I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, February 1, 2017

Legasy Hj Mudakir

Baru je awal bulan ari tu dah gi jalan, ni nak gi jalan2 lagi. jalan x jalan sangat la. lebih kepada jumpa sedara mara je.

masa cuti tahun baru cina ari tu sepupu aku kahwin. ikutkan macam malas nak pegi sbb kitorg kena gi reunion famili besar kitorg kat Segamat. hari yg sama lak tu. so bincang2 last2 mak kata pegi je dua2.

pagi jumaat aku, akak, mak n ayah gerak gi Selangor. cam biasa la kitorg lepak rumah Ai. rumah Ai kan kat Shah Alam, dah alang2 gi sana kan jadi kita singgah la Laman Seni kejap.





photoshoot gaya apakah ini??










comel ke tu?





pastu gi I-City lak. cuba cari objek tersembunyi.



hahahahahaha









mamarazzi





malam tu kitorg gi rumah pakcik aku. kan ari sabtu majlis kawin sepupu aku. ikutkan pakcik aku suruh stay je rumah die sampai esok tapi kitorg nak gerak ke Segamat awal. so lepak rumah pakcik aku kejap jela.

pagi sabtu, kitorg gerak dari rumah Ai dalam kol 8. dah janji dengan abang aku nak jumpa kat Melaka je. skali jem giler sampai ke Melaka. huhuhuhu dekat sejam gak la kitorg stuck kat RnR Ayer Keroh. sambil2 tunggu abang aku sampai kitorg terus tukar baju. kitorg ada buat baju satu famili. tiap2 famili pun ada buat.untuk senang kita kenal famili lain.

bila masuk bandar Segamat pun jem giler. kitorg sampai kat rumah makcik aku ngam2 kol 2. masa ni diorg semua tengah lepak2 sambil makan. ikutkan pagi tu ada aktiviti mewarna dengan sukaneka. x dpat join aktiviti diorg. xpela yg penting dapat jumpa sedara mara. bukan senang nak berkumpul camni. lagi2 adik-beradik ayah aku ada 11 orang. ayah aku anak ke 9. 3 org makcik aku dah meninggal. tu pun ramai dah macam kenduri kawin dah. hahahaha











keluarga besar kami. nampak x kitorg kat mana?






tahun depan diorg nak buat lagi tapi macam xde siapa pun nak volunteer. kalau nak harap famili kitorg memang x la. susah kot nak organize. dgn nak cari dana n sponsor lagi. haduhhhh peningggg....






No comments: