I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Friday, September 28, 2012

Alang2 dah ada gambar, kita update jela.






goodies yg aku n Nia dapat masa gi wedding budak ofis 15 sept. coklat tu memang sedap. rasa mint.





ni pulak masa sabtu lepas.







aim baik punye. lepas tu memang Nia asik tenung je hamster tu. naik bulu2 hamster tu. hhahahahahaha







paparazzi bz amik gambar retis.









kan dah cakap. terus die melekat kat cage hamster.











p/s : masih planning. tapi cam dah tau la nak buat apa.








Thursday, September 27, 2012

Nia dah setahun!

just nak wish





Happy Besday NIA !!!!!!!





رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ 
 
maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
 
 
Our Lord! And make us submissive unto Thee and of our seed a nation submissive unto Thee , and show us our ways of worship , and relent toward us . Lo! Thou , only Thou , art the Relenting , the Merciful .

(surah Al-Baqarah ayat 128)







p/s : kejap je setahun dah berlalu......






Wednesday, September 26, 2012

Nia sibuk nak berjalan

dah lama aku x up video Nia kan?

so masa ari sabtu lepas kan kitorg xde keje nak buat. melepak sambil melayan Nia main lego. pastu die bosan pastu die buat benda lain lak. benda apa? sila nikmati video di bawah.















p/ s : kalau dah pandai jalan betul2 camne la ek?










Tuesday, September 25, 2012

Saya ada pengakuan

so ahad lepas aku  memula nak gi Medini Mall tapi panas ya rabbi. dah la xde parking. so x jadi. lepas tu saje la lalu kat Karnival Nusajaya tu. ramainya orannnnggggggg.......... like memang ramai sesangat. dah la parking terhad. yela kitorg gi tengah hari kan. nak buek cemano.

lepas je seksa kat situ. last2 kitorg lepak Aeon Bukit Indah. dah la lapo nih. laju2 cari makan. Nia makan roti jela. tu pun die buat main gi campak2 kat org. haih la budak.....

setel makan, kitorg gi carik barang kat Daiso.




imej Mr google


xtau Daiso? well Daiso ni macam kedai rm2 tapi semua barang kat situ rm5 dan kedai ni ada banyakkkkkk barang. dari barang gardening ke barangan dapur. semua ada tapi limited dengan harga nya la.







dari kiri : penyangkut beg, bateri AA (8 biji), penghadang pintu sliding untuk baby, dan kipas guna bateri.
semua ni beli kat Daiso. 4 barang baru rm20.

so lepas jalan2 beli barang, xtau gi mana kitorg gi.......


er pegi makan......










aiskrim Baskin Robbins.....


ye saya tau saya bersalah encik.

ingat x entry aku yg ini?

well sebenarnya kupon ari tu ada lagi satu. dari aku simpan lama2 sampai lupa pastu luput tarikh dan x dapat menikmati aiskrim free baik la kami menggunakan ia di jalan yg benar. padahal hati macam ada tawar sikit la.

tapi aku fikir positif. aku nak cek dulu flava apa ada baru la aku order. dan x semena2 banyak lak flava dan ada yg berkenan di hati. aku amik perisa coklat yogurt dgn rainbow. so apo laie kito pun makan lah.


jadi dengan ini saya ada pengakuan.

kalau ada niat di hati nak cuba masakan baru or apa2 yg berkaitan dgn nya, sila jgn pegi pada waktu public holiday yg cuti lama. cam CNY atau Hari Raya. nanti jadi kes cam aku.

oleh itu saya ......eh eh aku...... nak cakap yg asikrim die sedap. kiranya masa aku makan ari tu, aku teramik flava yg x menepati citarasa aku la. lagipun masa tu memang xde pilihan lain.

pada yg teringin nak gi makan tu, gi la try. kalau ko rasa makan aiskrim murah lagi best, terpulang la pada korang. macam makan nasi ayam. kadang2 makan kat tempat mahal x semestinya sedap n menepati citarasa korang. betul x? hak peribadi masing2 la.




k la. nak buat keje. xtau la nape minggu ni macam hectic giler kat ofis.





p/s : telah planning something. cam nak tapi susah. tapi kalau x cuba camne nak tau kan?








Wednesday, September 19, 2012

entry malas

aku xde mood nak update blog.

semalam demam selesema. cam biasa la berjangkit dari Nia.

ari ni dah ok sikit kot.

k la. nak sambung buat keje.

nampak sangat aku xde mood kan.

nak upload gambar pun xde masa.

bye.






p/s : malas update blog tapi tetiba rajin masak lak. ari ni buat nasi lemak. yumms.....





Friday, September 14, 2012

Jamuan Hari Raya Company

aku xtau la kat negeri lain tapi kalau kat Johor, kitrog sambut raya memang sebulan. yela, pose sebulan so raya pun kena sebulan gak. bagus kan camni. hari2 boleh dapat makan free. dah la gaji bulan ni terasa lambat sangat nak dapat. org gov kan dapat gaji awal. pastu hujung bulan je duit dah paras hidung. eh apa aku merepek ni. ok la back tu tajuk.

so semalam adalah jamuan besar-besaran kat company aku keje. dah la malas cerita banyak. tengok gambar jela yek.





gerai minuman. dah macam pasar malam dah. macam2 air ada. x dapat rasa semua. ada gak yg kembung minum air je kang. hahahaha




roti jala.






laluan sepanjang gerai sebelum kekecohan bermula. that is jamuan x start lagi. tetiba ada pakcik 'terjadi' model lak kat situ.







gerai jabatan aku.

kami memang tiap tahun buat rojak asma. selama aku keje kat sini dekat 4 tahun(lama gak ek) aku x pernah join jamuan raya company. sebab tu la tahun ni teruja sikit. pagi2 dah pegi meninjau gerai2 yg ada. hehehehe





nasi lemak n nasi ambeng kot.







lemang dan rendang n apa lagi tah. dari jauh x nampak. plus x pakai specs.hehehehe





gerai buah-buahan tempatan. x amik pun.









dadih! amik n sedaaaaapppp....






murtabak. x amik. cepat sangat habis.







sate. amik tapi kat gerai lain. so xtau sedap ke x.











dewan. tudung aku pun nak interframe. hehehehe

jamuan buat kat luar dewan. sebelum makan tu ada ucapan dari big bos. tapi aku duduk luar je. yela jap lagi nak masuk ofis balik. kena standby.






cantik kan pemandangan.









what i wear that day. pakai cantik2 tapi xde sorang pun nak tolong amikkan gambar aku. sedih noks. sob sob sob







ni dia orang2 yg sedang menunggu giliran makan.







apa yg aku makan hari itu. sate dgn nasi impit, rojak asma dan air belimbing.

tetiba je lepas makan tu aku cam pening2 lalat. dah la sate tu macam x masak je. boleh? 
owh rojak asma n air tu sedapppppp.....

lepas makan semua terus malas nak keje. hahahahaha

entry penuh dgn gambar makanan je kan? hahahahah nampak sangat excited dgn jamuan n makanan nye la. =)



p/s : malam nye ada makan lagi. makannnnn je keje org gov ni kan.









Thursday, September 13, 2012

Menang Loteri???

tadi lepas gi jamuan company(entry aku buat nanti k), aku terus masuk ofis n kebetulan bertembung dgn sorang pegawai ni.

well die ni kira jawatan tinggi jugak la. so aku tegur die.

'Cik A x pegi makan ke?

'awak tegur saya ke? saya rasa cam menang loteri lak'


ok. sangat pelik.
nampak sangat aku jarang tegur org.
but I accept that as a compliment la kan?



lagipun, dalam dunia pekerjaan gov, kalau ko tegur lebih2 org kata mengampu.
jarang tegur org kata sombong. so kita buat separuh2 jela. tegur lite2 jek. hehehehe





p/ s: senyum tu memang slalu la. senyum kan sedekah.




