I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, February 28, 2011

Mengidam Asam Laksa punye pasal

semalam kan aku ada bagitau yg tetiba je lepas baca blog peej, terasa lak nak makan asam laksa. dah la si noy tu gila asam laksa kan. eh tetiba cerita pasal peej lak.

anyway, semalam dah la aku lapar yg tahap nak makan stereng kereta dah. perut lak menggila nak makan asam laksa gak xnak makan benda lain. melilau aku cari asam laksa. bawak la kereta slow2 kat pekan dgn harapan dapat jumpa restoran yg jual asam laksa.

tapi dah petang2 ni mana la ada jual kan. ada pun kedai seafood je memanjang. jadi plan terakhir adalah mencari di Jusco Taman U. boleh?

mesti la boleh. dan jumpa ok. masuk je kat medan selera jusco tu terus mata aku ternampak tulisan laksa penang. aku memang dah x tunggu apa dah. order, bayar dan terus cari seating. nasib baik ada. dan apa lagi. ngap la kan.



ni die asam laksa itu. sangat menyelerakan lagi2 bila dah tahap kebulur cam aku.


oh kotak pizza tu memang ada kat situ. ala semak2 pun yg penting dapat duduk kan. dan aku x beli air pun. sebab tujuan datang Jusco pun semata2 sebab nak makan asam laksa je. dah habis makan tu ingat nak pekena sushi lak. gi la round2 tempat sushi tapi org ramai macam kehapa tah. belum lagi yg beratur kat kaunter. dah la aku kalau beli sushi 2 ketul je. nak beratur lama2 semata2 nak beli tu je. lupakan jela....so kensel ingat nak balik rumah terus jela.

masa nak gi autopay nak bayar parking, boleh lak aku ternampak ada sebuah gerai yg jenis tepi2 kedai jual asam laksa gak. harga rm3.50 je. aku beli kat medan selera tadi rm4.75 campur tax 5%!!!!!!

baik, ini la akibat kalau dah lapar sangat. xpela. kalau beli pun belum tentu sedap kan. aku halalkan jela lebih rm1.25 tu. *ayat sedapkan hati.





p/s : eh tapi laksa tu memang sedap la. lain kali nak try makan laksa siam la. kat situ pun ada jual gak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...