semalam bila aku balik je dari keje aku nampak muka mak sembap. macam baru lepas nangis. aku tanye la kenapa tapi typical my mom yg xnk bagitau kesedihan die. so aku ignore je. buat xtau sbb lama2 mak akan buka mulut gak.
dah la rumah tu dah mula sunyi sbb tinggal kami saje. Ai dan adik dah masuk U. aku pun dah tukar tido bilik aku balik. xnk la tido bilik Ai. dah la katil tu besar. mau nye mlm2 tetiba ada benda peluk ke x ke naya. ok aku mmg suka melebih2 tapi dulu masa tido dgn Ai aku penah terkena camtu. tgh sedap2 tido tetiba rasa ada org hembus nafas kat leher aku. aku mmg cam rasa nak sepak je Ai. yela apa jadah ko nak tido rapat2 dgn aku pastu main hembus2 kat leher aku lak kan. tapi bila aku toleh sebelah, aku tgk Ai sedap je tido ngadap dinding. jarak aku dgn die x jauh tapi muat la lagi sorg nak tido. so sape buek ek? jadi nak elak jadi cam ni, baik aku tido katil kecik je pastu kunci pintu. aku x takut la.....cuma seram je.
berbalik pada isu asal. so masa aku tgh tonton cerita Glee......owh best giler cerita tu. aku suka tang diorg nyanyi siap joget2 tu. x sama cam Hotel Mania. layan beb. eh, tersasul lagi. sori....sori.... masa tgh tonton tv, mak aku pun cerita la pasal adik. badan die sakit lagi. pada sesiapa yg xtau, adik aku baru di bedah sebb sakit skoliosis. kalau xtau sakit apa tu, sila klik sini. aku amik dari blog akak aku.
jadi adik aku ni mmg xleh buat keje berat. xleh berlari, duduk atau berdiri lama2. badan die akan sakit sgt2. mak cerita yg adik call sambil nangis sbb terlampau sakit. die kan baru masuk U jadi diorg kan ada minggu orientasi. mmg la pack aktiviti dari pagi ke petang. bila mak ckp camtu aku pun jadi risau gak. kesian kat adik yg jauh di mata. kalau dulu masa die skola asrama aku senang je nak jenguk die sbb dekat. ni kat KL cam susah nak pegi. ayah suruh kami biar dulu seminggu dua. kalau die masih sakit, kena la gi jenguk die. kot2 la sakit die tu teruk. boleh terus refer kat hospital. korg doakan la adik aku cepat sembuh dan boleh belajar dgn selesa. Amin.
2 comments:
dah agak dah ni mesti pasal minggu orientasi..hopefully,she'll be ok...
pity her. kena selalu tanya khabar so dat she'll have some spirit from da love of ur family. chaiiyyoo to ur lil sis k dear.
Post a Comment