Wednesday, September 12, 2012

Jamuan raya unit kesayangan

lama giler aku x update blog kan. biasa la. I kan bz manjang.

xla. sebenarnya aku lupa password blog aku. boleh? hahahahahahahahahaha


so ari ni aku baru berjaya buka blog ni. sambil2 tu mari la kita update cerita2 yg dah lapok nih.



owh kat entry lepas aku ada cakap yg unit aku nak buat jamuan kan.



nah. lambakan makanan.



kitorg buat potluck. sorang bawak sikit2 lama2 kumpul jadi banyak la. menu utama pada hari itu adalah mihun/mee sup dan ketupat.

jadi masing2 cuma bawak lauk2 untuk di makan dengan ketupat la. cam aku bawak sambal tumis. owh aku kalau buat sambal tumis memang sedap. terangkat beb! hahahaha mesti la nak up masakan sendiri kan.

ada yg bawak rendang, sambal kacang, kuah lodeh, serunding n banyak lagi la. pastu ada dessert cocktail buah2 n puding kastard kismis ke apa tah. makan sampai muntah. hahahaha




makanan upclose lak


setel makan, terus balik.

okla. nak buat entry lain lak. next!






Thursday, September 6, 2012

Kursus Best sangat

ye, aku kursus berapa ari ni. sbb tu la blog aku sonyap jek. ala macam la ada org yg kesah mak jemah hilang kan. duhhhhh

anyway, saje je membebel jap kat sini sementara diorg buat discussion sket.

aku? aku buat hal sendiri jek. hahahahaha

owh esok ada jamuan unit aku. kitorg buat konsep potluck. and aku di suruh ye....DI SURUH... bawak sambal tumis. jadi marila kita menumis malam ni yek. dah la si kecik tu xleh duduk diam sekarang. asyik nak berkepit je. naik lemas aku. nasib baik comel cam mama die. hehehehe





p/s : makan free memang best. ehehehe






Tuesday, September 4, 2012

Besday Kombo

ceh tajuk lagi nak cambest kan.

well obviously aku ni tengah xde keje. so mari la kita update blog.

so minggu lepas aku n akak berjaya la men'celebrate' besday mak n Ai macam yg setiap tahun kami buat. hari kejadian adalah sehari sebelum hari kemerdekaan that is 30 Ogos.




hahaha berjaya cilok gambar dari blog my sis. 
saya kan hacker in disguise. thanks akak. =)


owh kalau nak lebih gambar, sila la ke blog beliau blog Mawarbiru.

hari tu dah la ari kamis kan. nasib baik aku keje pagi. kalau x, siapa la yg nak  bawak segala benda tu. kebetulan segala mak nenek kedai memang dekat dgn rumah. owh segala benda ialah kek besday dan pizza dominos.

lately aku telah beralih arah ke pizza dominos lak. kenapa? sebab sedap la. hahahaha

hmmm kupon masih berbaki ni. bila nak makan dominos lagi?
saya tanya awak la --------->akak    ;)


dan sebab itu la tajuk entry besday kombo. sbb ada 2 besday girl n 2 makanan best yg terhidang. ehehehe

mak puasa ari tu. so kami terpaksa tunggu mak buka pose dulu baru la kita celebrate.
warrgggghhhh lapo kek.
ceh macam besday die lak.

anyway,
Selamat Hari Lahir
moga kamu berdua di panjangkan umur n di murahkan rezeki so that every year pun kita dapat sambut camni. love both of you.
hugsss.....







p/s : I LOVE U babe!!!!




Monday, September 3, 2012

I can't simply forgive and forget

yeah I have a head like a rock they say.

it's true I must say that

some things a better kept silent than being said.





there.
I've said it.