I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Showing posts with label mco. Show all posts
Showing posts with label mco. Show all posts

Tuesday, December 1, 2020

Mendaki memang seronok

 Ingat tak kali terakhir aku tulis yang aku mungkin lambat lagi nak sambung mendaki...


well guess what?

aku dah terpengaruh...addicted...sebab mendaki sangat2 best. memang la ko akan rasa penat giler babeng tapi perasaan puas dapat sampai ke puncak tu memang...x boleh di gambar kan dengan kata2.

tapi serius, Gunung Angsi adalah gunung yang paling mencabar aku penah daki setakat ini. untuk repeat memang takkan. sebab jalan nya terlampau mencabar. orang2 yg penah ke sana je paham. 

oh aku tak cakap ek aku daki Gunung Angsi?

yela kalau dah kawan aku pujuk. siap nak bayarkan untuk aku lagi, sape yg tak cair kan....





budak2 ni la yang keteghak sangat mengajak aku daki gunung. kalau ikut aku, memang nak daki bukit je. tapi ada baik nye jugak diorang push aku sampai ke tahap ini. next trip xtau bila. 😞








petanda yg kami dah jejak sampai ke atas

                                                            



it is worth it. for the experience. sebab bukan senang nak dapat mendaki di Negeri Sembilan. ikutkan selepas tu ada trip ke Gunung Datuk pulak. pun dekat Nogori tapi masa tu tiba2 je kes covid bertambah naik. kesudahnye sampai hari ni masih tunda. hmmmphhh....





Monday, October 19, 2020

Hobi baru


Hai korangss


Sejak dunia kita di landa virus covid-19, agak sukar jugak nak plan aktiviti riadah. banyak tempat tutup. sebelum ni kan aku dah mula aktif masuk larian 5km tapi bila dah pkp terus stop. 

so fikir punye fikir, kawan aku cadangkan buat aktiviti pegi joging jela. lama2 bosan plak asik trek yg sama je. so kita tukar cari bukit untuk ada panjat2 sikit. bagi kuatkan stamina.






 
pemandangan aku minggu lepas.

 

 

gunung tertinggi yg aku daki buat masa ni.

memang mencabar mental dan fizikal. badan x penat pun cuma kaki rasa sakit sikit je.

next trip mungkin bulan depan la kot. 

perlukan masa untuk pulihkan tenaga dan kaki. hehehehe

oh aku bukan pergi sorang. gila ke. kang apa2 jadi x ke naya.

aku pegi dengan grup larian yela sbb nak masuk larian pun dah xde kan. jadi mari la kita mendaki. oh minggu depan diorg pegi gunung angsi. tapi aku x join la, nak naik gunung yg satu ni pun macam dah nak tercabut kaki aku. lagi la nak naik gunung angsi plak kan.


ok dah xtau nak taip apa. hahaha

macam x biasa plak.

ok bye






Thursday, May 14, 2020

Normal yang baru

Salam semua

Aku rasa korang semua pun dah rasa bosan dan tepu duduk rumah kan. aku pun. sampai dah naik muak masuk dapur. nasib baik aku masak sedap cuma penat la hari2 kena masak. nak jugak rasa masakan orang lain. hehehe 😁

Anyway, aku n anak2 sihat. ada la beberapa perkara yang jadi masa mula2 pkp tu. kan masa sebelum tarikh isytihar pkp tu cuti sekolah. so aku kena la balik kampung amik anak2 aku. diorang memang dah ada kat sana masa stat cuti sekolah. perasaan masa drive tu memang rasa eerie la. macam zombie town pun ada. jalan raya sunyi. yg ada pun lori2 bawak barang je.

bila sampai rumah....ada orang dah keje kan rumah aku.

memang rasa sedih

paling sedih bila duit anak aku yang kena kebas...

tapi hidup kena di teruskan

takkan la nak hidup dalam ketakutan kan. lagipun anak aku ada so kena la cuba jadi kuat depan diorang walaupun dalam hati tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu.

alhamdulillah komuniti kejiranan kat kawasan rumah aku sangat baik. ada je yg bagi sumbangan. orang2 pejabat aku pun sama.

paling terharu bila ada yang text aku secara peribadi bertanya kabar.
terima kasih aku ucapkan. jasa korang kat aku buat aku rasa bersyukur sangat2.

tapi aku masih rasa yg aku sebenarnya lebih bernasib baik dari orang2 lain yg mungkin sekarang ni xde keje. jadi apa yg org sumbangkn kat aku tu, aku bagi balik pada yg lebih memerlukan. bukan aku nak riak cuma aku sedar diri.

dan korang pun patut rasa macam tu. kalau xde rezeki banyak, sedekah kat website2 yg menolong orang fakir miskin pun dah kira ok. hatta rm1 pun bernilai untuk diorang.

yang aku perasan, bila kita semua jatuh, masa tu la kita dapat nampak siapa kawan dan siapa lawan.

masa tu jugak la keluar berita yang x elok pasal sesetengah orang ni

aku xnak komen apa2

cuma terfikir la

macam yang aku penah cakap sebelum ni
konsep bersyukur

kadang ada orang dapat makan nasi sehari pun dah cukup

ada yang setakat makan2 apa2 pun ok asalkan makanan walaupun sebiji kurma

ada yg kalau x dapat makan ayam x kira makan nama nya

terserah pada korang la

nilaikan sendiri

pada aku, orang2 yg kat sekeliling aku ni betul2 orang yg aku rasa betul2 manusia

oh lagi satu

kadang2 kita xtau org yg macam mana kita patut percaya sampai la bila kita jatuh susah
sejak dulu aku x pernah pandang harta, bangsa atau keturunan
bagi aku semua sama je
yang penting sekarang ni nilai kemanusiaan
macam dah makin berkurangan sekarang