I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, August 30, 2015

Kursus teambuilding memang best

lemau nye naik kejeeee.......esok cuti lak tu. kalau ikutkan nakkkk je aku cuti ari ni tapi memikirkan cuti aku yg tinggal ciput tu, terus x jadi.

anyway, kan minggu lepas aku ada cakap yg aku gi kursus kat melaka. memang best giler. tetiba macam kembali ke zaman skola la plak. sbb kitorg duduk sebilik 7 org. ikutkan untuk 6 org tapi dah geng ada 7, so kena la muatkan untuk 7 org gak. heheheh

kitorg kursus kat Asahan, Melaka. dan tempat ni betul2 depan pusat latihan PLKN Lagenda, tempat aku masuk PLKN dulu okeh!!!! omg terus teringat kenangan masa tu. dulu 18, sekarang dah dekat 30 dah. umo dah gini nak kena buat aktiviti lasak bagai....fuhhhh





ini la tempat kursus kitorg.
bertentang dgn pintu masuk PLKN Lagenda





kursus yg aku pegi ni memang banyak aktiviti luar. kalau dalam kelas pun ada la 2-3 jam je. tapi aku lagi suka aktiviti luar. cuma badan macam x larat je. yela umo dah dekat 3 series kan.

1st day
relaks je xde buat apa sangat. pastu ada ice breaking bagai, bagikan kumpulan.


2nd day
pagi2 dah main futsal. aduiiii aku ni mana la reti. tapi yg pompuan semua pun x reti. hahahaha yg pandai budak laki jela. diorg la yg main lebih. aku tukang jaga gol je. hehehe pastu buat aktiviti lasak. redah obstacle macam biasa askar buat, buat flying fox, abseiling dan fear factor.

kalau takat flying fox dgn abseiling, masa PLKN aku dah penah buat dah. 2 benda ni seronok buat. yg penat cuma nak naik tangga jela. aku buat flying fox 2 kali, abseiling sekali je. x larat nak naik tangga lagi dah.





nampak macam biasa je kan?


tangga yg belah kanan tu untuk buat flying fox n abseiling. yg 4 tiang terpacak ni la fear factor. aku xtau diorg namakn benda ni apa tapi aku panggil jela fear factor eh. tiang tu je tinggi nye macam rumah 2 tingkat. so boleh bayangkan punyela tinggi. dah la ko nanti naik ko berpijak kat platform kat tiang tu je. xde benda lain.

mula2 kena jalan kat titi lebar die ngam2 kaki je. jalan semeter gitu. laluan kedua ialah jambatan gantung. yg ni ok lagi la. x seram sangat. yg last pulak.....





yg ni!!!!!!





agak2 korang boleh buat x? gigil2 jugak la aku buat benda ni. ko kena jalan sambil berpaut pada tali2 kat atas tu. bila sampai tali ke 4, cangkung pastu baring terus ke belakang. rasa macam nak tercabut jantung aku. aku ni dulu teringin nak buat bungee jumping tapi lepas dah buat ni rasa cam errr......macam xnak buat la. hehehehe

malam tu kitorg ada persembahan dikir barat. video die ada kawan aku post kat youtube tapi malas la nak letak sini. iolss malu la. hihihiihi


3rd day
lepas senaman pagi. kitorg main netball. dgn budak laki skali campur. cam tah apa2 je. yg aku geram tu, org x passing bola kat aku pun. huhuhuhu

lepas dah regang otot semua, kita naik gunung lak. tapi bukan gunung ledang la. kitorg naik sikit je. agak2 1/3 perjalanan ke gunung ledang. sambil2 tu komando yg bawak kitorg tu ajar la sikit2 cara hidup kat hutan. last sebelum sampai kem balik, kitorg singgah air terjun. tapi x best sbb aku benda merah. sedih iolsss tau. dapat main2 air kat kaki je. yg budak laki semua memang dah terjun masuk dah.

sampai kem, diorg bagi taklimat n pemberian cenderahati. kumpulan aku x menang pun. ala hadiah hamper makanan je kot. kalau hadiah duit tu aku nak jugak la. (ayat sedapkan hati)

lepas tu terus masuk dorm n berkemas balik la kita. sampai rumah dekat kol 6.30 terus pengsan. hahahaha nak gerak gi GP pun x larat. tapi mengenangkan rinduuuu banget kat budak kecik 2 org tu, aku balik gak la. tu pun kol 8 lebih baru nak gerak. hehehehe

overall, memang best la kursus ni. x macam kursus yg slalu aku pegi. duduk n dengar je org bercakap. kursus yg ni memang penuh aktiviti sampaikan aku demam urat. mak2 sangat tau. hehehehe




p/s : girls generation rules!!!! (rindu lak ngan budak dorm)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...