I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, December 7, 2017

Hari yg pelik 2.0

semalam memang agak pelik sikit. eh hai. lupa lak nak bagi mukadimah.

anyway, kalau korang ingat la apa yg jadi kat aku 7 tahun lepas.
ok biar aku recap.
masa tu aku sakit perut -- pegi klinik -- masuk air -- naik ambulan -- pegi hospital --- check out

so semalam pun lebih kurang sama la.


----------------------------------------------------------------------------------------------

AMARAN!!
apa yg aku tulis ni hanyalah untuk rujukan aku di masa akan datang. sbb pasal kesihatan diri ni kita xleh jangka. hopefully xkan berulang di masa akan datang. but just in case, kena la jot down takut lupa.

----------------------------------------------------------------------------------------------


ok dah habis bagi warning masa untuk bercerita lak.

aku rasa better aku recap awal sikit.

dah berapa hari la aku cam x sedap badan. biasa la PMS. tapi masa tu aku rasa ok lagi la. boleh di kawal. then ari selasa malam tu Adik ajak gi Paradigm Mall (PM). masa tu aku dah 1st day period. so dah stat rasa mual, sakit badan, penat toksah cakap la. dah la PM tu besar. nak cari kedai makan pun xtau nak mula dari tingkat berapa. pastu sakit n penat tu membawak ke esok nya.

so semalam aku memang plan xnk gi keje. sbb rasa x larat. tapi aku rasa boleh tahan lagi. so masuk jela ofis macam biasa. ingatkan ok la kan. cuba buat keje tapi x boleh fokus. pastu rasa cam nak pitam. nak kata ada cramping, rasa cam xde. cuma tu la pening je. eh boleh pulak bos aku nak belanja piza lak. so aku plan nak gi klinik amik mc tapi masuk ofis balik makan piza baru balik rumah.

nama pun kita merancang tuhan yg menentukan. aku pegi klinik kol 10.30. aku dapat no giliran 84. masa tu no giliran baru 32. aku ingatkan kejap je. eh lama giler kena tunggu. rupa2 nya masa tu ada buat sunat beramai2. adehhh melanguk la dekat 2 jam aku kat situ. dah la aku makan sikit je pagi tu.

bila sampai giliran aku jumpa doktor, masa tu dah kol 12.30. tangan dah stat gigil. doktor cakap pun aku cam x dengar. doktor suruh baring sbb die nak cek perut. bila aku nak bangun balik je terus rasa berpusing. rasa cam nak pitam. aku cakap kat doktor tu nak baring jap. die suruh baring kat observation room. aku pun ok jela.

sampai kat bilik tu, nurse suruh baring pastu die amik darah lak. eh nape ni kan. pastu masuk air lak. rupa2 nya doktor suruh aku habis kan satu pain air. hadehhh









bosan tunggu. mesti dak ofis aku pelik nape aku x masuk ofis kan. so aku wasap diorg gambar tu. terus masing2 wasap x berenti. (- - ")

bila doktor cek, rupa2 nya tekanan darah aku rendah sikit. yela 1st day period kan. so mungkin banyak hilang darah. plus aku x sarapan kan pagi tu. so bila habis je air tu terus boleh balik. dapat la mc untuk ari tu. dah la lapa giler. aku masuk ofis jap amik piza. hahahah sempat lagi.

pastu rasa cam lapa sangat. yela makan piza mana kenyang. pegi tapau makanan sambil hantar kereta gi car wash. dah setel baru balik rumah. eh sampai rumah je terus pening kepala balik. ingat nak tido kejap je. bangun je dah kol 6.30. hahahaha

anyway, ari ni dah rasa refresh sangat2. dan apa yg doktor tu buat macam membantu jugak la. rasa nya la kot. entah. tapi masih heavy flow. kalau x larat sangat aku balik awal la kot. hopefully ok la. banyak keje nak kena kejar ni.





p/s : malam tadi Al balik je terus peluk aku. risau sangat la tu. hehehehe 
sori sayang buat awak risau. janji x buat lagi okeh. pinky promise.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...