I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label In-laws. Show all posts
Showing posts with label In-laws. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

Sambut besday Ari di hari raya

Salam readers semua.

lama x merepek kat sini sampai dah xtau nak taip apa hehehehe.

anyway, every year aku sambut besday anak2 aku kan. ceh macam ramai anak je. xde la sambut grand sangat ke apa cuma beli kek n potong kek je. kebetulan besday Ari jatuh pada minggu terakhir raya. dah alang2 masih bulan Syawal kan so aku plan buat makan2 sekali. ala bukan buat besar pun cuma ajak adik-beradik aku, in laws dan kawan2 rapat je sambil2 tu potong kek sekali.

aku plan dah lama dah tapi nak buat ke x tu xtau lagi. sampai la ari kamis tu aku tengok muka Ari pastu aku rasa kesian. selama ni kakak die je dapat potong kek. die baru merasa sekali tu pun kongsi dengan org lain.

so petang tu jugak aku bawak die gi tempah kek. jadi buat makan2 ke x, itu nanti pikir. yg penting kek kena tempah dulu sbb die nak kek gambar kartun kena la tempah. so makan2 is on!!

malam tu gak aku hantar jemputan thru whatsapp kat grup famili n bff aku. ada la lebih kurang 20 org. hahahah dah taip tu baru rasa ramai nya org. pastu aku terus pening nak masak apa. hahahahaha

tetiba je akak whatsapp aku volunteer nak tolong masakkan. die kata die buat kuah je, bahan2 sampingan nya aku kena sediakan sendiri. eh itu dah cukup baik dah tu. senang keje eden. oh i lof u la akak. hehehe aku masak yg simple2 je biar senang. pastu buat dessert. dan aku ada import chef luar tau. x lain x bukan mak kesayangan ku la. =)

so malam tu gak aku balik BP amik mak n esok nya balik JB. sampai JB je terus gi beli bahan2 nak masak n pinggan cawan semua la. balik rumah jap hantar barang pastu terus berdesup pegi UTC lak. ada urusan. mak kan x penah gi sana sejak Galleria dah siap renovate so sambil2 tu jalan2 la skali.














bz buat apa la tu. hehehe





sebelum balik, kitorg singgah beraya rumah MIL jap. mak kan x raya rumah MIL lagi. kalau aku ni dah selalu. hehehe

esok nya pagi2 lagi Ari bangun tido je terus cakap hepi besday to u. ni besday sape sebenarnya ni. pastu tanya bila nak amik kek besday die. hahahaha (- _ -")

masalahnya aku buat makan2 tu petang xkan la nak potong kek awal sangat kan. so dalam kol 4 camtu kitorg potong kek. kebetulan yg datang masa tu jiran aku dengan anak die. so ada la kawan Ari makan kek.




kek Boboiboy untuk besday boy. =)


orang nyanyikn hepi besday die marah. die nak nyanyi sendiri. hahaha


menu kitorg hari tu:

mihun goreng Singapura
mee kari
kek batik
puding lapis milo oreo
kuih raya
air sirap oren



akak balik dalam kol 6 camtu. dari kol 11 pagi lagi die dah datang tolong aku. ikutkan die nak tunggu kawan aku yg jugak kawan skola die tapi dah lewat sangat kan. so lain kali je. tup-tup kol 6.30 semua sampai. sebenarnya aku jemput diorg semua waktu lain2 tapi xtau kenapa semua datang serentak. MIL dgn adik2 ipar aku n famili diorg. maksu n famili pun datang. kawan aku 3org termasuk kawan skola akak aku pun sampai. mmg crammed giler la rumah aku. dah la rumah kecik. sampai paksu n sepupu aku terpaksa lepak luar.

aku memang x sempat nak amik gambar langsung sbb bz sangat topup makanan. mee kari memang habis licin. sedap giler akak masak. nasib baik iolss sempat rasa sikit. huhuhuhu




dapat kereta mainan dari Toksu. thank you Toksu.



