I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, October 18, 2010

Bubur Nasi Sentosa

minggu lepas adalah minggu yg sgt hectic bagi aku. aktiviti mengemas rumah dan menyambung projek yg aku cerita dlm post ni.

hari Sabtu aku gi shopping dan beli barang dapur.

lepas je beli barang apa yg patut, nak gi makan ler. aku ni dah la sakit gigi, ada ulser lak tu. so makanan yg aku leh makan hanya lah bubur. jadi, mari kita makan bubur nasi Sentosa yahuuuuuu!!!

nape aku excited terlebih? sbb dah berzaman kot kawan aku asik dok cerita pasal bubur nasi yg sedap ni tapi x penah nak bawak aku gi makan. alasan die jauh dari rumah aku. tapi malam tu aku sampai gak. =)




Pemandangan belakang kerusi tempat aku duduk. cam pasar malam kan?






ni pemandangan biasa kat kawasan tempat makan ni. di tambah lak ari tu malam minggu mmg la ramai org. bosan menunggu makanan sampai so aku amik pic ni. ramai giler org sampai nak duduk pun kena tunggu giliran ok. owh aku dah tentu la dapat tempat duduk special punye. 





ha korg nampak x tulisan tu? kalau x nampak.......mmg dah x lama la tu....ok2. just kidding. hehehe eh lupa lak. tempat duduk aku kat sebelah 7e! aku ni dah macam security guard 7e lak. tapi xpe. sbb makanan yg bakal tiba akan menghilangkan semua resah gelisah.eceeeehhh hahahaha






Ini la bubur nasi yg famous tu! aku makan kat Sentosa ok. x main la makan kat cawangan. cawangan die ada gak kat belakang mydin n tempat2 lain tapi mana sama dgn makan kat tempat original kan. walaupun makan sebelah 7e dan tepi longkang, tapi makanan tetap heaven weyh. 

ni portion untuk 2 org makan. Aku mintak asing lauk.

kitorg order bubur nasi 2 + air longan suam = rm11.50. ok kan harga nye. so semangkuk bubur nasi tu maybe rm5 la. owh dah alang2 duduk sebelah 7e, aku minum air slurpee. x padan sakit gigi. hehehehe

masa kitorg gi tu dlm kol 8 lebih. tu pun dah pack giler. kalau gi lambat mungkin kena beratur kat tepi. hehehe owh kat situ pun ada jual makanan2 lain cam ikan bakar, kerang bakar, lagi apa ek? entah. aku x sempat survey pun sbb malas nak bangun takut tempat duduk org lain amik. kata nak tempat best sebelah 7e kan.

owh lagi satu. ada sorg pakcik ni jual lala n kupang bakar kot die pakai speaker yg tuk bagi announcement tu. jadi bila ada org dtg nak makan bubur je, die cuma jerit dlm speaker tu "sini nak 2". terus makcik yg jual bubur tu paham ok. cam tempat tu mmg slalu org makan bubur je. diorg semua ni sakit gigi jugak ke apa?

jalan ke tempat makan ni aku x ingat sbb badan dah penat mengemas rumah ditambah dgn aku yg rabun malam mmg malas la nak tgk jalan. tau2 dah sampai.

tapi rasanye area2 hot spot sentosa kot. ok x membantu.
pandai2 korg la cari. hehehe





No comments: