I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, September 1, 2016

Sambut besday mak

minggu lepas mak balik JB. macam biasa la mak ada checkup kat klinik sini. dah alang-alang mak ada kat sini, kita ajak la mak jalan2. kebetulan gaji lak dah masuk.memang best la nak berjalan. tapi masing2 blur xtau nak gi mana. last2 gi Aeon je. hahahaha

gi dgn mak n Akak je. yg lain dah tentu keje kan. kitorg jela pun yg free. sampai2 je terus masuk Aeon. aku nak cari t-shirt lengan panjang. dah bosan pakai blouse. hehehe cari2 xde yg cantik. ada pun kat bahagian plus size dgn maternity. apakah? hahahahah

lepas tu xtau nak buat apa terus cari tempat nak makan. makan kat Black Canyon Coffee.




arah jam : hor fun, tomyam ayam, sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour




kitorg amik set untuk 2 org makan je. tambah kerabu mangga dgn hor fun. kerabu tu memang sedap gilos. tgh2 makan tetiba Ari nak gi toilet lak. die kan dah x pakai pampers. so 2 kali aku berlari dukung die. org tgk aku dah macam apa dah. si Ari ni bukan leh main2. die kalau sakit perut memang kena terus gi toilet. takut terburai je tengah jalan. huhuhu

lepas makan, kita dessert aiskrim McD lak. ingatkan nak makan perasa coklat hershey tu tapi branch yg kitorg gi tu xde lak. so semua makan perasa vanilla je. then balik rumah jap pastu teruskan perjalanan mencari durian. yeah!!!

pusing2 semua jual durian kacuk je. kitorg ni nak makan durian kampung. pastu lalu Tun Aminah tengak ada satu gerai tu banyak durian tapi xde signboard. kitorg pun terjah jela. durian kampung 3 biji rm20 okeh! warna kuning, lembut, lemak berkrim. rasa sedap gilos. x pasal2 beli sampai rm40. huhuhu

kitorg kopek makan kat situ terus. bila x habis baru bawak balik. ada gak dapat yg x elok tapi diorg terus tukarkan lain. kira ok la kan. dari beli yg sekilo rm20.





makan durian pastu minum air kelapa...memang terbaikkk


kan besday mak 30 Ogos. so ni kirakan jalan2 dan makan2 besday la ni. sbb besday mak kan jatuh ari selasa. kalau nak balik rumah mak cam susah la kan. tapi cam x best lak x balik. so semalam aku n adik balik rumah mak sempena cuti hari kemerdekaan. kira surprise la nih.

malam rabu adik balik keje kol 9.30 terus kitorg gerak balik rumah mak. sampai je depan pintu, Nia terus jerit2 panggil maktok die. terkejut mak. hahahaha

esok nye kitorg x plan nak gi mana2. tapi Adik gedik nak gi jalan2 cari makan macam Ai buat. ok la kita layankan jela. gerak kol 12 sbb tunggu Nia buat keje skola. aku kan tiger mama. hehehehe Adik suruh cari Cendol Akbar. dalam google kata cendol tersedap di Batu Pahat. ye ke?





 imej google



bagi aku rasa die boleh la. nak kata superb tu xla. mungkin sebab gula melaka die kurang? well mungkin la. tapi memang gerai die sentiasa penuh. nak cari pun agak susah sbb signboard die kecik je. owh alamat kat Jalan Engan ye. dekat2 dengan Jalan Penggaram. susah2 sangat korang google jela.

next plan makan murtabak lak. tapi kitorg kenyang lagi. so mak ajak gi Aeon Big. pusing2 jap cari barang terus balik rumah. x sempat nak makan murtabak sbb petang nya kitorg dah nak balik JB dah. sebelum tu, singgah rumah Akak dulu amik barang Adik. kitorg x tido rumah sana sbb esok keje. so lepas maghrib baru balik rumah aku. tu pun sebelum balik aku paksa Nia buat keje skola lagi. yela ingatkan esok skola. skali pagi tadi hantar Nia, skola tutup. hahahaha xpela minggu ni bagi Nia main puas2. hihihihi






No comments: