I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Wedding Asrul & Ezze

minggu lepas bz ya amat. yela tang keje n Apin.

anyway, xnak sedih2 dah. ni aku nak cerita pasal sabtu lepas yg aku gi wedding tu. ikutkan aku gi dgn kawan aku tapi sepupu die tunang lak. nak ajak org lain, diorg bukan kenal pun kawan aku yg kawin ni. so nak xnak terpaksa la gi sorg. sebenarnya boleh je aku x pegi wedding die tapi aku teringin gak tgk member glamer aku sorg ni sanding. heheheh

dalam kol 11 gitu baru gerak. malas nak lambat2 sbb kenduri tu kat Pontian. tau jela jalan lama kan memang jem je. lagi2 kat area Pekan Nenas.

anyway, sampai kat are bandar Pontian, berpusing jap. sbb kawan aku buat kat dewan tapi die x buat signage. nasib baik ingat nama dewan tu apa. so jumpa dewan terus serbu tempat makan. Nia n Ari dah nyanyi2 dah mintak makan.




amik pic dlm toilet pun jadi. hehehehe




jubah ni MIL belikan dari Mekah. comel kan? die bagi 2 helai. lagi satu warna putih. tapi tu la bila pakai jubah Ari asik selak je baju die. mungkin x biasa pakai baju yg panjang camtu kot.

masa makan, nampak la a few kawan skola aku. dapat borak2 kejap je nak amik gambar sesama pun x sempat. sbb masa ni Ari dah mula nak main sorok pulak. dah la org ramai. tapi semangat nak tgk kawan aku sanding masih tinggi so terpaksa la bersabar je. rupa aku masa ni xtau la dah rupa apa. huhuhuhu

pengantin masuk je terus aku n member2 aku ke depan. tapi sbb kameraman ramai sangat. x dapat nak amik gambar yg cantik. xpela yg penting dapat tgk member aku kawin. memang dah macam rupa retis dah. tahniah Intan! 

sebelum balik, kena singgah booth ni. x dapat amik gambar dgn pengantin pun xpe. hehehehe
owh diorg ada sediakan Pixabooth. setiap kali amik gambar kat situ diorg akan bagi 2 filmstrip gambar kita. best kan?




tema baju kami ari tu sempena nak deepavali. hehehe




seronok la Nia n Ari main dgn props kat situ. Nia langsung xnak buka topeng. yg si Ari lak memang sekarang ni tgh mood suka buat2 muka. hahahaha aku gak yg struggle. dgn nak pegang goodies dgn nak dukung si Ari lagi. Nasib baik diorg sediakan tangga. so Nia diri kat tangga je. owh baju Nia tu punjabi suit. MIL belikan dari Mekah. aku pun die belikan tapi segan la nak pakai. dah la color sama dgn Nia. nanti nampak cam boria lak. heheheh

overall puas hati la dapat gi wedding kawan aku yg sorg ni. satu : sbb aku suka gi wedding. second : sbb teringin nak tgk org femes sanding camne. hahahah padahal biasa je.

anyaway,

Selamat pengantin baru Intan & Asrul
moga kekal ke jannah ye!!!







Thursday, December 18, 2014

Rombongan menghantar pengantin Ai - Fiqri

aku gerak ke Shah Alam ari jumaat pagi. pegi satu kereta je sbb  BIL keje. so yg pegi cuma mak, ayah, akak aku, aku n budak kecik 2 org tu. muat la satu kereta. sampai shah alam terus lepak. sbb kitorg gi amik Adik kat hostel die. pusing2 asyik la salah masuk jalan. pulak tu jalan semua jenis boleh tembus. Adik bagi direction pun kitorg macam x paham. nasib baik jumpa. tu pun sbb mak tanya org kat Uniten. hahaha

anyway, plan nye sampai je Shah Alam nak terus gi Taman Botani. yela sangat. dengan perut dah lapa giler pastu penat. so gi makan dulu sementara tunggu pengantin. jumpa je terus diorg bawak gi homestay. Fiqri sewa kan homestay kat tingkat atas. nasib baik tingkat satu je. terpaksa la mak naik tangga. sampai je masing2 terus pengsan. dgn anak2 aku skali aku paksa tido. heheheh

malam nye ayah ajak makan kat bawah je. sbb macam malas nak keluar jauh2 takut sesat katanya. tup2 lepas makan ayah ajak gi I-City lak. akak aku kan x penah pegi. dh la kitorg semua pakai baju asal boleh je. Nia dgn Ari pakai baju tido. mak lak pakai baju cam ustazah. dah sepanjang malam tu kitorg asik la kenakan mak. cakap 'ustazah, dah nak pegi bagi ceramah ke?' mak bengang je dgn kitorg. hehehehe mana taknye. dgn ayah skali gi bahan mak. cian mak.

pastu Akak ajak masuk Trick-Art. die nak belanja. ayah xnak lak. die rasa membazir kot. so ayah dgn mak lepak luar. kitorg je yg masuk. sorg rm15. budak2 bawah 90cm xyah bayar(die ada tempat ukur ketinggian kat situ).




comel gila Ari.



aku x ajar pun Ari posing. die yg pandai2 gi kat gambar, duduk n terus posing. dgn org mana2 tah pun die posing skali. anak sape la tu. aku buat2 x kenal je. hahahaha

habis amik gambar pun dah dekat kol 10. pusing2 lebih kurang pastu ayah ajak balik. boleh x, kitorg sesat kat parking! cerita die camni. aku gi bayar parking, diorg semua tunggu kat kereta. masalahnye diorg x jumpa kereta. aku lak x jumpa diorg. aku rasa macam cerita Twilight Zone lak. balik2 pusing tempat sama. pastu aku nampak kereta ayah, tapi aku xleh pegi kat situ. camne tu? pastu mak call tanya aku katne. aku dah cuak yela takut diorg lama tunggu aku kan. tetiba aku pandang belakang, diorg kat belakang aku. hahahah

last2 dapat gak jumpa kereta. 20minit ok. pusing kat situ je. aku rasa diorg ni patut nomborkan la tiang parking ni. buat org konfius je. pastu kitorg terus je balik. malas nak pusing2 lagi dah. penat pasal sesat tadi pun ye gak.

esoknye, pagi2 kitorg dah siap nak hantar pengantin. terus checkout sbb lepas hantar pengantin kitorg nak gi jalan2 makan angin lak. hantar pengantin x jauh pun. kat seberang jalan je. diorg sanding kol 12.30. makan2 jap pastu abang aku ajak gi Laman Seni seksyen 7. ingatkan jauh la tempat tu. skali sekangkang kera je dari homestay kitorg.




Ari dan atuk.




Ari jadi model ari tu. Nia xtau dah kemana. oh Nia jalan dgn mak, aku n Adik jalan dgn ayah. perasan x yg adik beradik aku semua ada gelaran? aku je panggil nama. bcoz i'm special like dat la. hahahaha Ai pun ada nama gelaran cuma aku x tulis dlm blog. xla, diorg nak panggil aku Uda tapi aku xnak. boleh? eh mesti la boleh. i kan diva. hahahahahaha.....

bersambung pulak daa.....







Thursday, December 4, 2014

Wedding Ai dan Fiqri

cerita dah lama baru ada masa nak update. hehehe jangan mare ye.

Ai nikah ari jumaat 28hb nov. aku masa ari selasa baru teringat nak beli bunga ok. sbb nye aku di tugaskan buat sireh junjung. macam ada pengalaman je kan. habis tu mak pengantin bz dan org yg pandai gubah pun xde. so mari la kita buat2 pandai. so ari selasa tu keluar jap cari kedai bunga. hehehe nasib baik aku dah google siap2 alamat kedai bunga.

sampai2 je terus pilih bunga kekwa. sbb bunga kekwa senang nak gubah. plus murah. hahaha ye pengkedekut. tapi aku beli bunga sampai 3 bundle ok. dah boleh buat mandi dah. sebelum bayar, confirm kan dgn mak perantin dulu color bunga. ade ke mak nak warna oren? hantaran dah la warna pink. tetiba bunga color oren. nasib baik jumpa bunga oren mix dgn kuning. so nampak cam color blok. hahaha pandai x aku?

anyway, aku amik cuti ari ahad je. ala bukan aku yg kawin pun kan. lagipun cuti iolss dah tinggal ciket. sepanjang minggu tu Nia tinggal dgn mak. sbb pengasuh iolss kan pegi bercuti ke Langkawi. Nia ok je. mama die lak yg terlebih rindu. hehehe Ari aku hantar kat sebelah rumah. nasib baik die ok je. ari rabu aku tido rumah mak sbb ari kamis aku balik awal. so balik keje terus amik bunga n terus gerak gi gelang patah.

malam tu sibuk la semua org merewang. semua kitorg masak sendiri. diorg semua sibuk kat dapur, aku sibuk dgn bunga. yela aku mana penah gubah bunga. xtau la ok ke tak. ala yg penting ada, kan?

Ai nikah lepas solat jumaat. so semua nak kena siap cepat2. mekap untuk nikah x tempah mak andam. terpaksa aku eksport sepupu Al tolong mekapkan. die mekap pun ok. sape2 kalau nak mekap simple, boleh la amik kontek die. eh sesuka aku je tolong iklankan. hahahaha setel mekap terus gerak gi masjid. masjid pun x jauh. 5 minit je. aku naik satu kereta dgn pengantin. hehehe







hantaran pengantin. aku tukang gubah sireh junjung je. ada la tolong godek2 sikit tapi yg lain2 tu pengantin yg buat. simple je kan?






masa ni masing2 nervous kot. tah. aku bz layan anak aku. x caya?









penat je aku pakaikan die baju kurung cantik2. sesuka ati die je duduk camtu. haishhh mana tumpahnye kuah kalau x ke nasi kan?

dgn sekali lafaz je, Ai dah menjadi isteri org. tahniah korang!!!
yg ajaib nye, x sape pun nangis. hmmmm.....

gambar dgn pengantin xde sbb aku bz layan anak aku. so malas nak pegang kamera. pastu layan diorg semua makan lagi. siap2 kemas apa semua. esok majlis resepsi lak. malam tu aku  jadi tukang pasang banner n bunting. sampai kol 2.30 pagi baru siap. hehehe

sabtu pagi, semua bangun awal. xde benda sangat nak buat. aku bz siapkan anak aku je. pastu buat bunga tangan untuk Nia. hehehe pengantin sanding kol 12.30. so kol 12 semua dah gerak gi dewan.

sampai2 je terus makan dulu. yela, nanti nak layan tetamu. sebelum tu, kita amik pic masa masing2 muka masih semenggah.






suruh Abang tolong amikkan gambar kitorg. die terzoom gambar si kecik ni pulak. tapi lepas tu 2-3 kali aku suruh die snap. yela, bukan senang kitorg nak amik gambar family tau. lepas makan, Nia dgn Ari cranky la pulak. sbb pagi tu bangun awal kan. so masing2 dah ngantuk nak tido. huhuhu so aku lepak dalam kete tidokan budak 2 org tu.

sejam pastu baru Ari bangun. Nia tido2 ayam je. pengantin dah siap sanding n potong kek dah pun. memang aku x membantu langsung la kiranye. hahahaha tapi lepas tu pengantin nak amik gambar outdoor xde org nak hantar, akuuuu.... yg tolong hantarkan. saya jadi drebar pengantin ari tu. kira menyumbang gak la. nak jugak aku nih. hehe

gambar diorg photoshoot aku x amik sbb tetiba Nia lak tido. pulak tu tido macam tido mati. penat sangat la tu. Adik pun ikut skali. jadi peneman aku la kiranya. kol 6 kitorg terus balik. malam tu adik balik KL. so aku tukang hantar. keje aku memang jadi drebar org je. dah la bas kol 12 malam. so aku ajak pengantin teman kan. plus diorg nak amik kunci rumah dgn abang pengantin. tunggu bas Adik lama giler kot. aku tgk cerita Laga dlm kete sampai separuh cerita tu. Nia ikut skali. Ari je tinggal sbb die tido.

lepas hantar Adik, kitorg gi jumpa abg pengantin. boleh x kitorg sesat! aku termasuk jalan nak gi Singapore. dah tu xde u-turn la plak. nasib baik ada pegawai kat situ. cakap kat die kitorg nak patah balik, so die bagi kitorg jalan. nasib baik. kalau x, dah sampai Singapore dah kitorg. then balik GP sambil on the way tu tanggalkan banner n bunting. sampai sekarang banner tu ada lagi dlm bonet kete aku. xtau la nak buat apa. macam nak buat alas meja la. boleh? dekat kol 3 pagi kot baru sampai GP. die punye ngantuk tu jangan cakap la. esoknye aku bangun kol 10 tau. hahahaha





p/s : berjaya buat serunding daging hasil lebihan lauk pengantin. sedap gilos. hehehehe

p/s/s : tinggal Adik sorang je single n avaiable. sape nak angkat tangan! (suka2 aku je promote adik sendiri.)



Saturday, June 7, 2014

Majlis Perkahwinan Ujang

Ujang ni exclassmate aku masa skola teknik dulu. die ni ketua kelas tapi perangai gila2. kiranye aku memang rapat sangat2 la dgn die. kalau ikutkan aku malas nak gi wedding die ni. yela, kad pun x dapat camne la nak gi wedding die kan. nasib baik la aku ni pandai. ceh padahal die penah bagi alamat rumah die dulu. hehehe nasib baik majlis buat kat rumah, kalau kat tempat lain? hehehehe

tu pun aku sesat. yela x penah gi rumah die kan. nama je best fren tapi aku langsung x penah gi rumah die ok. nasib baik ada escort. sebelum gi wedding Ujang, aku gi wedding anak ofismate aku so gi la skali dgn dak2 ofis aku. yela satu kete kan. tu yg bawak diorg skali gi wedding kawan aku.

anyway, dah la sesat pastu aku hampir2 terpergi wedding org lain. ni idea ofismate aku la ni. die kata dah dekat. yela tu. jalan pun no lain. die kata ikut GPS die dah dekat dah ni. haaaaaahhhhhhh la sangat. nasib baik aku tanya pakcik RELA kat situ. rumah kawan aku tu kena jalan terus lagi...

sampai2 kawasan rumah ex-classmate aku ngam2 kol 2.30 waktu die bersanding. ofismate aku x ikut. die segan. so aku jalan sorg. dah la aku parking jauhhhhhh. konon biar senang keluar. aku ingatkan dekat skali kena turn bukit lagi. dah macam lari marathon dah aku.

so amik gambar pengantin lebih kurang pastu terus duduk minum air. nampak nau penat. hehehe aku makan kuih je sbb perut kenyang lagi. owh masa makan tu terjumpa exclassmate aku dgn wife die. pengantin baru gak ni. bulan 4 kot die kawin. inai kat jari pun x hilang lagi. bual lebih kurang pastu aku terus balik ofis sbb ari ni aku keje. shift malam lak tu. hadehhhh....

nah gambar pengantin.









nak xnak je amik gambar kan.
anyway, Selamat Pengantin Baru Ujang dan pasangan.
moga bahgia hingga ke Jannah. Amiinnnn...






p/s : penat. nasib baik esok off day. 





Thursday, August 30, 2012

Raya dan wedding di Mersing


minggu lepas kemain lagi aku kan boleh lak beraya sampai ke Mersing. ceh sebenarnya gi kenduri kawin member aku masa skola teknik dulu. aku dgn ex-teknik memang baik. masa ari tu diorg buat buka puasa sama2 aku x gi. so wedding kawan aku yg sorang ni kena la pegi. tapi bukan berjumpa dengan budak2 ni pun. dgn pengantin pun aku x jumpa. habis tu dah mengejar masa. yela nak balik jb ari tu jugak.






lawa kan pelamin die. amik pic dari jauh je. saya penyegan uolsss....



tema diorg purple n pink kot. dan x pasal2 lak kami terikut tema diorg. hehehe owh menu cam biasa la nasi minyak, daging masak kurma, dalca. pastu ada nasi putih n lauk apa tah. x ingat. yg best nye ayam panggang. memang terbaik woo....hampir menambah nasi. tapi kena kontrol sbb jap lagi nak gi beraya lak.


nah muka upclosed Nia. memang x reti duduk diam sekarang. nasib baik cute.


wedding favors kami dapat nasi berkat nasi minyak n himpunan doa harian. x sempat lak nak amik pic nye. tapi memang cute dan cantik. yela, dah tentu kawan aku yg kawin ni grafik designer. so benda kreatif2 camni die memang arif je.

owh kami pergi berempat dgn mak aku skali. mak suka je dapat jalan2 jauh2 ni. kami sempat la singgah rumah mak long. dah cantik dah rumah die sekarang. katanya diorg dapat anugerah felda tercantik seluruh malaysia. memang patut pun. sebab semua tersusun je. rumah2 pun color yg sedap mata memandang.

esoknye kami ke Segamat lak. menghantar adik ipar masuk U. yela tiket bas dah habis. terpaksa la kami hantar sambil2 makan angin. hehehehe


ok la. masih berderet wedding nak kena pegi. poket dah kering dah ni. haiiiiiihhhhhhhh
duit mengalir laju macam air la sekrang ni.







p/s : patut la malas keje. nak kena 'P' rupanye. bila lama x kena, tetiba badan rasa letih sesangat.
ceh bukan hari2 pun ko malas ke D? hehehehehe









Monday, June 11, 2012

Main catur dan weddings

tadi sampai2 je ofis nampak ada benda warna emas atas meja. aku ingatkan apa la. rupa2 nye medal ari tu. memang rasa nak gelak sesangat. yg kawan aku bengang je sbb aku dapat medal. emas lak tu.





sori la kalau pic blur. ofis ni over bercahaya lak. susah nak ari angle yg best.



alkisah nye awal bulan ari tu ofismate aku sibuk la mencari org nak main chess. aku pun pikir ala main chess je kan. apa yg susah nye. so sabtu lepas kitorg lawan chess antara jabatan. aku dah tentu la lawan antara perempuan je. perempuan pun x ramai. 12 org je. sekali hamik ko. aku dapat no 1st.......dari belakang. hahahahahaha


aku dah rasa cam loser sesangat. yela, kata lawan biasa2 je sekali yg masuk tu semua wakil company okeh. aku ni dah la tahap skola rendah lawan org yg genius giler main chess. haihhhh....

tapi dapat medal gak.

sbb apa? sbb ada kategori berkumpulan. so di sebabkan ofismate aku yg lain pandai main chess, aku pun tumpang sekaki. ofismate aku yg laki bengang je kan. sbb diorg x terer cam dak pompuan....girls rule!! tetiba...hehehe

xpela. yg penting dapat medal, markah aktiviti aku pun banyak dannnnn......tahun depan aku x nak masuk lagi dah. buat malu je. lagipun kena banyak pikir la. stress tau x.

owh lepas je stress2 tu, aku teman mak gi kenduri kawin. ok la wedding nye. wedding schoolmate aku. malas nak amik pic. tapi makanan sedap. sbb nasi ayam. lain dari yg lain kan. esoknye teman mak lagi gi wedding. kali ni kat JB rumah besan jiran aku. kitorg sampai awal sbb jiran aku tu tempah kuih dengan mak.

sampai2 je tolong die potong kuih tu sambil lepak2 kat rumah die. skali cucu die meragam xnak gi wedding. yg Nia nampak 'kawan' terus nak ajak main. yg cucu jiran aku tu lak x mesra alam. Nia baru je merangkak nak dekat, budak tu terus lari gi dapur sambil jerit 'xnak....xnak......tok ma, xnak die ikut'.

baik la. anak aku ni memang peramah sangat macam papa die. huhuhuhu

owh memang xde gambar apa2. sbb kami datang awal. xde menda yg nak amik pic ke apa. eh tapi masa tu kan ada sorg makcik tu, nampak aku dukung Nia. boleh die cakap

"anak ke tu? muda2 dah ada anak kan."

er makcik, saya nampak muda ke?
tetiba rasa cam remaja lagi lak. hik hik hik... (ketawa gedik. sila lempang)





p/s : tadi main dgn anak ofismate aku. tetiba rindu Nia lak. baru masuk keje dah x sabar nak balik huhuhu   =(




Tuesday, June 5, 2012

Weekend with family di Tanjung Piai

2 minggu lepas, perghhh lama giler punye cerita baru nak update ek. org lain dah update aku baru terkedek2 nak update...hahahaha ok2 sambung cerita. so masa tu lepak rumah mak. ala selalu tiap2 hujung minggu pun memang lepak rumah mak. tapi kali ni lain sikit sbb...... abang aku, SIL n nephew turun JB!!!! wahh excited nye excited nye. (ulang 2 kali sbb nak menunjukkan rasa excited yg terlebih).

diorg sampai JB ari jumaat. so kasi diorg rehat dulu. esoknye kami plan nak ke Taman Negara Tanjung Piai.

kitorg ni x penah gi Tanjung Piai. nama je duduk dekat2 Pontian tapi x penah nak jejak ke sana. so 4 the 1st time la ni kitorg ke sana. pagi tu mak n akak dah prepare breakfast n bekalan kitorg untuk ke sana. konon boleh la berpiknik sekali kan. boleh x bekalan tu kitorg tertinggal kat rumah. yg mak ingatkan aku yg bawak bekalan tu. yg akak ingatkan abang n SIL bawak. yg abang ingatkan mak bawak.

baiklah, kami sampai sana dalam keadaan kelaparan. dah la Tanjung Piai tu jauhhhhhhhh sesangat. ada la dekat 2 jam baru sampai. dah macam balik kampung dah. dengan jalan yg berlubang sana sini. memang terbaekkkk...

okla xnak bebel banyak, sila lihat gambar.





