I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, February 27, 2013

Selesai semua yg perlu setel

aku sebenarnya xde benda nak cerita. yela weekend pun biasa2 je. konon nak gi festival layang2 kat pasir gudang tapi mengenangkan org ramai gilos so kita abaikan jela idea tu ye.

hari tu kan aku cakap nak cari susu Nia banyak tempat dah habis. jadi masa ari sabtu aku ajak akak aku teman gi Mydin Nusajaya. n jumpa! aku beli 2 kotak besar terus. hahaha senang keje. lagipun Nia memang minum susu sebulan 3kg. okla kan. nak beli untuk setahun cek x mampu. lagipun nak simpan kat mana. so cukup la untuk sampai akhir bulan depan. eh cam banyak je?

lagi apa ek? hahaha nampak sangat xtau nak cerita apa. habis tu aku dok tunggu org lain update pun x update jugak. jadi mari la update secara merapu sementara nak hilangkan rasa ngantuk ni.

owh nak cakap yg aku dah berjaya beli bantal untuk ibu mengandung. yeay! beli kat kedai Fabulous Mom kat Taman Sutera. sebenarnya kat online pun ada tapi aku x dapat nak imagine bentuk n rupa die camne so beli kat kedai terus lagi senang. bantal tu memang comfy la. sbb bentuk die cam bulan sabit tu. so die memang akan cover area perut ko la.



ni la bantal itu!




semalam barang2 rumah sampai. lama gak la org tu punggah barang2 masuk rumah. ye, dah duduk rumah tu 2 tahun baru dapat beli barang2 rumah. nak buek cemano. cek x kaya noks. owh yg membuatkan lama sangat tu sbb tangga rumah aku jenis sempit n panjang ke bawah. so nak angkat barang naik atas memang susah. dgn ada alang rumah kat tengah2 tu lagi la kan.

macam azab jugak la aku menengok diorg angkat. baru tgk dah penat lagikan tolong. eh aku tolong gak. tolong buat air dan halau kucing. hehehe tah kucing dari mana datang tah asik la nak masuk rumah aku. pantang buka pintu. dah la diorg angkat barang keluar masuk rumah. aku lak duduk depan pintu tukang halau kucing. dah macam apa dah. security pun x macam aku tau. hahahah




ni lak aktiviti ari isnin.






Nia buang tebiat duduk dalam bakul. puas la aku suruh die keluar tapi die dgn senang lenang je duduk dalam tu. last2 kaki die cram ke apa tah tetiba nangis2 pastu baru la nak keluar. kalau x die tido pun dalam tu kot. hahaha

cakap pasal Nia kan, aku lak yg berdebar2 nak hantar die kat pengasuh baru ari jumaat ni. dah la sepanjang minggu ni aku asik masuk keje lambat je. mungkin hormon kot. rasa penat sangat. padahal dah bangun awal tapi boleh x aku tertido balik kat sofa. sbb tu la lambat. hmmm....





p/s : terasa nak gi holiday lagi la. hehehe




No comments: