but still.....kalau nak tahu benda yg kita buat tu betul ke x, kena ada panduan. aku ni keras kepala sikit. macam2 nasihat org bagi pasal breastfeeding(BF) nih. yes, I'm fully breastfeeding. sbb aku nak yg terbaik untuk anak aku. ok sambung cerita tadi.
masa aku masih berpantang lagi ramai je yg bagi 'nasihat' free walaupun aku x minta. mana yg aku rasa ok, aku adaptasikan mana yg x.....simpan dlm hati jela. contoh macam ni
"baby kena sulam air masak kalau x nanti mulut die kotor"
"boleh je bagi die makan bubur. kesian budak tu lapar"
"x campur susu tepung ke? nanti dah keje kan susah. kalau tetiba susu badan xde camne?"
semua ni nasihat yg aku dapat la. tapi aku x ikut pun. sbb aku tanya doktor, die cakap semua ni xyah buat kecuali pasal minum air suam tu ok tapi x bagi banyak la. n kalau x bagi, mulut die x kotor pun. mulut kita lagi kotor kan? hahahahah ok x kelakar.
setahu aku la kan, selagi baby belum 6 bulan n selagi ibu nye boleh bekalkan susu badan yg mencukupi, semua kat atas ni x perlu.
aku banyak baca artikel dari babycenter.com. kat sini semua doktor dan pakar2 yg komen.
lagipun, aku dah nampak banyak contoh depan mata. kadang2 aku kesian kat anak diorg sbb baby mana la tahu apa2 kan. ibu bapa la yg mencorakkan mereka.
ada yg anak diorg kena sembelit bila dah besar sbb baru usia sebulan dah diberi makan bubur.
ada yg antibodi badan anak x kuat, asyik demam je sbb dari kecik dah minum susu formula.
so aku memang yakin la yg susu ibu memang terbaik untuk bayi. plz la pada bakal2 ibu, kalau xtau apa2 sila la tanya pada pakar. aku bukan nak cakap yg kata org2 tua kita ni xleh pakai langsung. ada tapi x semua. sbb kadang2 apa yg diorg cakap tu pun datang nye dari ibu bapa diorg gak. so betul atau x diorg pun xtau. yela sbb kira macam pengetahuan yg di warisi la.
aku bagi contoh pasal pantang. kan selalu org cakap berpantang ni xleh minum air sbb nanti badan kembang.
padahal doktor suruh banyakkan minum air suam untuk menambahkan tenaga dan melawaskan kan kencing.
contoh lagi.
kena banyak makan halia dan lada hitam.
yg ni memang betul, sbb halia boleh keluarkan angin dalam badan dan lada hitam lak boleh memanaskan badan.
okla. aku malas nak bebel panjang lebar. ni pun dah macam karangan dah.
cuma aku nak cakap, kalau org bagi nasihat atau apa2 petua sila la jangan terima bulat2. kita pun kena ada pengetahuan sendiri. internet kan ada. google je. yg penting tanya nasihat doktor. kita nak yg terbaik untuk anak kita kan. =)
p/s: sedang mencuba BF sampai Nia umur setahun kemudian 2 tahun. doakan aku okeh!
No comments:
Post a Comment