minggu lepas abang n kakak ipar turun jb jadi kena la bawak diorg jalan2 kan.diorg sampai ari jumaat pun dah petang so xde la klua mana2 pun. bagi diorg rehat.
ari sabtu akak ajak kitorg gi berkelah kat Air Terjun Kota Tinggi. pagi2 lagi semua dah siap apa patut. mak n akak siapkan bekalan. aku n abg siapkan anak2. eh? hehehe owh yg pegi cuma family abg, aku, akak n mak. x lupa juga Ari n Nia.
gerak dari rumah kol 10. yela org ada anak memang lambat. hehehe sampai Kota Tinggi dalam kol 11 gitu. sekarang ni nak masuk kena bayar rm7.50 untuk org dewasa. kereta rm3. kitorg naik 2 kereta. abg n family satu kereta, aku, mak n akak satu kereta.
sampai2 je terus cari port bawah pokok. diorg semua gi mandi. aku je kena tinggal. tolong jagakan barang n Ari. Ari demam. so die macam cranky sikit. sian die.
kena jaga anak demam sementara yg lain gi bermandi manda. sob sob
nampak x background air terjun? nampak dari jauh pun jadi la.
kitorg kat situ x lama pun. ada la sejam. pastu lepak2 jap makan n terus packing nak balik. sebelum balik, gi pusing2 pekan Kota Tinggi dulu. mak nak cari kain nak buat baju raya. hahaha boleh? awal giler kot. xpela janji mak bahagia.
malam nye kitorg ke Bazar Karat lak. akak n BIL x ikut. Ai balik keje terus ikut kitorg. round2 jap. belikan Nia kasut. ari tu beli saiz nye terkecik lak padahal betul saiz tu tapi biasa la kasut ada yg saiz x betul. nasib baik rm10 je.
ahad lak kitorg ke Festival Layang-Layang Pasir Gudang.
amik gambar dekat2 pun still layang2 nampak jauh. yg penting layang-layang JDT ada. hehehe
x lepak lama pun sbb panas ya amat. lepas tu diorg gi rumah Mak Su. aku x ikut sbb ada plan lain. tapi malam tu aku tido rumah mak. sbb esok diorg dah nak balik Ampang dah.
dah nak balik baru la Addin ada mood nak main sama2. sbb masa mula2 sampai tu die macam kena keracunan makanan kot so macam moody sikit.
Addin n Nia main masak2 Ari pun sibuk nak menyelit sama. pastu Nia jadikan Ari meja letak makanan. bagus nye kakak kamu ni kan. haishhh
anyway, hari minggu memang best.
rasa cam nak jadi suri rumah je. tapi tu la cek x mampu lagi. huhuhu
No comments:
Post a Comment