I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, July 5, 2017

Jalan-jalan beraya di Petronas Street Smart, Puteri Harbour

ini sambungan entry ini.



pagi Jumaat Abang ajak gi jalan2 cari makan tapi Adik x join sbb die keje. gerak pagi konon nak pegi kedai roti salahuddin yg femes tu skali ari jumaat tutup. so xtau nak gi mana, kitorg gi Petronas Street Smart kat Puteri Harbour.

aku datang sini dgn Nia n Ari dah 2 kali dah. first time datang sebab nak buat survey area situ. so bila kitorg datang lagi kali ni dgn Addin n famili Abang lak, Nia macam ketua tourist la plak. pandai2 je die gi masuk pastu cakap kat Addin masuk sini free tau. pastu boleh amik belon dgn sticker. sesuka hati die je. nasib la budak kat pintu masuk tu nak jugak melayan. adehh...

bila masuk, terus laju je Nia bawak Addin main. sian Ari kena tinggal. dah la famili aku dgn famili Abang je yg ada kat situ. memang macam raja la budak2 ni kan.







simulasi akibat melintas di tengah jalan...






















ye ye je Nia bawak moto kan.... hahahahaha



ni jela gambar budak2 ni yg sempat aku snap. yg lain2 banyak gambar kitorg selfie je. hahaha eh bagi can la mak-mak nak selfie kejap. dah habis bergambar kitorg rasa lapar lak. so kitorg cadang nak makan kat Larkin je. nape jauh sangat sampai ke sana? sbb kat situ makanan semua sedap2. heheheh

tapi sebelum tu, kita buat sesi bergmbar dulu kat Puteri Harbour. tapi macam biasa la budak2 ni. berenti kejap je x sempat aku amik gambar, diorg dah blah dah. haishhh














#cousinsforlife




kira ok la ni kan?




kitorg gi makan kat Plaza Larkin. kat sana nak makan apa pun ada. nasi ayam, nasi lemak, nasi goreng. menu special ada mee rebus Stulang, kacang pool Haji, cendol durian. naik buncit perut aku makan. hehehe

setel makan, kitorg terus hantar Akak balik pastu Abang gi beraya rumah aku. diorg ni kira tetamu raya pertama aku tahun ni la. mak dgn Akak pun belum raya rumah aku lagi.

tahun ni xtau la kenapa aku macam beria2 sangat prepare untuk raya. eh bukan aku yg eksaited. Nia yg suka sangat nak raya. siap suruh aku buat biskut raya dgn beli lampu lip lap. hahahaha eh korang xnak datang rumah aku ke? penat aku kemas rumah tau. tapi kalau nak datang, kena bawak duit raya untuk Nia & Ari sekali tau. ;P



eh lupa lak.

ok ni details :

Petronas Street Smart
Puteri Harbour
bersebelahan dengan Hotel Jen
bermula dari 15 April - 30 September 2017
buka 10am - 7 pm
masuk percuma




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...