I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, December 4, 2014

Wedding Ai dan Fiqri

cerita dah lama baru ada masa nak update. hehehe jangan mare ye.

Ai nikah ari jumaat 28hb nov. aku masa ari selasa baru teringat nak beli bunga ok. sbb nye aku di tugaskan buat sireh junjung. macam ada pengalaman je kan. habis tu mak pengantin bz dan org yg pandai gubah pun xde. so mari la kita buat2 pandai. so ari selasa tu keluar jap cari kedai bunga. nasib baik Al ada. boleh la merempit. hehehe nasib baik aku dah google siap2 alamat kedai bunga.

sampai2 je terus pilih bunga kekwa. sbb bunga kekwa senang nak gubah. plus murah. hahaha ye pengkedekut. tapi aku beli bunga sampai 3 bundle ok. dah boleh buat mandi dah. sebelum bayar, confirm kan dgn mak perantin dulu color bunga. ade ke mak nak warna oren? hantaran dah la warna pink. tetiba bunga color oren. nasib baik jumpa bunga oren mix dgn kuning. so nampak cam color blok. hahaha pandai x aku?

anyway, aku amik cuti ari ahad je. ala bukan aku yg kawin pun kan. lagipun cuti iolss dah tinggal ciket. sepanjang minggu tu Nia tinggal dgn mak. sbb pengasuh iolss kan pegi bercuti ke Langkawi. Nia ok je. mama die lak yg terlebih rindu. hehehe Ari aku hantar kat sebelah rumah. nasib baik die ok je. ari rabu aku tido rumah mak sbb ari kamis aku balik awal. so balik keje terus amik bunga n terus gerak gi gelang patah.

malam tu sibuk la semua org merewang. semua kitorg masak sendiri. diorg semua sibuk kat dapur, aku sibuk dgn bunga. yela aku mana penah gubah bunga. xtau la ok ke tak. ala yg penting ada, kan?

Ai nikah lepas solat jumaat. so semua nak kena siap cepat2. mekap untuk nikah x tempah mak andam. terpaksa aku eksport sepupu Al tolong mekapkan. die mekap pun ok. sape2 kalau nak mekap simple, boleh la amik kontek die. eh sesuka aku je tolong iklankan. hahahaha setel mekap terus gerak gi masjid. masjid pun x jauh. 5 minit je. aku naik satu kereta dgn pengantin. hehehe







hantaran pengantin. aku tukang gubah sireh junjung je. ada la tolong godek2 sikit tapi yg lain2 tu pengantin yg buat. simple je kan?






masa ni masing2 nervous kot. tah. aku bz layan anak aku. x caya?









penat je aku pakaikan die baju kurung cantik2. sesuka ati die je duduk camtu. haishhh mana tumpahnye kuah kalau x ke nasi kan?

dgn sekali lafaz je, Ai dah menjadi isteri org. tahniah korang!!!
yg ajaib nye, x sape pun nangis. hmmmm.....

gambar dgn pengantin xde sbb aku bz layan anak aku. so malas nak pegang kamera. pastu layan diorg semua makan lagi. siap2 kemas apa semua. esok majlis resepsi lak. malam tu aku dgn Al jadi tukang pasang banner n bunting. sampai kol 2.30 pagi baru siap. sbb tunggu Al balik keje. kalau nak harap aku pasang sorg2 memang x la. hehehe

sabtu pagi, semua bangun awal. xde benda sangat nak buat. aku bz siapkan anak aku je. pastu buat bunga tangan untuk Nia. hehehe pengantin sanding kol 12.30. so kol 12 semua dah gerak gi dewan.

sampai2 je terus makan dulu. yela, nanti nak layan tetamu. sebelum tu, kita amik pic masa masing2 muka masih semenggah.






suruh Abang tolong amikkan gambar kitorg. die terzoom gambar si kecik ni pulak. tapi lepas tu 2-3 kali aku suruh die snap. yela, bukan senang kitorg nak amik gambar family tau. lepas makan, Nia dgn Ari cranky la pulak. sbb pagi tu bangun awal kan. so masing2 dah ngantuk nak tido. Al lak lepas makan die terus gi keje. cian husband i keje lak hari tu. huhuhu so aku lepak dalam kete tidokan budak 2 org tu.

sejam pastu baru Ari bangun. Nia tido2 ayam je. pengantin dah siap sanding n potong kek dah pun. memang aku x membantu langsung la kiranye. hahahaha tapi lepas tu pengantin nak amik gambar outdoor xde org nak hantar, akuuuu.... yg tolong hantarkan. saya jadi drebar pengantin ari tu. kira menyumbang gak la. nak jugak aku nih. hehe

gambar diorg photoshoot aku x amik sbb tetiba Nia lak tido. pulak tu tido macam tido mati. penat sangat la tu. Adik pun ikut skali. jadi peneman aku la kiranya. kol 6 kitorg terus balik. malam tu adik balik KL. so aku tukang hantar. keje aku memang jadi drebar org je. dah la bas kol 12 malam. so aku ajak pengantin teman kan. plus diorg nak amik kunci rumah dgn abang pengantin. tunggu bas Adik lama giler kot. aku tgk cerita Laga dlm kete sampai separuh cerita tu. Nia ikut skali. Ari je tinggal sbb die tido.

lepas hantar Adik, kitorg gi jumpa abg pengantin. boleh x kitorg sesat! aku termasuk jalan nak gi Singapore. dah tu xde u-turn la plak. nasib baik ada pegawai kat situ. cakap kat die kitorg nak patah balik, so die bagi kitorg jalan. nasib baik. kalau x, dah sampai Singapore dah kitorg. pastu amik Al kat rumah. die lak yg drive sbb ada org tu klua rumah x bawak lesen. sape la tu. then balik GP sambil on the way tu tanggalkan banner n bunting. sampai sekarang banner tu ada lagi dlm bonet kete aku. xtau la nak buat apa. macam nak buat alas meja la. boleh? dekat kol 3 pagi kot baru sampai GP. die punye ngantuk tu jangan cakap la. esoknye aku bangun kol 10 tau. hahahaha





p/s : berjaya buat serunding daging hasil lebihan lauk pengantin. sedap gilos. hehehehe

p/s/s : tinggal Adik sorang je single n avaiable. sape nak angkat tangan! (suka2 aku je promote adik sendiri.)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...