I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, February 12, 2014

Perkembangan Ari 6 bulan

macam xde benda nak cerita sbb bila keje shift malam ni penat berganda. yela pagi2 dah nak siapkan sarapan untuk Nia, pastu mandikan budak 2 org tu, masak lunch lagi. memang macam x cukup masa. balik keje terus tido. esoknye sambung rutin yg sama.

anyway, aku macam x cerita banyak sangat pasal Ari kan. yela sbb mommy's boy pastu baik lak tu. x banyak kerenah. so ni aku cerita sikit.


-- Ari kan dah pandai merangkak tapi yg jenis macam komando askar tu. ala yg merangkak bawah halangan tu. haa cam tu la die merangkak. tangan memang kuat betul.

-- die jenis senyap. tetiba je dah sampai bawah meja la bawah kerusi la. nak pasang rantai kaki ada loceng xleh sbb lelaki. nak xnak kena la slalu jenguk. hmm

-- dah stat makan oat tapi aku buat puree dan cair. jenis x sabar. nak mama die suap cepat2. nasib baik x tercekik. bubur belum lagi. tunggu oat habis baru stat bubur.

-- kuat mengempeng. dlm bm nye kuat hisap susu. bukan minum sangat pun. kadang2 macam menggigit pun ada tapi xde gigi. ke baru nak tumbuh?

-- pantang mama die hilang mesti nangis. kadang2 bangun tido x nampak mama die pun nangis. bila nampak baru ata sunyum. buat org geram je. Al lagi la geram sbb bila die pegang Ari tetap nangis. nak kena nampak mama die jugak. hehehe

-- kadang2 suka sakat kakak die. tetiba je merangkak laju2 (boleh eh merangkak laju2?) gi kat kakak die pastu tarik rambut. dah kenapa tah. pastu Nia pun nangis minta tolong sbb adik kacau. hahaha

-- suka main bola. kalau objek lain die kureng sikit. ke budak lelaki memang suka bola?

-- kalau kakak die buat lawak mesti gelak. dah kenapa tah budak 2 org ni. bukan kelakar pun. xpe yg penting main sama2. hehehe





dah itu jela kot. cam xleh pikir apa lagi. di akhiri entry ini dgn gambar Nia dan Ari. comel sangat tau budak 2org ni. menggeramkan...






budak yg paling menggeramkan org. 









baru nak amik gambar lagi die dah sibuk kejar bola.











ni gambar masa cuti CNY ari tu kat rumah atok. die sibuk kejar botol air. 











anak2 kesayangan mama....







x sabar nak balik jumpa diorg. rindu lak...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...