I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, September 19, 2016

Cuti Hari Malaysia dan Sambut Besday

Selamat menyambut Hari Malaysia uolsss!!!

minggu lepas masa cuti tu aku n Akak memang dah cadang nak balik kampung. yela masa raya aji ari tu kan kami x balik. so dah alang2 cuti 3 ari kitorg pun balik la. cam biasa la Akak amik aku kat rumah pastu terus gerak balik BP. Al dgn BIL cam biasa gak keje.

sampai2 je rumah mak, terus ajak mak gi BP Mall. 27 Sep ni kan besday Nia n Fathia. so Akak ajak aku n mak sambut besday diorg awal. yela bila lagi dapat jumpa diorg kan? owh Ai balik ari Sabtu. sbb tu la ajak mak gi shopping. sbb hadiah x beli lagi. owh nak belikan hadiah tuk SIL aku, Ain gak sbb bersalin 15 Sep. x dapat jadi baby hari Malaysia kan. huhuhu sampai ari ni aku x jumpa baby die lagi. baby asik kena tahan wad je sbb kuning. wait for maklong ye Auni. hihihih eh tetiba kita jadi maklong la. si Nia dah tentu la jadi kakak kawasan. hehehehe

malam tu kitorg x masak apa2 yg special pun. Akak beli mee bandung. itu pun makan sampai esok pagi. hehehe owh atuk masak ayam pencen masak lemak. sedap woo.

esoknya sementara tunggu Ai n famili sampai, kitorg pun siap2 nak masak laksa johor. ada org tu ngidam. aku x ingat bila kali terakhir mak masak laksa johor. 10 tahun lepas? ke 15 tahun lepas ek? dah lama mak x masak laksa kan jadi rasa macam leceh giler seyh nak buat laksa ni. beli kan senang. lagipun aku lebih suka laksa penang. aku ni kalau ikutkan, tiap2 minggu kot beli laksa johor. sbb Al suka makan tapi wife die x reti masak kan. so beli jela kat pasar malam tiap2 minggu. huhuhuu

nak jadi cerita, masa mak tengah rebus spagetti tu, mak kata spagetti nye nape besar. skali bila aku tengok, rupanya mak terbeli fettucini. patutla pasta nya besar. jadi kita makan laksa johor fettucini pun boleh. hahahaha




menu hari itu: laksa johor, kuih cara berlauk, 
cucur nangka, tauhu sumbat, kuah kacang




siap je masak, Ai n famili pun sampai. yang Akak dah siap2 nak ajak aku gi beli kek besday. kebetulan Akak nak beli barang kat Cowboy. so singgah sana dulu. aku kan x penah gi Cowboy. yes, seriesly x penah pegi. hatta yg kat Kulai tu pun aku x penah pegi okeh. Cowboy yg kitorg pegi ni cawangan BP. padahal sekangkang kera je dari rumah atuk aku. tu pun kalau Akak x ajak, memang aku xkan jejak ke sana la.

sampai2 je rasa macam ala mesti cam hyper market yg biasa tu kan. skali bila masuk terus rasa wooowwww.... hahaha ye aku jakun uollsss. sebab semua benda ada. dari helmet ke tupperware ke barang lektrik ke macam2 lagi la. kalau bukan sbb Akak nak cepat, mesti kitorg lama kat situ. aku pilih biskut je pun dah lama giler. hahahahah





sumber google



setel bayar barang terus gi cari kek lak. ikutkan Akak nak beli kek sedap kat kedai apa tah. aku suruh Akak beli yg biasa je. ala budak2 ni bukan kisah pun. eh gambar kek diorg aku x snap lak. lantak la ek. sampai rumah terus potong kek.

malam nye mak ajak gi Old Street kat bandar. yg tu aku cerita lain entry okeh.

kitorg balik esoknya. bagi can kat Nia n Ari main dgn Fathia. malam tu Fathia muntah2 lak. xtau la makan apa, terkena bulu kucing ke apa. nasib baik esoknya ok. kitorg balik dlm kol 8 lebih camtu.

bye bye Fathia.
xtau bila jumpa lagi.
geram nak cubit pipi die tu.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...