I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, May 14, 2015

Main inai

semalam lepas makan malam, macam biasa la Ari kalau makan memang bersepah giler. 10 org makan tu x sepah macam tu. nasi ada kat mana2. pastu lantai macam melekit.

ikutkan macam nak lap je tapi pikir dah lama x mop rumah. mop satu rumah jela. eh tapi sebelum mop, kena la sapu dulu kan. masa tu dah kol 10 malam ok. aku ni bukan boleh. kalau dah pikir nak buat, memang kena buat terus. kalau tahan2 memang sampai ke sudah la aku x buat.

Ari aku letak dalam baby cot. Nia nak tolong tapi aku suruh die duduk tepi. nanti lambat lak keje siap kan. x lama pastu Ayie tdo dah. so dah siap kemas dan mop, terasa nak kemas laci la pulak. tgh kemas, terjumpa inai dlm tube. Nia nampak je inai, terus die mintak nak pakai. sama je cam mama die masa kecik2 suka pakai inai.

tapi dulu2 xde inai dlm tube. kena tumbuk sendiri tau. pulak tu atuk aku memang ada pokok inai, habis pokok tu kitorg keje kan. atuk siap bagi kitorg lesung batu kecik khas untuk buat inai. pastu nanti sibuk la letak nasi la, arang la konon nak bagi inai pekat n warna cantik. sekarang pokok inai dah xde. owh rindu nye zaman kecik2.....

anyway, inai yg aku jumpa tu aku pun dah x ingat zaman bila. so memang lubang nak keluar inai tu dah tersumbat dah. aku amik pin cucuk kat lubang die, pastu terus picit dan........zassss...... menderu inai keluar sampai ke dinding okeh. rambut aku pun terkena sekali. hahahahah

pastu terus pakaikn Nia. die nak pakai 2 tangan tapi aku x bagi. pakai satu tangan pun dah macam hapa tah rupanye. masa tu dah kol 12.30. aku suruh Nia tdo tapi die xnk sbb inai x kering lagi. ala cian nye anak mama ni. so aku basuhkan n suruh Nia tdo.







buat hujung2 je. ala comel gak kan.
Nia punye aku x sempat nak amik gambar. die siap mintak aku lukis bulan dgn love kat tangan die. tapi bulan mana masuk dgn love kan?
anyway, inai ni tahan lama betul. ni balik keje ni mesti Nia mintak pakaikan inai kat tangan yg sebelah lagi. jangan sampai ke kaki sudah la.






malam tadi macam xleh tdo.
nape tah.patutnye lepas kemas rumah mesti penat kan? tapi ni x pulak. hmmm....
so ingat petang ni nak exercise la. dah lama x exercise.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...