hola!
ceh dah lama x menaip rasa lain pulak. ada ke yg rindukan patik hamba yg hina ni? ecewah.
anyway, aku senyap bukan sbb bz pun. sbb xtau nak cerita apa kot. balik2 cerita yg sama je. owh pasal yg aku kena hfmd tu, don't worry ok. aku dah sihat dah. masa cuti hari buruh boleh lak aku selamba badak je balik kampung. yela masa tu ingatkan gegata kan. nasib baik la anak2 aku n anak sedara aku xde apa2. kira nya antibodi diorg ni kuat la kan. heh
ngam2 2 minggu kot tangan n kaki aku dah stat terkopek kulit mati. jari tangan aku pun dah boleh genggam betul. kiranya yg aku kena tu hfmd yg mild la. x dapat aku bayangkan kalau budak2 yg kena siap mulut pecah2 semua. mesti sakit sangat. kebetulan masa aku kena tu, anak budak ofis aku masuk hospital sbb hfmd. dah la budak kecik. tapi sekarang die dah ok kot.
minggu lepas mak lepak rumah aku dekat seminggu gak. alkisahnya ari sabtu tu mak col suruh amik die kat kampung. mak demam panas. 2 hari gak la baru demam mak surut. pastu bila demam dah kebah terus xnak gi klinik. duhh... boleh lak ari ahad dapat cuti sbb JDT menang. pastu isnin cuti lagi sbb tetiba kereta aku rosak. tapi petang tu dah setel dah. so bila ari selasa naik keje cam biasa rasa cam malas jela. sbb cuti 4 hari kan. heheheh
aku n akak hantar mak balik hari jumaat. tup2 2 ari lepas mak cakap die demam lagi. so klau by end minggu ni x baik gak, maybe mak akan datang sini lagi. senang aku nak jaga mak. harap2 la demam mak x berterusan. Aminnn...
ari ni lak masuk keje terus rasa ting tong sbb malam tadi x cukup tido. si Ari la semalam muntah2 pastu demam. so malam tadi aku berjaga sbb jaga die la. ni xtau la dah ok lom. rasa cam nak balik awal la. hmmm... mungkin jap lagi nak jenguk die kat rumah pengasuh. kalau die demam lagi, aku balik awal la. kena bajet2 cuti ni. baru bulan 5 cuti aku dah tinggal separuh. huhuhuhu
No comments:
Post a Comment