I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, November 15, 2017

Allergi teruk

terasa nak menaip lak ari ni. slalu tu asik pandang je blog xtau nak taip apa. hehehe

minggu ni ofis aku bz sikit. ceh ari2 pun bz. tapi minggu ni lain sikit sebab tiba2 je kena alergik yang agak teruk. sebenarnya dah dekat 2 minggu juga aku kena ulser mulut. ingatkan ok la. sbb biasa kena pun kejap je baik. ini x ye. makin menjadi2 lagi ada la.

mula2 tu aku termakan pisang sikit. ye aku tau aku memang ada alergik dengan pisang. apa? pelik? biasa kita dengar org alergik seafood. ni alergik pisang lak. x pelik ye. baca link ni :https://www.webmd.com/allergies/latex-allergies#1

nape aku letak link latex allergy? sila baca entry ni sampai habis ye. nanti aku terangkan.

walaupun dari kecik aku suka makan pisang dan tiap2 kali makan pun akan naik ulser dalam mulut. masa tu aku xtau lagi aku alergik. dan aku ingatkan ulser mulut tu biasa. tapi ada gak rasa pelik nape aku je yg kena. org dulu2 panggil ulser mulut ni mata ikan. biasa kena bila tergigit bibir je.






bila dah besar ni baru la terpikir nak buat food avoidance test (*uji makanan yg boleh atau x boleh kita makan. mula dengan asingkan makanan yg mungkin akan trigger alergi atau lain2 simptom.) sebab nya sejak aku operate buang apendiks, perut aku makin sensitif. kiranya banyak kali jugak la aku kena cirit-birit, muntah2, perut kembung dan kadang2 sakit sangat sampai nak bergerak pun x boleh.

jadi aku rasa memang perlu buat test ni. ala bukan susah pun nak buat. korang just ikut guidance yg ada kat internet dan ikut je. ikut website yg boleh di percayai ye. jangan main hentam je.

so dalam banyak2 makanan yg aku dah asingkan ialah pisang, daging merah, dan buah-buahan sitrus. result memang terang lagi nyata aku memang alergik pisang. daging merah xde masalah sangat. cuma x boleh makan banyak. buah sitrus pun sama. x boleh makan banyak.

minggu lepas adik aku tunang. entry pasal tu lain kali aku update ye. bila la tu. hehehehe









so masa tu kitorg tempah tat buah dan tat keju. selama ni aku makan ok je. entah kenapa ari tu aku makan terus mulut aku rasa semacam. pastu mula la rasa sakit pedih2. esok nya terus naik ulser. masa tu aku memang dah ada ulser dah sbb termakan pisang seminggu sebelum tu(bukan sengaja ok). kali ni naik terus 2 ulser. betul2 kat hujung bibir kiri n kanan.

aku dah terfikir2 nape boleh naik ulser ek. bukan ada pisang pun. pastu baru teringat ada buah kiwi dan nenas. bila aku cari2 alergik nenas n kiwi, aku ternampak yg dua2 buah ni ada connection dengan pisang. so long story short, aku bukan alergik pisang sahaja tapi semua yg ada dalam kategori latex food alergy. haishhhhh.....

agak sengsara jugak la bila ko ada 4 ulser dalam mulut. dengan asik drooling je. pastu nak telan susah. 2 kali aku gi klinik x ok gak. sbb nye aku alergik dengan ubat yg doktor tu bagi. adehhh...last resort aku beli bonjela kat farmasi je. baru la ok sikit. on a positive note, sekurang2 nya ofismate aku nampak la yg aku bukan sengaja xnak makan pisang tapi aku memang alergik. dah kalau muka n bibir bengkak sampai nak cakap pun x boleh. xkan la diorg x percaya lagi kan. diorg pun nape la asik bawak pisang je. bawak la rambutan ke durian ke. baru la aku boleh melantak satu bakul. hehehehe

ikutkan aku xnak cerita sangat pasal alergik ni. sbb org melayu biasa nya akan anggap benda ni biasa. macam eczema pun dah berapa tahun kebelakangan ni baru org nampak yg penyakit ni agak serius. alergi pun perkara yg serius. senang cakap, apa2 yg melibatkan kesihatan memang kita x boleh pandang mudah. jadi tolong la jangan tanya lagi kenapa aku x boleh makan pisang. bukan aku yg pilih apa yg aku boleh makan dan x boleh makan.

ari ni muka aku dah kurang bengkak dah. aku dah boleh cakap n senyum. macam kelakar pulak kena belajar senyum balik. tapi ulser nya belum baik betul lagi. hopefully hujung minggu ni dah ok la. x sabar nak pegi mandi manda. eh apa kaitan daa....hihihi








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...