunan. jadi x jadi tu xtau la. kena tunggu tahun depan la baru tahu kan kan kan.....

Al balik keje je sibuk cari kuih yg aku buat sebab sehari sebelum tu Kak Rara dah letak oven siap2 kat rumah aku. jadi bila die nampak je kuih cornflakes tu, terus komen "kuih ni je ke yg awak buat?"

yela......kuih biasa je.....tapi malam nye die sibuk nak ngadap kuih tu sambil tgk tv ok. raya pun belum dah sibuk nak habiskan kuih raya. hmmmpppphhhhhh.......


lupa lak aku. ni kira entry last sebelum raya. so di kesempatan ni, aku nak mohon ampun dan maaf kalau aku dah tersalah kata ke tersalah bahasa ke. harap di maafkan la ye.




p/s : ho ho ho balik kampung..... =)









Tuesday, August 23, 2011

Aktiviti waktu lunch di bulan puasa

tgh ari tadi xtau nak buat apa. nak makan xleh kan, so........aku n ofismate aku......bershopping sakan. hehehehehe




 masa ni semua tgh kusyuk pilih reben.



aku? xde beli apa pun. cuma teman kan ofismate aku je. ye, mereka2 ni la kira ofismate paling ngam dgn aku. owh esok kitorg mulakan satu projek. moga2 berjalan lancar. ni semua idea giler Kak Rara la ni. hehehe






p/s : balik keje ni nak terus beli bahan2. can't wait.





Friday, June 17, 2011

That Annoying person

well here's the thing. when a person ask for some advice, it looks like they want to have second opinion about some things rite? and they want our point of view rite? so they must wanted to make some kind of decision rite?

but what if our honorable and sincere advise was just a waste of time? coz it seems that this person doesn't changes anything. he/she also didn't do anything. the advice that we give is just plain conversation. he/she doesn't move a bit.

this really really REALLY annoys me. like a lot. coz when this person come to me with his/her problem, it looks like he/she is at some crossroad. like the problem is about life and death. well screw you! you just wanted to throw your problem at me hah?

i'm ok with that. but when you said that u wanted a change. a new beginning it suppose to happen ok. not just rubbish talk that u throw at me.


so now u bored me with ur problem that seems to me is not a problem at all!
the problem is u!
u are the one that makes the choices.
u r the one that lead ur life to this.


if we r given a better choice, why not take them?

why must u stay put?

why?



i'm sick n tired hearing all of ur nonsense.

just give me peace plz!





arghhhhhhhh!!!!!!! bored......







Tuesday, March 29, 2011

Pagi2 makan Big Breakfast McD

Berjaya!!!!!!!!!

giler excited.

ok2 korg tau kan kat entry semalam aku cakap nak makan Mcd yg pakai kupon kat sini.

so pepagi tadi kawan seofis aku mesej tanya jadi x. aku kan keje shift malam, so kol 8.30 pagi tu agak mamai2 gak la tapi bila dengar je nak makan sana.....terus cepat2 siap.

janji nak jumpa kat McD Taman U kol 9.30. sampai2 je, terus parking. Kak Sri pun baru sampai. ala kawan aku yg suka makan tu yg aku cerita kat sini.

kitorg sebenarnya berempat. tapi yg lagi 2 org tu lambat sikit. xpela. kitorg boleh cari seat n order dulu. skali.......amik ko. org beratur panjang sampai ke pintu ok. x caya?


ko tgk la tu. nak nampak papan harga makanan pun halus je tulisan die.



aku beratur kat depan pintu ok. dah macam penjaga pintu pulak dah. ada la 30 minit kat situ. pastu member aku lagi 2 org tu sampai. dah la lelaki tapi xnak ganti beratur. x gentle langsung. lepas tu diorg menghilang. xtau gi mana. lantak korg la yek. yg penting perjuangan mesti di teruskan. tetiba akak cleaner kat McD tu cakap leh order kat drive-thru. baik, kita cuba sana pulak.






