I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, August 7, 2010

Kisah Hantu yg susah nak di lupakan

sticky mode : plz scroll down for latest entry




ini adalah kisah benar yg berlaku pada aku.

insiden ni berlaku masa aku skola teknik form 4. aku dok dorm kat blok paling hujung, bangunan baru. dorm aku tingkat 3. sebelah dorm aku ni ada skola lain. skola biasa. belakang skola biasa tu hutan. tapi masa tu ada kerja2 pembinaan rumah.jarak antara dorm aku dgn skola di pisahkan oleh jalan ke tapak pembinaan tu saje.

aras 3 tu ada 3 dorm dan 2 bilik penyelia asrama. dorm aku terletak di tengah2 antara 2 dorm. dlm dorm ada 10 katil 2 tingkat. biasanye junior akan kena tido katil atas la. katil aku ni kat tgh2. sila rujuk gambarajah bawah.





kiri tu almari baju. merah tu tingkap yg menghadap skola biasa tu. kuning tu pintu masuk dorm. 'me' adalah kedudukan katil aku. sila ingat yg aku tido katil atas ye.

aku ni xtau la nape. sejak skola kat situ boleh dengar macam2 benda yg org lain xleh dengar pastu kalau bulu roma aku meremang je mesti ada benda yg x kena. aku masa junior mmg rajin studi mlm2. (banyak homework sebenarnye.) tapi paling lewat pun sampai 2.30pagi jela sbb kol 4.30 dah nak kena bangun sbb nak rebut bilik air. kalau x, x mandi la aku jawabnye.

so satu malam ni aku rasa semacam. jadi aku tido awal la. senior aku ada lagi yg stay up. aku tido cam biasa la. xtau masa tu kol berapa tah aku leh terbangun lak. aku jeling bawah. tgk semua org dah tido. tiba2 aku dgr suara sayup2 je. macam memanggil2 aku. aku ni leh tebiat apa tah leh terus bangun. 

aku rasa bulu roma tengkuk aku dah naik dah. aku kejutkan kawan aku. katil die bertentang dgn aku n mengadap tingkap. aku bisik kat die.
"Fiza (bukan nama sebenar) , kau dengar x bunyi tu"
die dgn mamai buka mata sikit n jawab nak xnk je. "bunyi apa? sambung tido jela. aku x dengar bunyi apa2 pun" pastu die sambung tido balik.

aku cam nak sambung tido balik tapi suara tu makin lama makin kuat. xtau mana dtg keberanian aku ni aku leh turun katil n jalan gi tingkap betul2 sebelah fiza.kebetulan tingkap tu terkuak sikit so aku leh nampak skola kat sebelah dorm aku. depan skola biasa ni ada sebatang pokok besar. dari celah2 ruang tingkap tu aku leh nampak ada benda putih tgh bertenggek kat atas dahan pokok tu. tiba2 suara yg aku dengar tadi makin lama makin kuat. sayup2 die memanggil nama "ayuuuuuuuuuu.........aaaaaaaaayuuuuuuuuu.............aaaaayuuuuuuuu......."

'benda' tu rambut nye mengurai panjang ke tanah dan matanye merah. itu je yg aku leh nampak. yg lain2 cam kabur. aku kelip2 mata aku. cam x pecaya je dgn apa yg aku nampak. aku dekatkan mata aku kat celah tingkap tapi masih kabur. tangan aku dah gatal nak buka tingkap tapi entah nape kaki aku cam xleh gerak. rasa menggigil. aku batalkan niat aku tu dan naik balik atas katil. aku tutup muka dgn selimut tapi suara tu masih ada.

giler seram ok. esok paginye aku tanye budak2 dorm aku ada dengar bunyi x. xde sorg pun yg dengar .



then masa form 5 pun aku kena lagi sampai la aku duduk balik dgn family n kerja pun dekat2 rumah baru la semua bunyi2 menyeramkan tu aku dah x dengar dah. sebenarnya masa form 5 aku kena lagi teruk dan lagi seram dari yg aku cerita ni tapi xnak cerita la yek sbb aku menaip ni pun amik masa. sbb ngeri n seram je bila ingat balik.



aku tagged Mawarbiru, Tutupmulut n Strawberry tuk buat entry macam ni.





p/s : aku buat entry ni sbb contest yg di buat oleh Raina. kalau x jgn harap la aku nak tulis. seram melampau ok.

4 comments:

emak. bukan penari tiang said...

suda baca..gila seram..will put u in list.. :)

funky_D said...

hehehe thanks....x sabar nak tunggu sampai contest habis sbb seram bila tiap2 kali baca entry ni....urghhhhh *gigil2 badan

the awesome four said...

competition dah dibatalkan. check her blog.

nadia said...

ekceli, ai like cite2 seram nih...huk2....tp penakut ya amat weh...i'll follow u la okeh...huk2