I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, November 8, 2015

Perginya Apin

sori lama x update. aku xtau nak tulis apa. sbb life bz lately ni. banyak benda nak kena kejar. sampai aku rasa macam dah habis nafas dah.

minggu lepas gak sangat bz. lebih bz melayan Apin yg masa tu tgh sakit. aku nak taip ni pun aku rasa sedih sangat2. datangnya die secara tiba2. pergi pun secara tiba2 gak.

pada yg kenal aku, mesti tau yg aku ni x suka bela binatang. masa kecik2 dulu biasa mak aku bela ikan dalam akuarium je. sbb x berbulu. tapi berbulu gak la aku n adik beradik aku tiap minggu kena tukar air die. penat okeh.

so nak di jadikan cerita, ada seekor kucing ni datang rumah aku. rumah aku dekat dgn tempat pembuangan sampah. jadi kalau takat kucing tu memang dah banyak org buang kat situ. tapi kucing ni lain. mula2 aku malas nak layan die. sbb aku kalau takat belai2 kucing ok je tapi kalau nak manja2 bagi makan apa semua. aku x suka. malas nak layan sebenarnya.

bila kucing ni datang, masa tu die tgh sakit. mata die bengkak sampai kelopak mata tu terbonjol sikit. aku tgk kan je. tapi aku x layan die lagi. yg layan jiran sebelah rumah aku. sbb kebetulan die ada kucing. so die bagi la makanan kucing die sikit. tapi kucing ni xnak makan. mungkin sbb die kecik lagi. x pandai makan dry food kot.

esoknya die lalu depan rumah aku. Nia belai2 die. tiba2 aku rasa kesian. tambah lak bila tanya jiran aku die kata kucing ni xde mak. xtau di buang atau budak2 buat main. tapi rasa aku budak2 xkan buat main. so memang org buang la. org yg buang ni aku xtau la xde perasaan ke apa. kucing tu kecik lagi kot. dah la kurus kering. badan die besar 2 tapak tangan aku je.












ari tu, balik keje aku terus belikan die wet food kat kedai. laju die makan. dan masa tu gak la Nia panggil die Apin. pengaruh kuat cerita Upin Ipin la ni. tapi Apin aku x bela. aku biar die kat luar. aku panggil die untuk suruh makan je. sambil2 tu aku rawat mata die. tapi mata die elok sikit je. bila tanya Adik(die pelajar veterinar), die kata Apin demam. jadi kena bawak gi vet gak baru baik.

balik dari vet, Apin makin pulih. benjolan kat mata die pun makin mengecil. masa ni aku dah mula sayang die. tiap2 hari sebelum maghrib aku panggil Apin masuk rumah. sbb aku takut die demam. siang aku biar die kat luar. dan Apin lak walau kat mana pun die main, bila aku jerit nama die, die tetap akan datang.

Apin memang manja dengan aku. aku layan die macam baby aku. aku rasa yg Tuhan pinjamkan die kat aku biar aku boleh lepas rindu nak ada baby lagi. mana la aku tau yg jodoh kitorg x panjang.

2 minggu lepas Apin baik demam, aku balik kampung. aku tinggalkan Apin dgn adik ipar aku. aku tinggalkan die x lama pun. balik dari rumah adik ipar aku, Apin macam x sihat. adik ipar aku kata die ada muntah mungkin die demam kot. kebetulan kucing adik ipar aku demam. mungkin die berjangkit dgn Apin. tapi aku ingatkan biasa je. sbb bila balik rumah, Apin main cam biasa. cuma x lincah macam dulu. makan pun sikit je. tapi tiap2 hari main kat luar.

aku mula rasa Apin dah lain bila die mula asik tercirit je. selalu tu die akan cirit kat tempat pasir die. ni asik x sempat je. Al ajak aku beli sangkar untuk Apin. so balik dari beli sangkar, kami kurung Apin. aku xnak bagi die keluar lagi. biar senang aku jaga die. biasa kita kalau cirit, 2 hari akan baik kan. so aku pikir positif je.

2 hari tapi cirit Apin x baik2. aku nak bawak die gi vet tapi aku x mampu. kalau vet kerajaan lak buka hari biasa je. memang x sempat nak pegi. mungkin Apin x sesuai makan ikan rebus kot. so esok nya aku belikan die wet food yg die suka sangat tu. balik rumah, aku terus bagi die makan. laju Apin makan. macam dah lama x makan makanan sedap. aku dah mula rasa senang hati. aku ingatkan Apin akan baik.

tapi malam tu Apin mula muntah. n mula xnak makan n minum. aku terpaksa suap die minum air pakai shringe. malam tu gak aku bawak die gi vet. mahal ke apa lantak la. tapi vet dah tutup lak. aku pasrah. malam tu tiap jam aku suapkan die air.

semalam ada kenduri kawin budak skola aku. aku memang dah rancang nak pegi kenduri die. so nak xnak terpaksa tinggalkan Apin sorang2 kat rumah. pagi tu aku amik die, aku belai die. aku suapkan die air campur kurma. die lentok kan kepala die kat kaki aku. aku panggil nama die.


"Apin, ko tahan ye. aku nak keluar ni. ko tahan tau. ko kan kuat. aku balik je dari kenduri aku bawak ko gi vet ok."


masa ni die memang dah x larat sangat. walaupun berat, aku gi gak kenduri kawin kawan aku. aku xnak lama2 kat sana. aku nak cepat balik sbb nak bawak Apin gi vet. balik tu, aku terus terpa masuk rumah. tgk sangkar, Apin xde. rupa2 nya Al bawak die keluar sbb nak bagi die minum. masa ni Apin macam kena sawan. Al suruh aku cepat2 bawak gi vet.

bila jumpa doktor, die cakap Apin dah xde harapan. tapi die bagi gak aku ubat. die kata usaha la selagi boleh. balik rumah, aku terus bagi ubat kat Apin. tapi dah x sempat. Apin dah xde!!!!! aku menangis teruk. aku x mampu nak bangun. Nia datang tanya nape dgn Apin mama? aku kata Apin dah mati sayang. Nia terduduk sebelah aku. die pun nangis.

masa tu gak hujan turun dgn lebatnya. kami terpaksa tunggu hujan reda baru kami boleh tanam Apin. lepas tanam Apin, aku masih terbau2 lagi bau die. aku suruh Al jual sangkar Apin. aku xleh tgk. tapi Al suruh simpan je. mana tau nak beli kucing lagi nanti senang. aku xnak..... x sama.

walaupun x sampai sebulan kitorg jaga Apin, tapi die dah macam famili kitorg dah. xde kucing lain leh ganti die. kadang2 masih terbayang2 lagi macam mana manjanya Apin dgn aku. aku ingatkan aku n Nia je yg sayang Apin. rupa2 nya Al pun sama. cuma die x sesedih aku la. baru aku paham perasaan org yg mati kucing. macam ni rupa2 nya perasaan die. rasa macam anak mati. aku taip ni pun aku nangis lagi.

aku harap selama aku jaga Apin, aku x aniaya die ke apa. macam mana die happy kan hidup aku, aku harap die pun happy gak. walaupun sekejap tapi aku dah mula rindu. aku rindu nak panggil die balik rumah suruh makan. Apinnnnnn.....





p/s : sayang nya aku xde gambar Apin masa die sihat. =(


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...