malam tu mak masak mee hailam sbb mee kari dah sold out kan. tetamu pun dah x ramai. best la Ari main. Nia geram je tapi aku dah bagitau awal2 ni besday Ari so die paham. kol 12 malam famili Ai lak sampai dari Selangor. sejak kawin x penah lepak rumah aku kan tahun ni merasa la raya sekali.





si bam bam Faiq





penat angkat budak ni. angkat dumbell pun x berat camni. baru 4 bulan dah dekat 8 kilo okeh. sakit tangan Mak uda sayang oi.

esoknya aku amik EL. Nia pun ponteng sekolah sehari. ala bukan selalu. Nia kan murid contoh. kita jadi tour guide je hari tu eh. hahahaha pagi tu sarapan mee goreng baki mee semalam. lepas sarapan terus gi JBCC.











saje nak bagi budak2 ni main kat depan ni. tapi diorg x reti duduk diam lak. susah aku nak amik gambar.






ni jela gambar yg cantik



dah puas main, budak2 ni lapar lak. so kat mana lagi makan best yg semua menu ada kat JB ni kalau bukan Plaza Larkin. kitorg order rojak asma, laksa johor dan semestinya kacang pool. org selangor teringin nak makan kan. kita layan jela. setel makan terus gi gelang patah.

akhir tahun ni rumah tu dah nak serah balik. yela masing2 pun dah ada rumah sendiri kan. mak n ayah pun dah duduk rumah yg diorg buat. so masing2 pun kena la kemas barang masing2. ari tu abang aku, ni Ai pulak. akak memang awal2 dah kemas barang die. x lama lagi aku pun kena kemas barang aku. tunggu aku masuk rumah baru je ni. huhuhu sedih weh nak tinggalkan rumah yg dah lebih 15 tahun kitorg duduk. ='(

malam tu kitorg gi makan dengan akak kat area rumah die. sambil2 tu raya rumah die sekali. setel makan, mak terus balik BP dengan Ai sbb esoknya Ai dah nak balik Selangor dah.





terima kasih pada yg sudi datang.
mohon maaf kalau ada terkurang rasa, termasin ke eh.

terima kasih mak n akak sudi tolong kita masak. heheheh
kalau nak harap aku sorang memang pengsan kot.
tahun depan boleh tolong lagi.
muah ciked *kenyit mata


oh Selamat Hari Lahir ke 4 untuk Ari
moga membesar jadi anak yg soleh, cerdik, dan menyejukkan hati mama papa.
tahun depan dah mula sekolah tadika. dah besar dah hero mama sorang ni.
*cries buckets

kakak pun nak masuk sekolah rendah dah
semoga anak2 mama membesar dengan baik, jadi anak soleh solehah, murah rezeki, jadi hubungan adik beradik ye.
*cries buckets again






p/s : Ari cakap tima kasih untuk semua hadiah hari jadi die. kereta mainan tu dah rosak dah semalam. haishhhh





Wednesday, January 8, 2014

Muzium coklat

Muzium coklat ni sebenarnya kilang buat coklat. tapi bahagian yg org luar boleh masuk kecik je. papan tanda kat depan kilang pun kecik je. sbb tu la hari sebelum nye kitorg x jumpa.




masuk2 je nampak ni.








percubaan amik gambar Nia dgn lembu. fail!!

penat la Yani tarik tangan die suruh duduk diam2 tapi die boleh lak ajak Yani main tarik2 tangan. haihhhh la anakkk....







ni demo coklat. diorg buat setiap hari kol 12 n kol 3 kot. x ingat lak tapi yg aku pegi ni masa tu kol 12. demo die biasa je. muzium coklat ni di buka hari bekerja sahaja dari kol 8 sampai 5 petang.

antara arca dari coklat:






ular ni patutnye bentuk 2012 tapi aku x amik full lak. hehehe







coklat bentuk bunga



nak masuk tempat ni free tau sbb tu la kitorg pegi. pastu coklat kat situ pun ok la. ada yg x penah jumpa n ada yg macam lain sikit. ada yg mahal n ada yg sedang2. ok la kalau nak buat ole2 balik rumah.

balik tu kitorg gi Nilai 3 lak. hahaha memang borong sakan la MIL. aku x, aku tgk je. lagipun macam xde yg berkenan. baik beli kat JB je kot. owh sampai rumah asar kot. penat giler tapi puas sbb dapat spend time dgn family. walaupun rasa macam banyak habis masa kat jalan je. next time nak gi jauh2 sikit la. asyik dekat2 je.





p/s : habis gak aku up pasal cuti. legaaaa.....



