I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, June 5, 2011

Mee Bandung Muar yg Super sedap

semalam xtau tebiat apa tah aku ni boleh lak nak makan mee bandung. so teringat la yg ofismate aku, Kak Ani cakap mee bandung dekat Kg Melayu sedap. dah alang2 aku lalu situ kan jadi laju je aku ajak Al makan situ.

memula Al cakap xnak makan sebab die dah makan tadi. jadi kitorg order mee bandung satu jela. owh lupa lak nak cakap. gerai ni dekat dengan Esso Kg Melayu. nama gerai ni Mee Bandung Muar. tempat die memang cam tersorok sikit. kena pandai2 la cari ye. kedai ni buka malam je kot. sebab siang gerai ni sunyi sepi je.

ada la 10 minit tunggu. yg baru sampai adalah ini:



air tembikai tuk Al n air longan suam tuk aku. 



serve dalam bekas ni ok. korg ingat kat restoran besar je ke ada bekas ni. kat gerai pun ada gak tau. *yg ko kerek sangat ni pehal, D? pang!

lepas tu kena tunggu lagi. aku tengok meja sebelah aku yg datang awal pun x dapat makanan lagi. perut aku dah berkeroncong dah ni. sekali tengok ada akak ni tapau mee sampai 5, yg makcik ni sampai 3, ada yg tengah makan pun tapau sampai 4. 'aku dah macam perghhhh banyak seyhhh diorg tapau. sedap sangat ke?'

lama gak la persoalan tu bermain kat fikiran kitorg. yg Al macam dah ready nak bakar gerai tu je. sebab dah setengah jam tunggu pun makanan x sampai lagi. eh, bukan tadi aku ke yg lapo giler?

then tunggu lagi. boleh lak pakcik sebelah aku ni hisap rokok pastu asap nak hala kat aku kan. rasa cam nak maki je. xleh hisap jauh2 sikit ke? ni la jenis orang xde sivik. dah la die bawak anak kecik. x kesian gak nye kat anak die. ok2 dah terpesong cerita lak. dan..........



sampai gak. rupa macam best kan.



rasa die pun best giler ok.cam sedapppppppnyyyyeeeeeeee.......

serius aku x tipu. memang sedap melampau.aku bagi Al rasa. die sampai sibuk nak habiskan mee tu ok. x malu. tadi suruh order xnak. kuah die pun superb. aku yg x suka hirup kuah pun sampai nak habis kuah die aku hirup. giler sedap.


Al order sate 10 cucuk. 


die kata sbb bengang servis lambat tapi sate sampai saing dengan mee bandung hehehehe.... yg ada daging je sebab ayam dah habis. aku makan secucuk. lembut je daging nye n sedap. tapi kuah kacang die kureng sikit sbb cair.

ni tengah taip entry ni pun macam terasa2 lagi keenakannye mee bandung kat tekak. yummeyhhhhh......

owh lupa nak bagitau harga. jumlah semua tu rm15. so mee bandung harga dalam rm5 @ 6 la. tapi sangat2 berbaloi makan.




p/s : bila la nak makan mee bandung muar lagi. ceh padahal baru makan semalam. heheheheheh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...