I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Thursday, December 29, 2011

Macam2 perasaan ada

hari ni berjaya menyiapkan penilaian tahunan. dah siap hantar. pergh dgn konfiden je aku hantar pastu dapat markah tah apa2 je kan. eh aku ni lagi nak down2 patut kena la doa lebih2 kan. (tetiba tadah tangan doa banyak2).

well anyway, kan dulu aku ada cakap yg aku dah x masuk grup keje apa tah tu kan. so semalam diorg kena present. ni kira lawan antara jabatan dalam company la. result die hari ni. n guess what? menang ok! MENANG!! no 1!!!!!!!! x terbeliak mata semua org. terus rasa cam jabatan aku ni best sesangat. eleh selama ni pun best gak cuma org jabatan lain je yg x perasan. =P

perasaan aku? hmm.....xtau la. nak kata aku menyesal sebb dah keluar dari grup tu xde la.  yela, masa tu kan aku tgh membuyung. memang malas nak pikir lain dah. dah la aku x sumbang apa2 pun masa tu kan. cuma rasa mesti best kalau dapat naik pentas amik hadiah. last aku naik pentas amik hadiah masa darjah satu kot sbb dlm kelas dapat no 2. sedeyyyy kannn.....

eh tapi tahniah la buat diorg. kira berbaloi la segala penat lelah diorg. lepas ni kena lawan antara company lak. mesti lagi sengit kan. hopefully they did well jugak.


oh hari ni kena gi pasar. sebab tetiba tadi ada org tu cakap

"saya ingatkan ada la ayam masak kicap untuk buat bekal gi keje ari ni". 

aah la sangat. dalam fridge xde ayam pun tetiba leh ada ayam masak kicap la kan. so jap lagi kena lagi beli ayam. pastu siap pesan tu suruh beli ayam seekor. macam la nak makan 3-4 org. husband aku ni dah kira mentakedarah dah ni. mesti ada banyak cacing kerawit dlm perut kan?

hishhhhh sesuka hati je kutuk husband sendiri. hehehehe






letak gambar Nia la buat tatapan korg.


baby tido memang comel kan. ni gambar malam tadi. hehehehe











p/s : rindu Nia la. boleh x? (ketuk kepala sendiri).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...