I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, December 22, 2014

Shah Alam - Lumut - JB

sambungan dari sini.

anyway, lepas gi Laman Seni, kitorg solat dulu kat Masjid Shah Alam. sambil amik gambar lagi. tapi gambar cam biasa. kat tukang amik gambar. aku tukang pose je. hehehe

salam2 pastu kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak.

kitorg sampai Lumut terus checkin hotel. masa tu dah pukul 10 malam. mandi2 pastu cari kedai makan. x banyak kedai makan yg buka. dah la lambat giler makanan sampai. boleh lak Nia mabuk malam tu. masa dalam kereta Akak dah kena muntah seround. depan hotel sekali, masa tengah tunggu makanan pun die muntah lagi. cian maklong bau muntah. x biasa jalan jauh kot. nasib baik lepas makan die terus ok.

lepas makan ayah ajak round2 Lumut. macam kat Danga lak. siap ada budak busking lagi. boleh tahan la suara budak tu. org pun ramai kemain. 2 kali round baru kitorg dapat parking. pastu aku nampak budak2 main buih. so belikan la Nia pistol buih. suka die main. lepak kejap je sbb esok nak bangun awal. sbb nak gi Pulau Pangkor!

subuh2 lagi kitorg dah bangun. Nia dgn Ari mandi lebih kurang je. yela, sejuk kan. kemas2 terus checkout hotel. sebelum tu, gi sarapan dulu. sarapan die ok la banding dgn malam tu. kedai pun lain tapi sederet la dgn kedai malam tadi. yg best nye die ada buat roti arab cicah kari ayam. sedap la jugak. kitorg naik bot kol 9.

Nia excited naik bot. tapi bila die nampak bot kat luar, die sibuk nak naik bot. paham x? die dah naik bot, tapi die xtau die dah naik bot. eh apa aku cakap ni? hahahaha

ikutkan ayah nak sewa kereta biar senang jalan kat pulau tapi satu kereta rm80. plus, semua malas nak drive. nasib baik kat pulau banyak teksi. teksi die bukan cam yg biasa tu tau. teksi diorg van warna pink. satu teksi rm70 je. pakej dgn bawak kita pusing satu pulau selama 2 jam,  4 lokasi tarikan dan perhentian terakhir adalah pantai!!! mula2 driver bawak kitorg gi Kota Belanda.







xde apa pun yg menarik kat sini. ada la org jual makan2 sikit n souvenir. pastu kitorg stop kat Galeri Sejarah Pangkor(kot? tah lupa nama die). ada la sejarah2 berkaitan Pangkor. dekat belakang galeri ni ada kapal besar. aku xtau la kapal ni untuk digunakan atau diorg nak buat muzium tapi memang besar la.

lepas tu driver teksi bawak kitorg ke tokong Foo Lin. kitorg amik gambar kat tepi2 je. sbb ada patung rusa. Nia sibuk nak amik gambar dgn rusa. so layankan jela. kat sini pun ada ikan naga ek nama die. ikan tu besar gila. macam org ok. kuil ni besar. siap ada mini tembok besar china tapi kat atas bukit. malas nak menapak naik tangga. dah la tinggi giler.

tapi yg best nye kat sini, souvenir murah giler. keychain biasa beli kat Kota Belanda 2 rm10. kat sini 7 rm10. spek budak pun murah. 2 rm10 ok. harus la aku rembat terus. hehehe dah lama nak belikan spek hitam untuk Nia. mak geram je kan. sbb sebelum tu die dah beli keychain kat Kota Belanda. dalam geram tu, mak beli gak. x cukup kata die. hehehe

next  stop, kilang satay ikan. ok aku nasihatkan korg jangan beli kat sini banyak2 sbb susah nanti nak bawak balik naik bot. lain la kalau korg bawak beg besar. macam kitorg, kitorg beli sikit je buat kunyah2. harga biasa je. kat Lumut lagi boleh dapat murah. so baik beli kat Lumut je.

last skali, pantai yeah! aku xtau la nama pantai ni apa. tapi tempat yg kitorg stop ni ada di sediakan pakej snorkeling, diving, kayak n macam2 lagi la. dah la kitorg datang sehelai sepinggang je. kalau dapat mandi kan best. sbb x bawak baju mandi. pantai die putih giler. air pun clear je. nyesalnye xdapat mandi laut. huhuhu anak aku? Nia tu pantang tengok laut. pulak tu aku dah cakap awal2 memang nak gi laut. x sempat tukar baju, die dah ajak atuk die gi mandi. pakai baju dgn pampers je pun jadi.

mak n akak terpaksa cari baju untuk Nia. diorg beli tikar sekali. dah kata sehelai sepinggang kan. Ari mula2 sampai die tido pastu bunyi bising kot die terus bangun. aku bawak die gi pantai. boleh x, die xnak turun. letak kat pasir, die jalan jengket2. macam geli. pastu asik nangis je. gedik giler mamat ni tau. yg Nia dah siap buat istana pasir lagi. so aku, ayah n mak lepak tepi pantai, Akak tukang layan Nia. ayah siap tido lagi. best ok tido tepi pantai. tengah lepak, tetiba ada minah saleh ni pakai bikini lepak depan kitorg. aduhai spoil betul la.

lepak kejap je sbb dah penat n berlekit. plus lapa. so ayah call driver teksi tadi, pastu kitorg terus gerak gi pelabuhan. masa tu dah kol 2 kot. org ramai giler babs ok. punye la ramai org beratur sampai kat parking. diorg semua baru checkout kot. lagipun ari ahad dan cuti sekolah kan. memang ramai org la. dari penat beratur, baik gi makan dulu. gi restoran apa tah nama die aku x ingat. sebelah je dgn tempat naik feri.

masa amik order, budak yg amik order tu asik tengok muka aku. macam kenal je mamat ni. rupa2 nye kawan kolej aku. boleh lak jumpa kat sini. pulak tu kafe tu die punye. harus la dapat diskaun. hehehehe lepas makan, solat dulu pastu baru gi beratur. beratur pun  x lama. sbb bot pun setengah jam sekali mesti ada. lebih ramai beratur barisan feri ke Fort Marina. akak kata kat sana ada muzium kapal. kiranya kapal yg sebenar la. semua dalam tu berfungsi lagi. sekali masuk rm15 kot.

sampai pekan Lumut dah kol 5. ayah ajak gi Teluk Batik lak. tengok apa best kat sana. sebelum tu, kitorg shopping dulu. sbb kat Pangkor x beli banyak kan. mak siap borong ikan bilis, sotong kering la apa la. aku beli satay ikan je. skali gi Teluk Batik, baju kat sini lagi murah. beza rm5 kot. aku sambar t-shirt untuk aku, Nia n Ari. untuk Al xde. die bukan suka t-shirt pun. lepas tu kitorg terus gerak gi Klang.

sebelum tu singgah Manjung jap. ada org tu nak buat down memory lane la kira nye. amik2 gambar jap pastu terus gerak. sampai Klang kol 12 malam sbb kitorg sesat. hahaha biasa la kan kalau jalan x biasa. kitorg tido rumah sedara je. jimat sikit. isnin pagi tu kitorg gi KLIA 2 lak hantar ayah.

KLIA 2 ni besar giler. aku x penah gi KLIA tapi diorg cakap yg no2 ni lebih besar sbb ada shopping kompleks skali. sebelum apa2, aku suruh akak amik gambar tiang parking. takut peristiwa kat I-city terjadi kembali. hehehehe





suruh Nia posing depan cermin. mama loves u both. =)


ayah checkin kol 1. kitorg sampai sana kol 10. banyak masa lagi so pusing2 dulu tengok apa yg menarik. memang banyak kedai makan yg best2. aku dgn Akak memang jenis x heran dgn barang2 ke baju ke. kitorg lebih minat tempat makan yg best2. ada kedai gula2 nama die Snitch ek. comel kedai tu. deko die lukisan doodles ek. memang cantik kalau amik gambar kat situ. pastu ada Jaya Grocer. masuk jap beli barang. kat situ ada jual nasi paket. yg best nye ada spagetti. rasa cam nak beli tapi mak kata xyah. sob3

pastu gi tempat boarding. kat area sini kedai makan lagi banyak tapi lebih mahal sikit dari area shopping. kedai2 pun jenis rare. ada la Dunkin Donut tapi harga macam double je. biasa la makanan airport memang mahal. nasib baik kitorg dah sarapan dulu. kitorg x tunggu ayah pun. so salam2 terus gerak balik JB. sampai JB kol 5.

overall memang trip yg best sangat. cuma ada 2 benda yg aku rasa ralat.
1 : sbb Al x ikut. i miss my hubby. hehehe
2 : sbb x dapat mandi kat Pangkor. urghhh asik teringat2 ok. so tahun depan dah target nak pergi lagi tapi dgn Al la plak. hehehe





p/s : krismas nanti SIL Ain tunang pastu aku nak gi holiday lagi. bulan ni memang bz giler. but in a good way. i like disember. =))






2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Next time pergi Pangkor, kena try mandi pantai :D
tak pun, buat aktiviti macam cycling ke :)

funky_D a.k.a Mrs Al said...

tu la. memang dah target tahun depan nak pegi lagi tapi nak stay semalam kat Pangkor. lagi best. bangun tido terus mandi laut. bilaaaaa la nak dapat pegi tu. huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...