pemandangan memang indah sesangat. tapi aku xde mood sbb nak terkenc'. kat sana ada toilet tapi air xde. boleh? hampir aku terjun ke laut. nasib kesabaran masih tinggi. hmmmppphhhh






sesi bonding antara sepupu. tapi Addin ni memang susah nak senyum. diorg ni dah macam Upin Ipin dah aku tengok. hahahaha





sangat sukakan gambar ni. masa tu lupa buka flash. xpela. moment yg di capture tu yg penting. =))

owh Al n BIL memang x ikut sbb mereka kuat keje. bagus kan mereka ni. =)

ari ahad lak kami balik BP sbb cousin aku tunang. tapi satu gambar die pun aku xde. agak hampeh disitu kan. huhuhu rasa x puas je main dgn Addin. yg Nia bila aku pegang Addin je, die pun sibuk nak mengendeng kat aku. jeles la tu. abang n his family balik KL ari isnin tapi aku keje lak. so berpisah la kami kat situ. xpela, next time ada masa aku lak gi rumah abang okeh!




di sebabkan aku malas nak up 2 entry, mari la sambung ke cerita minggu lepas lak. ye, saya memang malas. hik3



minggu lepas aku, kononnye alang2 dah dekat2 dengan Melaka, kami nak la berjalan2 di sana. tapi hampa. sbb jem macam ke hapa tah. cuti sekolah semua org nak bercuti. jadi kami menghabiskan masa di jalanan jela. x dapat nak ke majlis perkahwinan Miza kat Muar. sempat kirim hadiah je.


Nia dalam kereta. memang x reti duduk diam. memanjat je keje nye.



ahad nye kami ke kenduri kawin si Anip dan pasangan nye Zidni. diorg ni dah kapel lama. dari form 2 kot. lama x lama la kan. jodoh diorg memang kuat sbb akhirnye diorg ke pelamin gak.



Anip, Nia dan Zidni. bagi Zidni pegang Nia lama sikit. amik berkat katanye. hehehehe



buat Miza dan pasangannye Hilmi 

dan Anip dan pasangannye Zidni,

selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. =))







p/s : lama sangat bercuti. macam malas je nak keje ari ni. bukan ko memang malas hari2 ke D? hahahahahaha



Monday, May 21, 2012

Selamat Pengantin Baru Ila!

semalam aku sedaya upaya meng'avaiable' kan diri untuk hadir resepsi perkahwinan Ila dan Faiz. owh Ila ni kawan aku masa kolej dulu. masa aku kawin dulu die n M datang time nikah. tu pun dah malam. tapi still aku hargai sesangat. so masa die kawin harus la aku menghadirkan diri kan?

lagi satu yg buatkan aku teruja sesangat nak tgk wedding die adalah kerana die ni bos butik perkahwinan n part time model. so mestila best kan?

dah la malas cerita banyak. kita tgk gambar jela. owh gambar aku copet dari FB si M. sbb saya pemalas nak transfer gambar dari kamera hehehehe







suasana dalam dewan. owh majlis ni kat Dewan Jubli Intan Johor. cantik kan? tema putih, krim n ada la campur2 sikit purple. ke tu biru ek? tetiba rabun warna.







siap ada tarian zakin ko. korang ado?














sesi foto dgn ex-kolej yg same batch. owh yg sama color tu sbb diorg kendarat. baju di sponsor oleh Ila. masa ni aku dah balik dah sbb tetiba Nia demam lak. xkan la aku nak lepak lama2 kat situ kan.

anyway, to Ila n Faiz, selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. n cepat2 dapat baby! =))








p/s : suka tgk dress Ila hari tu. tapi cek x mampu....huhuhu mampu tgk org lain pakai pun jadi la. 









Wednesday, February 9, 2011

My brother's wedding

minggu lepas aku n family berkonvoi ke Ampang. bukan ada sebab best pun, just satu2 nya abang aku nikah n sanding. memang la perkara ni berlaku sekali je dlm famili aku.

kitorg gerak ke Ampang hari Khamis. memula singgah Batu Pahat dulu amik akak n her husband then baru gerak ke Ampang. kitorg stay kat motel je. yg penting ada tempat tido n rehat. ok la motel tu. just aku x berapa suka bau colok n bunga melur. sangat mengganggu emosi tau. ceh ngengada lak. eheksss.

malam tu berehat secukupnye sebelum bersedia ke agenda seterusnya. pagi jumaat, abang aku dah terketar2. hahahahah xdela. die kan mmg selamba je tapi muka cuak tu still ada. kami semua pakai baju ungu. konon sama dengan barang2 hantaran la. skali rupa2 nye barang hantaran dari pihak perempuan yg warna ungu, dari pihak kami warna pink. abg.....abg.....nasib baik la abg aku sorg je. haishhhh....

majlis nikah agak serabut sebab ada sepasang lagi pasangan pengantin yg akan di nikah kan. rupa2 nye nikah serentak. boleh? memula kadi nikah kan abg aku, then pasangan lagi satu lak. pastu bacaan2 pun lebih kurang je. kalau nikah kat selangor memang camtu ek? ke memang tempat lain pun camtu cuma aku je yg xtau? hmm lantak la ye. yg penting dah selamat dah.

then kami gerak ke rumah kakak ipar aku lak. ada jamuan sikit. ada satu jenis kuih tu bentuk rupa macam kuih koci tapi dlm balutan daun pisang tu ada santan. kuih apa tu ek? sedap la. lain dari yg lain. eh cerita makanan lak. hehehehe tapi mak akak ipar masak memang sedap la.


abg n akak ipar bersama hantaran. 

eh korg kenal ke diorg ni? hahahaha lagi mau tanya kan. nak tau lebih lagi, sila la cari blog diorg kat blog list belah kanan ok.

selesai makan, kami balik ke pangkal jalan. bersedia untuk agenda esok lak. iaitu persandingan. sebenarnya diorg x sanding siap menepung tawar semua. just amik gambar je. masa berarak tu, abg aku jalan macam ke hapa. laju giler. hello, awak tu pengantin. sila bersopan sikit boleh x?

sampai2 je kitorg terus di sambut tuan rumah n pengantin perempuan. persalinan adalah berwarna pink. comel gak abg aku pakai pink yek. kami terus di bawa ke meja makan beradap sambil di dendangkan alunan lagu berserta angklung. cam best kan? rumah akak ipar pun just nice. cam wedding dalam taman pun ada.









sila jgn berangan lebih ye D. 
kamu masih ada banyak benda yg harus di selesaikan minggu ni! 
adeh rasa nak pitam la. tolong panggilkan ambulans boleh x?


owh ye.
lupa lak.
ini sedikit gambar sekitar majlis. ambil dari blog tutupmulut.


prop sekitar majlis. dlm rumah lagi best. ada lampu dlm lantern. semua di DIY oleh akak ipar. 
saya nak! saya nak!





my akak ipar n bunga tangan. pun DIY. cantik ok bunga tu. nangis tengok.






the bride n groom. ni masa lepas nikah. baju kombinasi aqua green n putih.




akhir kata.....



Selamat Pengantin Baru!!  Semoga kekal ke akhir hayat.







p/s : hari sabtu nak dekat tapi banyak benda lagi kena buat. rasa nak belah badan jadi lapan. -_-!

Saturday, October 30, 2010

Mulut ku berbau kambing

tadi aku gi kenduri kawin ofismate aku. tak bukan die yg kawin la tapi anak die. aah ek aku x nampak pun pengantin nye mana. hmm lantak la.

owh aku sebenarnya nak cakap pasal makanan kat kenduri tu. diorg x hidangkan nasi minyak tapi nasi apa aku xtau. cuma rasa cam berlemak sikit n muak. owh aku pun bukan nak cerita pasal nasi yg disediakan la tapi pasal menu tambahan diorg. KAMBING PANGGANG!

aku ni x berapa gemar makan kambing tapi cam tergoda gak la sbb tgk kambing tu berguling2 atas api. cam sedap je. so nak try la. kawan aku mmg amik sepinggan. aku amik secubit je dari pinggan die. nak buat rasa. skali masuk mulut terus cam err cam apa ek. cam sedap la. slalu tu org masak sup kambing la, kari kambing la aku buat dekkk je. cam x main la kambing. aku makan ayam la wey. tapi tadi leh rasa sedap lak. nak mintak lagi dgn kawan aku, aku segan. so aku buat2 cam x kisah. boleh? hehehe

actually aku xde la macam eh pekehal x gi sendiri je tambah kan. xde la camtu. just rasa sedap. so next time kalau nak makan kambing kena yg di bakar la. baru heaven. hehehe

dulu aku penah makan rendang unta. korg penah? x penah kan. aku pun dapat makan sbb makcik aku bagi. die x berani makan. yela, die dapat pun dari jiran die yg buat korban unta kat masjid. owh makcik aku bagi daging yg baru di sembelih ye. mak aku yg masak jadi rendang. rasa die? emm sedap kot. eh xla. sedap sesangat. daging nye lembut. famili aku semua takut nak makan. so aku sental la sorg2. jadi nye aku macam pening2 lalat sepanjang hari tu. hehehehe

eh aku tulis entry ni sbb apa ek?
oh aku rasa mulut aku dah berbau kambing la. sendawa pun bau kambing.
ke sbb aku pening sbb makan kambing terus aku merapu meraban ari ni.
ke aku....errr....tah. biol dah. *pitam





rasa terliur x?

Tuesday, August 3, 2010

Aku kembali yeah!

aku sebenarnya cam malas nak update. penat la. tapi di sebabkan dah lebih 2 minggu aku menghilangkan diri, rasanye patut aku update kan? ye ke? eh, betul la. entah kepala aku cam senoneng ni. kalau dah lama x driving mmg camtu ek? rasa cam mabuk pun ada. ada org mabuk sbb bawak kereta ke? ok aku dah mula merapu meraban.

actually aku x gi mana pun. ada kat rumah lepak2 menghabiskan mc. aku cakap mc ek? owh er.... aku xde la sakit teruk pun cuma kena masuk wad, masuk air dan minor surgery sket. xla teruk mana pun kan.....hehehehe....owh ye. semalam mak memaksa aku menelan pati ikan haruan yg sgt hanyir tu. ergghhhhh terpaksa siot. rasa cam ergghhhh.....tapi habis gak sebotol aku telan. ada lagi 2 botol lagi menanti tu. esok kena minum lagi. adehhh....

 ni bukti aku minum sampai habis tau. tips nak bagi sedap ialah hangatkan botol ni dlm air panas then letak garam sikit. ok la rasanye tapi still erghhhhh....masa adik aku sakit ari tu ada gak aku belikan tuk die jenama lain la tapi haram x minum. mybe sbb jenama lain rasa lain or sbb aku xtau tips nak sedap kan tu. masa aku minum pun mak baru bagitau ada tips bagi rasanye kurang hanyir. tu pun kawan die yg bagitau.



owh aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat kawan skola aku Aziemah dan pasangan nye. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. nape gambar camni? ni mak aku yg amik la. aku? tgh duduk kat kerusi. heheehe....penat la nak bangun n amik gambar. oh ni upacara menabur gula2. kenduri belah pompuan ari ahad lepas. disebabkan suami die org filipina tu yg diorg buat macam2 acara. ada silat la, tarian dan apa2 lagi la. aku terpaksa ajak mak balik coz x tahan sakit. petang tu gak aku gi klinik amik mc lagi tau. pasal sakit tu aku tulis entry lain kali k. ni pun ingatkan aku nak tulis pendek je tetiba dah jadi panjang lak. hahahaha apa2 la yek.



Sunday, June 13, 2010

Musim Kenduri kawen

sebenarnya aku malas nak update. tgh ada mood nak blogwalking. ada satu blog yg aku blom khatam ni so sgt excited nak habiskan baca tapi memikirkan yg esok aku cuti n kemungkinan nak update selepas cuti adalah tipis, so aku tulis la mengarut2 hari ni.

hari ni anak pakcik satu ofis aku kawin. aku malas nak pegi tapi tula, budak ofis aku semua bising coz kenduri kawin diorg semua aku x pegi pun. siap ada yg ckp "nanti kau kawin, xde sape yg dtg baru kau tahu". I was like....what??!!! pasal benda ni pun leh membangkitkan perkara camtu ke? hmmphhh...

ok2 malas nak bebel pasal tu. lagi 1 masalah aku kan, kawan2 rapat aku bukan jenis suka gi kenduri kawin ni. kalau gi karok diorg nak la. xkan aku nak jadi cam kera sumbang gi kenduri sorg2. so aku mmg la ada masalah nak pegi.tapi ari ni aku keje kat ofis. jadi ada la budak2 ofis yg leh temankan aku pegi.

tema diorg biru putih. suka tgk. tapi sorila xde gambar. nama pun hp canggih kan. mana la cantik nak amik gambar. t kalau ada kawan aku upload kat fb, aku cilok la yek.

anyway, selamat pengantin baru tuk Mohd Zamiruddin dan pasangan nye Nur Farihashaulah( betul ke aku eja nama die ni..lantak la) semoga kekal ke akhir hayat.

itu je update kali ni. bye. Peace!


update: tadi aku baru lepas main game online. tolong kawan aku ni la baru level 7 dah gelabah. aku ni dah khatam game tu so aku tolong la. ye, mmg kitorg main game masa keje. even bos aku pun tumpang tgk ok. =P

anyway, kawan aku ni bengong mentang2 aku dah tolong, die selamba dak je rakam aku main game pakai hp die. aku cam nak karate kid die kat situ gak. haiyahhhhhhhhghhhhhhh desummm desummmm ngok betul.  geram nih. grrrrrrr..... harap2 die x tunjuk kat sape2. mamat biol dan sengal. amik kau! *middle finger.