Tuesday, June 5, 2012

Weekend with family di Tanjung Piai

2 minggu lepas, perghhh lama giler punye cerita baru nak update ek. org lain dah update aku baru terkedek2 nak update...hahahaha ok2 sambung cerita. so masa tu lepak rumah mak. ala selalu tiap2 hujung minggu pun memang lepak rumah mak. tapi kali ni lain sikit sbb...... abang aku, SIL n nephew turun JB!!!! wahh excited nye excited nye. (ulang 2 kali sbb nak menunjukkan rasa excited yg terlebih).

diorg sampai JB ari jumaat. so kasi diorg rehat dulu. esoknye kami plan nak ke Taman Negara Tanjung Piai.

kitorg ni x penah gi Tanjung Piai. nama je duduk dekat2 Pontian tapi x penah nak jejak ke sana. so 4 the 1st time la ni kitorg ke sana. pagi tu mak n akak dah prepare breakfast n bekalan kitorg untuk ke sana. konon boleh la berpiknik sekali kan. boleh x bekalan tu kitorg tertinggal kat rumah. yg mak ingatkan aku yg bawak bekalan tu. yg akak ingatkan abang n SIL bawak. yg abang ingatkan mak bawak.

baiklah, kami sampai sana dalam keadaan kelaparan. dah la Tanjung Piai tu jauhhhhhhhh sesangat. ada la dekat 2 jam baru sampai. dah macam balik kampung dah. dengan jalan yg berlubang sana sini. memang terbaekkkk...

okla xnak bebel banyak, sila lihat gambar.





pemandangan memang indah sesangat. tapi aku xde mood sbb nak terkenc'. kat sana ada toilet tapi air xde. boleh? hampir aku terjun ke laut. nasib kesabaran masih tinggi. hmmmppphhhh






sesi bonding antara sepupu. tapi Addin ni memang susah nak senyum. diorg ni dah macam Upin Ipin dah aku tengok. hahahaha





sangat sukakan gambar ni. masa tu lupa buka flash. xpela. moment yg di capture tu yg penting. =))

owh Al n BIL memang x ikut sbb mereka kuat keje. bagus kan mereka ni. =)

ari ahad lak kami balik BP sbb cousin aku tunang. tapi satu gambar die pun aku xde. agak hampeh disitu kan. huhuhu rasa x puas je main dgn Addin. yg Nia bila aku pegang Addin je, die pun sibuk nak mengendeng kat aku. jeles la tu. abang n his family balik KL ari isnin tapi aku keje lak. so berpisah la kami kat situ. xpela, next time ada masa aku lak gi rumah abang okeh!




di sebabkan aku malas nak up 2 entry, mari la sambung ke cerita minggu lepas lak. ye, saya memang malas. hik3



minggu lepas aku, kononnye alang2 dah dekat2 dengan Melaka, kami nak la berjalan2 di sana. tapi hampa. sbb jem macam ke hapa tah. cuti sekolah semua org nak bercuti. jadi kami menghabiskan masa di jalanan jela. x dapat nak ke majlis perkahwinan Miza kat Muar. sempat kirim hadiah je.


Nia dalam kereta. memang x reti duduk diam. memanjat je keje nye.



ahad nye kami ke kenduri kawin si Anip dan pasangan nye Zidni. diorg ni dah kapel lama. dari form 2 kot. lama x lama la kan. jodoh diorg memang kuat sbb akhirnye diorg ke pelamin gak.



