I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, July 27, 2017

Sambut besday Ari di hari raya

Salam readers semua.

lama x merepek kat sini sampai dah xtau nak taip apa hehehehe.

anyway, every year aku sambut besday anak2 aku kan. ceh macam ramai anak je. xde la sambut grand sangat ke apa cuma beli kek n potong kek je. kebetulan besday Ari jatuh pada minggu terakhir raya. dah alang2 masih bulan Syawal kan so aku plan buat makan2 sekali. ala bukan buat besar pun cuma ajak adik-beradik aku, in laws dan kawan2 rapat je sambil2 tu potong kek sekali.

aku plan dah lama dah tapi nak buat ke x tu xtau lagi. masa tu boleh lak kitorg di landa macam2 masalah sampai Al cakap, xyah la buat sebab die pun xde mood. masa tu aku memang down sangat2 dengan macam2 prob lagi sampai la ari kamis tu aku tengok muka Ari pastu aku rasa kesian. selama ni kakak die je dapat potong kek. die baru merasa sekali tu pun kongsi dengan org lain.

so petang tu jugak aku bawak die gi tempah kek. jadi buat makan2 ke x, itu nanti pikir. yg penting kek kena tempah dulu sbb die nak kek gambar kartun kena la tempah. balik tu aku bagitau Al nak buat. die suruh tanya mak n MIL. diorg semua cakap ok. so makan2 is on!!

malam tu gak aku hantar jemputan thru whatsapp kat grup famili n bff aku. ada la lebih kurang 20 org. hahahah dah taip tu baru rasa ramai nya org. pastu aku terus pening nak masak apa. kalau masak spagetti Al x suka makan. kalau masak mee kuning lak aku x makan. eh ni aku nak jamu org ke aku nak mentekedarah sorg? hahahahaha

tetiba je akak whatsapp aku volunteer nak tolong masakkan. die kata die buat kuah je, bahan2 sampingan nya aku kena sediakan sendiri. eh itu dah cukup baik dah tu. senang keje eden. oh i lof u la akak. hehehe aku masak yg simple2 je biar senang. pastu buat dessert. dan aku ada import chef luar tau. x lain x bukan mak kesayangan ku la. =)

so malam tu gak aku balik BP amik mak n esok nya balik JB. sampai JB je terus gi beli bahan2 nak masak n pinggan cawan semua la. balik rumah jap hantar barang pastu terus berdesup pegi UTC lak. ada urusan. mak kan x penah gi sana sejak Galleria dah siap renovate so sambil2 tu jalan2 la skali.














bz buat apa la tu. hehehe





sebelum balik, kitorg singgah beraya rumah MIL jap. mak kan x raya rumah MIL lagi. kalau aku ni dah selalu. hehehe

esok nya pagi2 lagi Ari bangun tido je terus cakap hepi besday to u. ni besday sape sebenarnya ni. pastu tanya bila nak amik kek besday die. hahahaha (- _ -")

masalahnya aku buat makan2 tu petang xkan la nak potong kek awal sangat kan. so dalam kol 4 camtu kitorg potong kek. kebetulan yg datang masa tu jiran aku dengan anak die. so ada la kawan Ari makan kek.




kek Boboiboy untuk besday boy. =)


orang nyanyikn hepi besday die marah. die nak nyanyi sendiri. hahaha


menu kitorg hari tu:

mihun goreng Singapura
mee kari
kek batik
puding lapis milo oreo
kuih raya
air sirap oren



akak balik dalam kol 6 camtu. dari kol 11 pagi lagi die dah datang tolong aku. ikutkan die nak tunggu kawan aku yg jugak kawan skola die tapi dah lewat sangat kan. so lain kali je. tup-tup kol 6.30 semua sampai. sebenarnya aku jemput diorg semua waktu lain2 tapi xtau kenapa semua datang serentak. MIL dgn adik2 ipar aku n famili diorg. maksu n famili pun datang. kawan aku 3org termasuk kawan skola akak aku pun sampai. mmg crammed giler la rumah aku. dah la rumah kecik. sampai paksu n sepupu aku terpaksa lepak luar.

masa tu jugak la mee habis. terpaksa Al berkejar gi beli. aku memang x sempat nak amik gambar langsung sbb bz sangat topup makanan. mee kari memang habis licin. sedap giler akak masak. nasib baik iolss sempat rasa sikit. huhuhuhu




dapat kereta mainan dari Toksu. thank you Toksu.



malam tu mak masak mee hailam sbb mee kari dah sold out kan. tetamu pun dah x ramai. cuma tinggal jiran aku n kawan2 Al je. best la Ari main. Nia geram je tapi aku dah bagitau awal2 ni besday Ari so die paham. kol 12 malam famili Ai lak sampai dari Selangor. sejak kawin x penah lepak rumah aku kan tahun ni merasa la raya sekali.





si bam bam Faiq





penat angkat budak ni. angkat dumbell pun x berat camni. baru 4 bulan dah dekat 8 kilo okeh. sakit tangan Mak uda sayang oi.

esoknya aku amik EL. Nia pun ponteng sekolah sehari. ala bukan selalu. Nia kan murid contoh. kita jadi tour guide je hari tu eh. hahahaha pagi tu sarapan mee goreng baki mee semalam. lepas sarapan terus gi JBCC.











saje nak bagi budak2 ni main kat depan ni. tapi diorg x reti duduk diam lak. susah aku nak amik gambar.






ni jela gambar yg cantik



dah puas main, budak2 ni lapar lak. so kat mana lagi makan best yg semua menu ada kat JB ni kalau bukan Plaza Larkin. kitorg order rojak asma, laksa johor dan semestinya kacang pool. org selangor teringin nak makan kan. kita layan jela. setel makan terus gi gelang patah.

akhir tahun ni rumah tu dah nak serah balik. yela masing2 pun dah ada rumah sendiri kan. mak n ayah pun dah duduk rumah yg diorg buat. so masing2 pun kena la kemas barang masing2. ari tu abang aku, ni Ai pulak. akak memang awal2 dah kemas barang die. x lama lagi aku pun kena kemas barang aku. tunggu aku masuk rumah baru je ni. huhuhu sedih weh nak tinggalkan rumah yg dah lebih 15 tahun kitorg duduk. ='(

malam tu kitorg gi makan dengan akak kat area rumah die. sambil2 tu raya rumah die sekali. setel makan, mak terus balik BP dengan Ai sbb esoknya Ai dah nak balik Selangor dah.





terima kasih pada yg sudi datang.
mohon maaf kalau ada terkurang rasa, termasin ke eh.

terima kasih mak n akak sudi tolong kita masak. heheheh
kalau nak harap aku sorang memang pengsan kot.
tahun depan boleh tolong lagi.
muah ciked *kenyit mata


oh Selamat Hari Lahir ke 4 untuk Ari
moga membesar jadi anak yg soleh, cerdik, dan menyejukkan hati mama papa.
tahun depan dah mula sekolah tadika. dah besar dah hero mama sorang ni.
*cries buckets

kakak pun nak masuk sekolah rendah dah
semoga anak2 mama membesar dengan baik, jadi anak soleh solehah, murah rezeki, jadi hubungan adik beradik ye.
*cries buckets again






p/s : Ari cakap tima kasih untuk semua hadiah hari jadi die. kereta mainan tu dah rosak dah semalam. haishhhh





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...