I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, September 27, 2014

Hepi besday puteriku

Buat Nia,

hari ni besday Nia.
dah besar dah anak mama. dulu masa lahir, mama takut nak pegang Nia. sbb Nia kecik sangat. bukan mama je, maktok pun takut nak pegang. tapi lama2 mama dah biasa. Nia suka tido atas dada mama. nasib baik Nia kecik je. kalau x, mau terus ke dalam dada mama. hahaha xla gurau je.

Nia la pengarang jantung hati mama dan semua org. sbb Nia kan cucu sulung. dulu mama xtau camne nak deal dgn budak kecik yg sebelum ni ada dlm perut mama. bila dah keluar, mama belajar macam2. mama belajar dari internet, dari maktok n nek ummi. kami semua sayangkan Nia.

bila Nia dah pandai sebut 'mama'. mama la org yg paling gembira. tapi papa kata Nia sebut 'papa' dulu. lantak la eh. yg penting di hati mama, mama la org yg Nia sebut dulu.

sekarang puteri mama ni dah besar dah. dah 3 tahun pun. dah pandai macam2. dah pandai nak pakai baju frozen la, princess la. pakai selipar pun yg tinggi punye. xnak yg rendah sbb yg tinggi ada gambar princess.

Nia sayang,
jadi anak yg baik ye. ikut cakap mama papa. jangan asyik main ultraman je. awak tu kan girl. mana leh main ultraman. mama sayanggggg Nia. moga Nia jadi anak yg solehah, yg berguna pada masyarakat. yg boleh membanggakan mama n papa. jadi kakak yg baik untuk Ari. tolong jagakan Ari. mama sayang korg berdua. sangat.



akhir sekali,
selamat hari jadi sayang.  


dari mama, papa dan Ari.










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...