I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, May 30, 2011

Gila Bershopping dan Pc Fair

semalam aku memang cadang nak ajak mak gi beli barang2 kuih die. sekali die dah beli ari sabtu tapi die nak gak la jalan2. ala bukan selalu aku ajak jalan2 kan.

memula gi kenduri kawin dulu isi perut. hahahaha memang kuang ajo kan gi kenduri kawin sebab nak makan semata. bukan sebab nak tgk pengantin ke apa.eleh macam la korg x camtu. jadi gambar pengantin aku x amik pun sbb bz makan. hehehehe

then mak n Ai tukar baju dulu. tadi kan pakai baju kurung so ni pakai baju kasual la. siap2 terus gi Persada sbb aku nak beli pendrive. pendrive yg dulu tu 1G je. apa sangat la yg boleh aku simpan dalam tu kan. lagipun pendrive sekarang harga dah murah x macam dulu2.



orang ramai macam kehapa tah. sampai berlaga pipi. eh x. laga bahu.....hehehehe



kitorg parking kat Plaza Kotaraya pastu jalan ke Persada la. xde apa pun yg nak di tgk sbb aku pun x blaja lagi kan. Ai beli ink je.

berjaya beli pendrive 8G. wuuuuhuuuuuu!!!!!!


Al nak beli yg ini. sebab comel. boleh?


then sambung shopping kat Kotaraya. aku ingat nak beli baju aku tetiba mak lak yg syok lebih cari2 baju die. masuk First Lady pastu butik Charming pastu ada la few more kedai tapi xde yg berkenan n xde saiz. last2 mak beli kusyen je. tau beli kat mana? kat UO. hahahahaha xpela. asal ada benda nak beli.

aku? jangan cerita la. dekat rm200 gak habis kat UO. sebab tu x sempat amik pic pun. agak2 dah penat, kitorg pun balik. parking 4jam kena rm8! sejam rm2. hari ahad pun kira ikut jam gak ke? patut la ramai je yg parking kat luar. hmmmm.....xpela. bukan selalu kan.








p/s : x sabar nak pakai baju baru. eh, aku lak yg lebih. hihihihihi

Friday, May 27, 2011

BIla perkara itu bersangkutan dgn org lain

aku ni tang kesihatan selalu je agak2 macam malas nak layan. yela aku ni demam pun setahun sekali je. yg menyebabkan aku malas nak layan (maksudnye sampai jumpa doktor la) sebab aku ni xtau la nasib malang ke apa tah boleh lak terjumpa doktor2 yg macam hampeh je.

situasi di klinik:

doktor : ye cik, sakit apa?
aku : saya demam.
doktor : (periksa suhu aku.) suhu ok je. cik x demam pun.
aku : tapi saya pening2 lepas tu sakit kepala xleh bangun.
doktor : (periksa tekanan darah pulak.) tekanan darah awak ok. awak sihat.


tapi aku bila kat rumah demam panas terlampau sampai berbungkus macam eskimo ok. so kesimpulannye, aku x suka jumpa doktor. sebab diorg selalu ingat kita gi klinik semata2 sebab nak mc je. hampeh!

jadi aku memang malas giler nak gi klinik walaupun sakit. sampai kadang2 kena marah dgn Al. bukan apa, aku ni hati tisu. terguris tau kalau dapat doktor hampeh cam hari tu. ceh gediksss uolss.

anyway, tapi bila org lain yg sakit macam mak aku ke, mesti aku akan gabra lebih. sebab org yg kita sayang kan. seboleh2 nye nak suruh org tu gi klinik cepat2. dan bebelan aku mesti berjela punye. yela risau kan. mesti nak marah2 + bebel + risau. senang cakap, aku ni sebenarnya tengah risau. sebab.......sebab......apa ye? sebab apa2 la. cuaca sekarang pun x menentu kan jadi kena la jaga kesihatan diri sendiri dan orang lain jugak.

eh sebenarnya aku bebel apa ni?


ok aku biol. sebab dah lama x minum air Roibo kot.


ada kaitan ke?


kan dah cakap aku tengah jiwa kacau. dah la. bye.



