I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, March 9, 2011

Aritu Lipas....Sekarang Lipan Pulak

kan aritu aku makan terjumpa lipas dalam laksa kan. semalam aku jumpa lipan lak. tapi bukan dalam laksa la. ok2 cerita dari awal ok.

semalam aku n budak ofismate aku lunch sesama. then aku ajak die balik rumah. x ingat kenapa. nak amik something or nak solat kot. masa tu aku lalu depan toilet rumah tetiba die cakap "jalan cam pengantin....jalan cam pengantin". aku dah cam pehal lak minah ni. sewel ke apa.

sekali tengok......depan mata aku ada lipan bara. die suruh jalan pelan2 cam pengantin sebab nak elak lipan tu la. tapi apasal nak cakap jalan cam pengantin lak? cakap la jalan cam model ke lagi vogue kan. hahahaha apa la aku ni. oh lipan tu besar jari aku n panjang cam tapak tangan aku. besar x besar la kan.



lebih kurang camni la cuma kecik sikit je.


aku punye takut tu xyah cerita la. dah la aku ni penah kena sengat dengan lipan bara. 2 kali lak tu. sakit giler ok. yg ofismate aku ni, aku panggil die Ani la yek senang sikit nak cerita, pun penah kena sengat jugak. so masing2 cam trauma la. aku n die memang dah xtau nak buat apa. Ani suruh aku amik tukul besi. pukul je lipan tu sampai hancur tapi rumah aku mana ada tukul besi.

masa kitorg gabra tu, lipan tu x lari lak. die cam gerak2 sikit je. last2 xtau nak buat apa, Ani amik botol air mineral yg 5kg (kat rumah aku memang ada) pastu hempap lipan tu. die dah buat camtu pun aku takut lagi, so aku suruh Ani potong sengat die pakai pisau.

dah lama sikit, Ani angkat la botol tu nak tengok lipan tu gerak lagi ke x. aku memang 10 kaki dari die la. hehehehe.... lipan tu hidup lagi! aku suruh Ani potong dua lipan tu. Ani pun try la pakai pisau tadi tapi cam xleh. badan lipan tu macam kenyal2. memang x lut langsung. perghhh apasal la ko susah sangat nak mati ni!!!!

aku xtau nak buat apa, aku biar je botol air tu hempap lipan tu. sampai hari ni ok. Al konon nye semalam janji nak buang lipan tu. dah la die balik kol 11 malam. aku punye la tunggu. sampai nak masuk bilik air pun aku rasa lipan tu macam pandang aku. macam berdendam gitu. yela kan lipan tu depan bilik air. ofcos la aku nak mandi kena lalu sebelah lipan tu kan. ok memang aku suka imaginasi lebih tapi takut la weyhhh....mana tau sedara mara die nampak aku buat camtu kat die pastu dendam kat aku kan. ah serammmmmssss.......








p/s : xtau nak buat apa lagi dah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...