Anip, Nia dan Zidni. bagi Zidni pegang Nia lama sikit. amik berkat katanye. hehehehe



buat Miza dan pasangannye Hilmi 

dan Anip dan pasangannye Zidni,

selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. =))







p/s : lama sangat bercuti. macam malas je nak keje ari ni. bukan ko memang malas hari2 ke D? hahahahahaha



Wednesday, February 9, 2011

My brother's wedding

minggu lepas aku n family berkonvoi ke Ampang. bukan ada sebab best pun, just satu2 nya abang aku nikah n sanding. memang la perkara ni berlaku sekali je dlm famili aku.

kitorg gerak ke Ampang hari Khamis. memula singgah Batu Pahat dulu amik akak n her husband then baru gerak ke Ampang. kitorg stay kat motel je. yg penting ada tempat tido n rehat. ok la motel tu. just aku x berapa suka bau colok n bunga melur. sangat mengganggu emosi tau. ceh ngengada lak. eheksss.

malam tu berehat secukupnye sebelum bersedia ke agenda seterusnya. pagi jumaat, abang aku dah terketar2. hahahahah xdela. die kan mmg selamba je tapi muka cuak tu still ada. kami semua pakai baju ungu. konon sama dengan barang2 hantaran la. skali rupa2 nye barang hantaran dari pihak perempuan yg warna ungu, dari pihak kami warna pink. abg.....abg.....nasib baik la abg aku sorg je. haishhhh....

majlis nikah agak serabut sebab ada sepasang lagi pasangan pengantin yg akan di nikah kan. rupa2 nye nikah serentak. boleh? memula kadi nikah kan abg aku, then pasangan lagi satu lak. pastu bacaan2 pun lebih kurang je. kalau nikah kat selangor memang camtu ek? ke memang tempat lain pun camtu cuma aku je yg xtau? hmm lantak la ye. yg penting dah selamat dah.

then kami gerak ke rumah kakak ipar aku lak. ada jamuan sikit. ada satu jenis kuih tu bentuk rupa macam kuih koci tapi dlm balutan daun pisang tu ada santan. kuih apa tu ek? sedap la. lain dari yg lain. eh cerita makanan lak. hehehehe tapi mak akak ipar masak memang sedap la.


abg n akak ipar bersama hantaran. 

eh korg kenal ke diorg ni? hahahaha lagi mau tanya kan. nak tau lebih lagi, sila la cari blog diorg kat blog list belah kanan ok.

selesai makan, kami balik ke pangkal jalan. bersedia untuk agenda esok lak. iaitu persandingan. sebenarnya diorg x sanding siap menepung tawar semua. just amik gambar je. masa berarak tu, abg aku jalan macam ke hapa. laju giler. hello, awak tu pengantin. sila bersopan sikit boleh x?

sampai2 je kitorg terus di sambut tuan rumah n pengantin perempuan. persalinan adalah berwarna pink. comel gak abg aku pakai pink yek. kami terus di bawa ke meja makan beradap sambil di dendangkan alunan lagu berserta angklung. cam best kan? rumah akak ipar pun just nice. cam wedding dalam taman pun ada.









sila jgn berangan lebih ye D. 
kamu masih ada banyak benda yg harus di selesaikan minggu ni! 
adeh rasa nak pitam la. tolong panggilkan ambulans boleh x?


owh ye.
lupa lak.
ini sedikit gambar sekitar majlis. ambil dari blog tutupmulut.


prop sekitar majlis. dlm rumah lagi best. ada lampu dlm lantern. semua di DIY oleh akak ipar. 
saya nak! saya nak!





my akak ipar n bunga tangan. pun DIY. cantik ok bunga tu. nangis tengok.






the bride n groom. ni masa lepas nikah. baju kombinasi aqua green n putih.




akhir kata.....



Selamat Pengantin Baru!!  Semoga kekal ke akhir hayat.







p/s : hari sabtu nak dekat tapi banyak benda lagi kena buat. rasa nak belah badan jadi lapan. -_-!