Assalamualaikum....
Berat sebenarnya tajuk blog kali ni. Tapi di sebabkan aku rasa ramai yg macam tercari2 kot2 ada org yg ada pengalaman atau ada info pasal covid kan...jadi...
So far aku ada juga baca dan tengok video org share pasal pengalaman diorg bila berdepan dgn sakit covid. Apa yg utama bg aku ialah sentiasa fikir positif.
Ok biar aku cerita dari mula la ye.
Dekat post aku sebelum ni aku ada bgtau aku pegi cabut gigi kan? 2 ari selepas tu aku kena covid.
Kronologi :
31 ogos - aku pitam kat dapur
1 sep - badan mula rasa x sihat. Kepala pening. Aku buat swab test guna self-kit. Result positif tapi garisan agak kabur. Malam tu aku demam panas. Booking utk pcr test esok pagi
2 sep - buat pcr test. Masa ni dah demam panas, selesema, badan seram sejuk, kepala pening
3 sep - demam panas 38.5°c. selesema teruk. Hidung dah x bau apa2. Badan sakit2 macam kena cucuk. Xde selera makan dan minum. Malam x boleh tido. Aku pakai oximeter. Oksigen aku drop ke 92% . Masa ni aku dah takut giler. Tapi cuba positif. Oksigen aku naik 96%.
4 sep - simptom aku masih sama. Rasa x larat langsung nak bangun dari katil. Aku book appointment kat CAC (COVID-19 assesment centre) untuk pakai gelang kuarantin.
5 sep - demam dah kurang. Masih selesema dan batuk tapi tak teruk. Tunggu 3 jam utk jumpa doc dan pakai gelang. Aku di refer ke hospital sbb pesakit berisiko.
Malam tu ambulans datang ambik kat rumah. Perasaan aku? Bercampur baur. Risau dgn diri sendiri, risaukan suami aku jugak. Sebab kami berdua je dekat rumah masa tu dan dia ada demam tinggi dah lebih 5 ari.
Dekat hospital aku masuk wad covid, kat sini memang semua pesakit ada faktor risiko, ada sakit darah tinggi, diabetes, mengandung, ibu baru lepas bersalin. Ada juga yg perlukan bantuan pernafasan tapi ini kira wad tidak kritikal. Cuma perlu pemantauan je.
6 sep - aku mulakan rutin baru dalam wad. Doc cek semua ok cuma aku berjalan terbongkok2 dan cepat penat.
Petang tu aku pitam depan toilet. Dan aku pun kena iv drip. Bila doc cek, darah merah aku kurang. Jadi doc tambah lagi ubat aku.
Kalau ikutkan aku covid stage 2. Ye memang x serius tapi sebabkan faktor risiko aku kena la terima.
Hari2 doc cucuk ubat cair darah. COVID-19 ni jahatnya dia akan bekukan darah dlm badan. Itu je penyebab kenapa aku jln terbongkok2.
7 sep -Doc masukkan 2 botol air dlm badan sbb aku dehydrated sgt. Setel je terus boleh cabut drip. Syukur..mudah aku nak ke bilik air dan solat lepas tu. semua pesakit kat situ di wajibkan jaga penjarakan dan pakai mask. tapi kadang2 rasa lemas jugak. jadi kami jaga selagi boleh la. masing2 buat aktivi dekat katil masing2 je. makan situ, solat pun situ jugak.
8 sep - Aku dah rasa makin sihat. jalan pun dah tak bongkok. Doc bagitau esok aku dah boleh balik. Cuma perlu sambung makan ubat di rumah dan pantau kesihatan sendiri. Tapi malam tu juga suami aku dijemput ambulans ke pusat kuarantin.
9 sep - aku klua hospital, adik ipar aku hantar balik rumah dibekalkan dengan ubat tambah darah dan antibiotik. adik ipar aku dan penah kena COVID tapi x teruk.
aku sampai rumah dgn keadaan lesu, sedih dan macam2 lagi la perasaan. dan aku depressed...
tempoh kuarantin aku adalah 15 hari. tapi hospital kira 10 hari sebab kebetulan masa aku checkin tu syarat kuarantin masih belum berubah. cuma aku perlu sambung kuarantin kat rumah jela. pesakit2 yg masuk selepas aku wajib habiskan kuarantin diorang dekat hospital. itu pun kalau kesihatan diorang makin baik. ada pesakit dah sebulan pun masih x dapat balik sbb kuman Covid dalam badan masih aktif.
13 sep - suami aku baru dapat klua pusat kuarantin. alhamdulillah...
Amaran!! trigger warning!! (tolong jangan sambung baca jika anda mudah triggered)
(Ini adalah pengalaman aku. tak semua orang alami perkara yg sama, simptom yg sama. tambah lagi aku ada depression. jadi mohon paham ye.)
seminggu selepas tu aku di suruh masuk ofis. badan aku masih tak sihat sepenuhnya. rasa cepat penat tapi dipaksa bekerja.
ye aku bersyukur masih ada pekerjaan tapi majikan perlu paham keadaan bekas pesakit COVID macam mana. walaupun dah habis kuarantin tak semestinya badan dah kembali pulih. sepatutnya aku bekerja saja dari rumah, tapi salah aku jugak sbb tak terus pegi hospital. patut blh tambah mc.
2 minggu lepas tu baru aku pergi hospital. masa ni mental aku koyak teruk. aku dah x larat sangat. Doc sarankan aku checkin balik. sbb aku ada simptom post-covid. dan depression aku dah tahap serius. aku tolak. aku cuba kuat.
ambil masa sebulan jugak untuk aku sihat macam biasa. aku dah vaksin 1 dos masa kena covid. blm sempat 2nd dos pun. kebanyakan yg aku jumpa masa kat hospital, yg teruk kebanyakannya x sempat vaksin. nasib masing2...yg kita boleh buat, ikhtiar dan usaha je.
alhamdulillah sekarang aku dah fully vaccinated, makin sihat dan bekerja macam biasa.
Moga kita semua di lindungi dari virus Covid-19. Aminnn...
No comments:
Post a Comment