Salam semua
Aku rasa korang semua pun dah rasa bosan dan tepu duduk rumah kan. aku pun. sampai dah naik muak masuk dapur. nasib baik aku masak sedap cuma penat la hari2 kena masak. nak jugak rasa masakan orang lain. hehehe 😁
Anyway, aku n anak2 sihat. ada la beberapa perkara yang jadi masa mula2 pkp tu. kan masa sebelum tarikh isytihar pkp tu cuti sekolah. so aku kena la balik kampung amik anak2 aku. diorang memang dah ada kat sana masa stat cuti sekolah. perasaan masa drive tu memang rasa eerie la. macam zombie town pun ada. jalan raya sunyi. yg ada pun lori2 bawak barang je.
bila sampai rumah....ada orang dah keje kan rumah aku.
memang rasa sedih
paling sedih bila duit anak aku yang kena kebas...
tapi hidup kena di teruskan
takkan la nak hidup dalam ketakutan kan. lagipun anak aku ada so kena la cuba jadi kuat depan diorang walaupun dalam hati tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu.
alhamdulillah komuniti kejiranan kat kawasan rumah aku sangat baik. ada je yg bagi sumbangan. orang2 pejabat aku pun sama.
paling terharu bila ada yang text aku secara peribadi bertanya kabar.
terima kasih aku ucapkan. jasa korang kat aku buat aku rasa bersyukur sangat2.
tapi aku masih rasa yg aku sebenarnya lebih bernasib baik dari orang2 lain yg mungkin sekarang ni xde keje. jadi apa yg org sumbangkn kat aku tu, aku bagi balik pada yg lebih memerlukan. bukan aku nak riak cuma aku sedar diri.
dan korang pun patut rasa macam tu. kalau xde rezeki banyak, sedekah kat website2 yg menolong orang fakir miskin pun dah kira ok. hatta rm1 pun bernilai untuk diorang.
yang aku perasan, bila kita semua jatuh, masa tu la kita dapat nampak siapa kawan dan siapa lawan.
masa tu jugak la keluar berita yang x elok pasal sesetengah orang ni
aku xnak komen apa2
cuma terfikir la
macam yang aku penah cakap sebelum ni
konsep bersyukur
kadang ada orang dapat makan nasi sehari pun dah cukup
ada yang setakat makan2 apa2 pun ok asalkan makanan walaupun sebiji kurma
ada yg kalau x dapat makan ayam x kira makan nama nya
terserah pada korang la
nilaikan sendiri
pada aku, orang2 yg kat sekeliling aku ni betul2 orang yg aku rasa betul2 manusia
oh lagi satu
kadang2 kita xtau org yg macam mana kita patut percaya sampai la bila kita jatuh susah
sejak dulu aku x pernah pandang harta, bangsa atau keturunan
bagi aku semua sama je
yang penting sekarang ni nilai kemanusiaan
macam dah makin berkurangan sekarang
No comments:
Post a Comment