sila nampak yg kami adalah kereta yg ke berapa. nampak macam lane pendek tapi kat depan tu ada lagi 5 kereta. tapi sekurang2 nya xde la macam tadi kan. macam pak pacak je. sekurang2 nye duduk dalam kereta ada aircond. hehehehe

masa nak amik order tu, tetiba tingkap kereta aku xleh buka. terpaksa buka pintu. dah jadi satu keje kat situ. nasib baik ok je. dan Kak Su sebagai co-pilot banyak membantu. hehehe kasi up die sikit.




dan.....berjaya.


satu kupon tu dapat 2 ala-carte Big Breakfast. so kitorg tinggal tambah air jela. aku n Kak Su order milo ais. yg lagi 2 org laki x gentleman tu order black coffee. ok la sorg je x gentleman. sebab yg sorg lagi tolong bayarkan air2 itu. jumlah semua dekat rm14. aku n Kak Su cuma tambah rm4 je sbb rm10 telah di bayar oleh si budak gentleman ehekssss....





masa ni macam dah nak sendat perut aku. member 2 org tu dah sampai. yg sorg tu dah makan lontong dulu masa kitorg tgh beratur. sebab die takut lama kan. yg si budak gentleman lak terus makan n habiskan sampai licin ok. giler kuat makan la die ni. aku dgn Kak Su gak terkemut2 nak habiskan.

masa kitorg tgh makan tu, x jauh dari meja kitorg ada satu meja ni ada 4 org budak U kot. sampai kitorg habis makan, diorg punye order x sampai2 lagi. atas meja dah pesta sos dah tapi makanan x sampai2 lagi. yela diorg suruh kawan diorg beratur kan. tapi lane panjang lagi kot masa tau.

masa aku on da way balik, aku tgk jam dah kol 10.50 dah. breakfast habis kol 11. hmm xtau la apa nasib diorg yg masih beratur kan. nasib baik aku lepas. hehehehe


owh ye. pada sapa2 yg nak pegi, sila la print kupon dari entry aku sebelum ni. tarikh luput 31 Mac 2011. masih sempat lagi.






p/s : puas hati dapat makan. tapi tadi aku baru je baham nsi goreng lak. hahahah giler perut besar. lol






p/s/s : nak upload gambar je makan masa sejam. macam haremmmm la......






Thursday, February 17, 2011

Girls Day Out

ni masa keluar gi sarapan pagi minggu lepas. ha kan dah cakap aku ada banyak giler entry yg tertangguh ni. sila la layan.

owh masa ni aku terasa nak makan horfun(camne nak eja ek?). ala die macam kuetiao hongkong tapi lagi sedap kot. aritu dah makan dah dgn budak ofis aku tapi masa tu aku makan sipi2 je. yela, die yg order xkan la aku take over makan lak kan. lagipun, aku masa tu cam kenyang lagi sekali die suruh aku rasa je terus cam perghhh sedap weyhhh. terus menyesal x sudah.

jadi sejak hari tu, memang tekak ni ada terasa nak makan horfun. pagi tu cam biasa la member aku ajak gi sarapan. aku pun dah fikir nak makan horfun. bila sampai2 je, rupa2 nye menu horfun cuma ada waktu tengah hari je. huhuhu tapi xpe. perut masih perlu di isi jadi kita order kuetiao goreng!



santapan aku : kuetiao goreng dgn ayam chicken chop crispy. member aku both order mihun goreng dgn chicken chop crispy.






ini la dak ofis aku yg kuat makan itu. kalau ajak die klua makan, ada je cadangan die. nak makan seafood lasagna la, bento la. tekak die memang masuk je semua jenis makanan. owh die tambah lagi coleslaw ok. giler betul budak ni. nasib baik kawan aku lagi sorg ada n die la yg habiskan.




my other officemate. tgk syok makan la tu.


lokasi tempat makan adalah di SDS Cake House. selama ni masuk bila nak makan kek atau roti je kan. bila kawan aku ajak makan sini baru la ku tahu ada lebih dari itu. anyway, thanks la korang layan kan je tekak aku ni. next time leh buat lagi. hehehehe