I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, September 27, 2014

Hepi besday puteriku

Buat Nia,

hari ni besday Nia.
dah besar dah anak mama. dulu masa lahir, mama takut nak pegang Nia. sbb Nia kecik sangat. bukan mama je, maktok pun takut nak pegang. tapi lama2 mama dah biasa. Nia suka tido atas dada mama. nasib baik Nia kecik je. kalau x, mau terus ke dalam dada mama. hahaha xla gurau je.

Nia la pengarang jantung hati mama dan semua org. sbb Nia kan cucu sulung. dulu mama xtau camne nak deal dgn budak kecik yg sebelum ni ada dlm perut mama. bila dah keluar, mama belajar macam2. mama belajar dari internet, dari maktok n nek ummi. kami semua sayangkan Nia.

bila Nia dah pandai sebut 'mama'. mama la org yg paling gembira. tapi papa kata Nia sebut 'papa' dulu. lantak la eh. yg penting di hati mama, mama la org yg Nia sebut dulu.

sekarang puteri mama ni dah besar dah. dah 3 tahun pun. dah pandai macam2. dah pandai nak pakai baju frozen la, princess la. pakai selipar pun yg tinggi punye. xnak yg rendah sbb yg tinggi ada gambar princess.

Nia sayang,
jadi anak yg baik ye. ikut cakap mama papa. jangan asyik main ultraman je. awak tu kan girl. mana leh main ultraman. mama sayanggggg Nia. moga Nia jadi anak yg solehah, yg berguna pada masyarakat. yg boleh membanggakan mama n papa. jadi kakak yg baik untuk Ari. tolong jagakan Ari. mama sayang korg berdua. sangat.



akhir sekali,
selamat hari jadi sayang.  


dari mama, papa dan Ari.










Wednesday, September 3, 2014

Cerita di harijadi mak dan Ai

Minggu lepas kan cuti 3 ari sbb cuti ari merdeka. Besday mak lak 30hb.Kitorg adik  beradik rancang nak sambut besday mak.nak buat surprise la kan.mesej kt whatsapp je tapi dah besday Ai sama dgn mak,kita buat skali harung je.

Memang rancang masing2 nak balik kampung tapi x bagitau mak.nak buat surprise la konon nye tapi dah ada org kantoikan aku lak.huhu tapi hadiah memang mak terperanjat giler.hehe aku balik kampung ari jumaat saing dgn Ai. ingatkan nk balik ari kamis tapi Ai ada kursus lak so kena tunggu die balik kursus baru leh gerak.

Malam nye aku,akak n BIL belanja mak n Ai makan kat restoran arab. eh adik pun di belanja sekali sbb die belum keje lagi. kitorg naik 2 kereta. bagi aku ok la. lebih kurang cam nasi beriani je.tapi kambing die memang sedap. x hamis langsung. harga pun xde la mahal sangat. sbb kitorg amik set kot. lepas makan,akak ajak gi dataran bp.

Sampai sana pusing2 jap pastu tengok baju2 xde yg berkenan dihati. pastu nampak ada org jual arnab.siap ada macam tempat boleh main n bagi arnab makan. sorg masuk rm2. Nia sibuk nak main arnab. so layankan jela.



 
Mula2 Nia ok je.






Ari pun nak pegang arnab gak.






Pastu ada seekor arnab ni kejar Nia terus die lari kat aku.macam la arnab tu nk makan die. pastu sibuk nak keluar. bila duduk kat luar, boleh lak panggil2 arnab.aduhai la anak...pastu xnak balik. nak bagi arnab makan....haishhh

abg n akak ipar sampai esoknye. ha diorg sampai je mak memang terkejut sbb nye Ai dah bagitau atok aku yg abg balik. pastu atuk bagitau mak tapi mak x percaya. tengah2 borak tu tetiba ada org bagi salam. abg n SIL dah sampai! hahahaha

dapat la lepak2 n borak jap dengan diorg. kesian kat Nia la dapat main dgn Addin kejap je sbb kitorg dah nak balik jb dah. BIL keje malam tu. aku tumpang diorg balik. hehehe sbb Ai pagi2 lagi dah balik jb terus masuk keje. nak je aku stay satu ari lagi sbb esok cuti kan tapi sape lak nak amik aku. huhuhu

owh BIL ada belikan Nia anak patung kucing yg boleh gerak2 bila kita on kan die. aku x suka giler ok. takut je malam2 benda tu gerak sendiri. so bila semalam Nia on kan kucing tu x berbunyi, rasa best sangat. dah habis bateri la tu. lepas ni kalau Nia tanya bila mama nak beli bateri, aku cakap je kedai x jual. hahahaha






p/s : update dari rumah. nasib baik ada broadband cek abe kite. tu pun berjanggut aku taip. dgn Nia kejap kacau aku, dgn Ari bertenggek kat bahu aku. mencabar sungguh ni.