I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, November 6, 2012

Saya sangat sibuk

minggu lepas aku sangat la sibuk. dgn ada gotong-royong la taklimat la. ni esok pun ada bengkel apa tah kawan aku yg bagitau. jap lagi nak cek emel la.

sebenarnya aku cam malas nak update sbb bz melampau kan tapi nanti senyap sunyi korang rindu lak. wueksss muntah hijau jap hahahaha

nak kabo ni. penantian aku selama hampir 4 tahun akhirnya terjawab gak. terima kasih la pada yg mendoakan. owh aku kan selama ni kontrak je so sekrang ni dah permanent la. so happy. masa mula2 bagitau Al, die punye excited tu terus plan macam2. hish x menyabo pakcik ni. tapi memang rasa lega sesangat. yela lama kot aku tunggu saat ni. =)

minggu lepas gak ofismate aku dapat naik pangkat n tukar ke dept lain. lepas ni makin kurang la dak pompuan kat unit aku. but am happy 4 her. sbb bukan senang nak dapat naik pangkat kan. n she deserve it.

perkembangan Nia, die sekarang dah makin pandai macam2. jalan pun laju je. dah macam nak berlari. pastu asal dengar lagu catchy sket mesti nak menari jugak siap tangan2 skali. makan pun dah pandai memilih. kalau aku bagi biskut plain die xnak. mesti nak yg ada flava sedap2. pastu dah pandai minum pakai straw. dah la sedut laju je sampai tersedak ko. hahahah







ni sehari lepas besday akak(20 okt). jalan2 kat Kipmart Tampoi pastu lepak makan kat Marrybrown.  belikan Nia kasut berjalan. yg sebelum ni tapak die lembut so yg ni ok sket. bila sarung je terus laju die jalan keliling Marrybrown. haihhhh laa...









paling suka baring kat tilam, sofa lembut, bantal dan yg seangkatan dgn nya. pastu panjat sofa pastu turun pastu naik balik pastu turun. itu jela keje nye. ari tu naik tangga sampai hujung tangga yg kat atas. sbb nak turun x reti. org marah die makin naik pulak. grrrr terus kena perintah berkurung. lepas ni nak hadang tangga dgn sumthing la. hmmm

kat ofis sangat la bz sampai nak update blog pun x sempat. baca blog pun 2-3 je. memang bz. pastu ari tu kan gotong -royong. sampai nak patah pinggang aku. sekarng bos suruh aku buat review buku lak. katanya open date. tapi dari cara die cakap macam nak cepat je. dah la aku xde idea ni. hmmm....

eh tadi kata malas update tetiba terpanjang lak. hehehe cam x biasa lak. ok la. jap lagi nak balik dah. ye, ari ni shift malam. esok nak masuk pagi lak. janji pada diri sendiri balik ni sampai je rumah nak terus tido.






p/s : projek hampir siap. tinggal final touches je. x sabar nye. =))





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...