sebelum tu akak ajak singgah gi beli bakso kat jalan ke bandar. kitorg sampai rumah mak dekat kol 11. nasib baik kitorg gerak awal sbb masa on the way balik tu, kete dah banyak dah. yela cuti lama kan. mesti ramai yg balik kampung.
sampai2 terus makan bakso. boleh la. cuma aku x gemar sangat makan bakso suun. biasa aku makan bakso mihun. Abang n famili pun balik. diorg sampai dekat kol 1. Nia nampak Addin terus ajak main. Addin dah ok dah. x cam dulu. sikit2 nyorok belakang ummi die. ni dah jadi bestfren dgn Nia. pastu suka duduk bertiga, Addin, Nia dgn Ari kat tangga depan rumah mak sambil peluk2. comel je diorg ni. owh ayah pun balik. adik dgn Ai jela yg xde. Adik ada exam, Ai lak dah balik minggu sebelum tu kot.
rambo kecik. =)
malam tu, atuk ada buat kenduri sikit. atuk tempah nasi ayam. so kitorg xde keje sangat la nak buat. saya suka. saya suka.depan rumah mak ada pasar malam, so round la kejap sebelum kenduri stat. x sempat nak beli apa2 pun sbb hujan n selipar iolss putus la pulek. huhuhu
esok nye akak dgn Kak Kam(SIL) ajak g makan nasi beriani. aku x gemar sangat nasi beriani. aku lagi suka nasi minyak. tapi aku ok kan jela. gerak lepas zohor sbb mak, ayah n akak gi main badminton dulu. Ari dah bising nak makan. nasib baik ada roti buat penyelamat.
kitorg gerak satu kereta je, senang. makan kat Bariani Power dekat dengan hospital Batu Pahat. kalau nak pegi, ikut je jalan nak ke hospital, sebelum belok masuk pintu hospital, belok kanan pastu ikut je signboard die mesti jumpa punye. sampai2 terus order. dlm 10 minit camtu order sampai. kitorg order beriani ayam 3, beriani kambing 1, air bandung, air laici dgn air durian belanda. tgh2 makan, Nia tertumpahkan air bandung akak. x pasal2 sayur acar dah tukar kaler pink. hahahahaha
sumber google
lepas makan, diorg ajak gi Pantai Minyak Beku. boleh pulak masa tu la Ari nak tido. so diorg semua seronok jalan2 kat tepi pantai amik gambar, aku duduk je pangku Ari. haishhh... lepas tu, gi jeti lak. nasib baik masa tu Ari dah bangun. so boleh la join sekali. budak2 ni suka la tgk air laut, pastu banyak giler ketam kecik. rasa cam nak tangkap je. geram. nak bawak Ari gi jeti ni punye la susah. die ni gayat kot.
sebelum balik, singgah Aeonbig sbb nak beli selipar. masa tu la Ari nak buat perangai. sikit2 nangis. x bagi amik barang tu nangis, nak makan nangis. semua x kena. aku x tahan, aku terus keluar Aeonbig. boleh lak die senyap. nasib baik berjaya gak beli selipar dan baju Nia. hahahaha sempat lagi kan.
sampai rumah dah kol 6. semua kepenatan. Ari lak sampai je terus main. suka ko la nakkk...janji x kacau mama tido. malam tu xde aktiviti apa2 pun. masing2 dah penat sangat.
esoknya pagi2 kitorg dah balik JB dah. keluar saing dgn mak n abang sbb diorg nak gi pasar. konon xnk bagi Nia nangis la. xde makna nye. die sibuk nak naik satu kete dgn mak. aduhaii.....
sampai rumah terus masing2 pengsan. hahahahha
lain kali nak buat percutian famili pegi jalan2 cari makan la. tapi kat mana? dah la tgh kering. =(
p/s : rasa sangat refresh. cam rindu la kat mak. huhuhuhu
No comments:
Post a Comment