 "saya ada kepak. comel kan?" 
apa kaitan dgn entry pun aku xtau.

Thursday, May 19, 2011

Sambut Hari Ibu (yg betul2 punya sambut....kot)

ini aktiviti hari isnin lepas. masa ari ahad tu mak dah beli barang2 dapur dah so aku ingatkan isnin die xnak klua la. jadi boleh la aku rilek2 kat rumah jadi bos tapi rupanye x. mak nak jugakkkkk klua. die kata nak gi bank je. yela tu kann.......

memula Ai xnak ikut sebab die demam tapi cam biasa la mak aku kan ada kuasa memujuk yg super powerrrrrr...die pun ikut la. first stop, mesti la bank kan. selesai je situ tetiba aku tergerak lak nak ajak mak gi KSL City. ni nama shopping kompleks yg baru buka. mak kan suka je tempat baru buka ni so ke sana la kitorg.


besar giler sampai naik sesat kitorg.


kat situ xde apa yg best pun. kedai semua tahap mahal2. dah macam muzium dah. yela, boleh tengok je tapi barang semua tidak mampu di beli. dah la kitorg parking kat tingkat atas. dah serupa nak roller coaster dah. punye la tinggi n curam.


mak : kalau mak yg drive ni, dah lama kereta ni x naik2. dok kat bawah jek.


apa la mak ni. hahahaha.....tapi serius memang curam. naik lenguh kaki aku tekan minyak. dah la kereta manual kan. dah pusing2 buang masa kat situ lepas tu xtau nak buat apa, gi amik pic lak kat toilet.


 do I look fat? dasar xde keje kan....hehehehe


kitorg lapa tapi xtau nak makan kat mana. pusing2 x jumpa pun restoran yg ok. mak lak nak makan piza. so terpaksa la cari Pizza Hut. kat mana? Jusco Bukit Indah...boleh? hahahahaha



mak order pizza mother's day special. owh dan jugak monday 50% savers : hawaiian chicken pizza


apa itu 50% savers? ala iklan yg ini!






aku order spicy chicken wings dengan iced lemon tea. Ai kongsi makan dengan mak. tu pun x habis. terpaksa tapau. then kitorg window shopping lak sebab akhir bulan so dah pokai. cuma boleh tengok je. ni pun tahap2 dah malas nak jalan sebab penat. mak lak yg over excited tengok sana sini. beli nye x jugak sebab mengalami sindrom pokai antarabangsa. hehehehe itu jela aktiviti kami!


 tgk la tu. barang murah2 tapi xde yg berkenan di hati.


so ni kira sambutan hari ibu yg betul2 la sebab ada piza khas mother's day. duhhhh......





p/s : cuti yg panjang. xtau nak buat apa.......

Saturday, May 14, 2011

Status mengubah diri kita?

like really??? aku bukan nak cakap pasal kedudukan kewangan atau pangkat sebab memang jelas dan nyata yg org sekarang ni mata duitan. semua pun pasal duit je kan. so kita xyah sentuh situ.

yg aku nak cakap ni pasal status.....apa yek? ala selalu dalam resume kan kena tulis bujang ke, janda ke, anak dara ke....eh eh eh....salah lak. i'm sorry.... (dah macam Amir Maharaja Lawak lak. sepak pliss....). ha status yg tu la. org selalu cakap bila bujang kita lain, bila dah kahwin lak kita jadi lain. tapi aku rasa aku cam sama je. kalau korg nak ajak aku lepak ke....aku on je. asalkan masa tu xde date dgn my husband la. hehehehe

owh mesti org cakap kita berubah sebab kita dah ada org penting dalam hidup kita. contohnye suami/isteri la kan. tapi keluarga x penting gak ke? confuse.....confuse.......







atau....org akan kata yg kita berubah bila dah ada anak. tanggunjawab dah lebih sikit so mesti la xde masa dengan org lain. nak lepak dengan kawan pun xleh.

aku pun xtau la sama ada aku akan berubah bila dah ada anak nanti. aku rasa la kan benda ni semua bergantung pada masing2. kalau anak kita boleh je tahan dengan org, maybe boleh lah kot nak lepak2 ke apa kan.

so kawan masih penting. kalau kita susah, kawan yg tolong kita. yela memang family kita ada tapi kalau masalah tu datang dari family camne lak kan? mesti kita cari kawan jugak. jangan la jadi macam sesetengah org tu baru ada bf/gf atau baru ada tunang dah terus lupa kawan2. macam la bf/gf, tunang diorg tu segala2nye. belum kawin lagi dah camtu. kalau la tetiba kena tinggal.....korg cari kawan jugak kan?






aku kan bila fikir org2 camni.....aku terus jadi lesu tau. like life diorg tu terlalu penting sangat berbanding kawan2 die ni yg dulu bersusah senang dgn die. aku bukan doakan life diorg ni jadi hell ke apa kan tapi plisss la weyhhh....masa bercinta, bertunang or whatever la kan....xkan sama bila dah kawin. bila dah kawin, baru la semua perangai buruk die tu keluar. baru la ko tahu langit tu tinggi ke rendah.





life is so unexpected. don't act like you know the future. so be carefull.

Thursday, May 5, 2011

Peristiwa Ngeri

ok xde la ngeri sangat tapi teringat2 la jugak.

cerita nye camni, tadi aku gi sarapan dgn my husband n Kak Ani. Al masuk keje petang ari ni so ingat nak dating sambil sarapan tapi sian lak Kak Ani sarapan sorg2 so ajak la die skali. makan kat kedai apa tah tepi jalan. budak2 ofis aku panggil gerai batu 10. batu 10 tu kat mana aku xtau la. aku bukan reti pakai batu2 ni. aku pakai km.

anyway, kitorg makan soto nasi. soto nasi kat situ memang terbaik la. Al makan siap hirup2 kuah die pastu habis pastu die mintak aku punye. kalau boleh mintak satu periuk sup, dah lama dah die mintak. memang giler sup pakcik tu.

so lepas makan tu, aku hantar Al balik rumah sebab naik kereta aku. pastu masa on da way nak ke rumah aku tu la aku nampak ada benda meloncat2 kat tengah2 jalan yg bertentangan dgn jalan kitorg. aku ingatkan tupai ke kan skali......anak kucing ok. yang dah nyawa2 ikan. kira die dah melompat2 tu sebab nak putus nyawa kot. tah la. yg aku dah jerit2 dah. macam omaigod! nape la die mati camtu. like just mati jela. nape cam terseksa camtu skali. Al kat blakang memang diam jela. aku dgn Kak Ani yg over jerit2. Kak Ani memang duduk sebelah aku. dah la aku yg drive. pulak tu dah hantar Al balik rumah, kitorg kena lalu lagi jalan tu.


bayangkan kucing secomel ini tiba2 mati depan mata ko...



ngeri ok. ngeri giler.....dah la Kak Ani boleh lak nak elaborate pasal kucing tu. cakap
"sian kucing tu. mesti kereta yg laju tadi tu yang langgar. eee kenapa la nak bawak laju2 kan. sian kucing tu. mesti die terseksa kan."

perlu ke ko explain panjang2?

untuk mengelak dari lalu jalan tu, aku sanggup ikut jalan jauh. yela kang x pepasal aku langgar kucing tu buat kali kedua lak. tapi sebelum sampai simpang jalan lain, dari jauh Kak Ani leh nampak la mayat kucing tu. die kata kucing tu dah x gerak dah.

ok lantak la ye. aku xnak lalu situ dah. trauma sehhh.....






p/s : tgk benda bernyawa tetiba mati depan mata ko memang akan menyebabkan ko teringatkan tentang mati. tapi sekejap jela.....hehehe....