I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, October 15, 2014

Bz terlampau ya amat

lama giler x update blog padahal banyak benda nak update. nak buek cemano. bz teramat uollsss.

anyway, update sikit pasal Ari.
-dah pandai jalan. genap 1tahun 2 bulan.
sejak tu la ligat ulang alik dari dapur ke ruang tamu. ruang tamu--dapur. naik penat aku menengok nye. pastu boleh x semalam die buka pili air. aku kan simpan air dalam bekas yg ada pili tu. so die tengok aku amik air kat situ. slalu tengok je. sekali semalam pandai lak die panjat tong ape tah pastu buka pili tu. habis basah la. adoiyaiiiiii......

-pandai minta macam2
ni agak poyo. sbb bila kita makan die pun nak makan. padahal gigi geraham x tumbuh lagi tu. yela kalau aku makan kacang, die mana leh makan kan? sikit2 naaakkkk pastu nannnakkkk. nak dengan xnak same je bunyi die. tapi diam2 akak die suap gak kat mulut die. pastu die xleh kunyah, di buang je merata2. iolllz gak yg kena sapu. huhuhu

-pandai panjat memanjat
ni sebelum Ari umo setahun lagi dah pandai dah. cuma sekarang makin ligat la. mula2 panjat kerusi kakak die pastu berdiri. pastu tepuk tangan tanda dah berjaya. adui ...tepuk dahi aiii...

-boleh menari
tapi macam tah apa2 la. kadang goyang2 badan. kadang2 goyang2 kepala. kadang2 head banging. hahahaha padahal lagu iklan je kot.

-dah pandai salam
ni ai suka. kalau nak pegi keje mesti die nak salam. tapi kalau masa lain, xde makne nye. die buat dekkk je. hmmmph...

-pantang nampak baby
aku pun xtau la anak2 aku ni. diorg memang jenis suka baby. kalau budak2 lain pun diorg suka gak. akan sibuk nak kawan n ajak main. adakah ini petanda aku akan anak ramai? jeng jeng jeng.....



eh dah la. lain kali aku sambung eh. nak balik dah. bubye.



p/s: hari2 kena kejar statistik. adoyaiiiii.....




Wednesday, October 1, 2014

Besday Nia yg ke 3

cerita dah lepas baru nak update. hehehe

anyway, besday Nia kan ari sabtu. aku ingat nak buat goodie bag bagi kat budak2 kat tempat pengasuh Nia. tapi kalau takat goodie beg je cam x best kan. so pikir beli kek jela. tapi kalau buat ari sabtu, kan budak2 semua cuti. so pikir ari kamis jela. fyi, kat johor org gov balik keje ari kamis kol 3.30. so sempat la nak sambut dgn budak2 jap. sbb petang nye dah nak berkejar balik rumah akak lak. tu nanti cerita.

malam kamis tu aku tanya Nia die nak kek apa, die nak kek Ben10. boleh? awak tu girl la. girrrllllll. mana boleh kek Ben10. dah la seminggu sebelum besday die, die dah asik tanya je bila nak beli kek angry bird. tau la kek besday tahun lepas angry bird. xkan tahun ni pun nak sama gak kan. so pikir beli kek princess la. balik keje terus gi season. nasib baik ada kek princess. tapi yg kecik punye la. nak yg besar nak kena tempah. mana la sempat. so kita amik je apa ada. pastu tambah kek marble biasa satu. hehehe

sampai rumah pengasuh, Nia tengah tido lak. puas la aku kejut, tetap x bangun. pastu aku suakan kotak kek tu pada die, siap tunjuk gambar princess baru la die nak bangun. haaiiiii la anaaakkk....







Nia n kawan2 nye. 




semua ni umo bawah 6 tahun. budak2 skola ramai tapi masa ni diorg x balik skola lagi. dah habis amik gambar baru teringat nak nyanyi lagi besday. masa nyanyi, x sempat amik gambar pulak. huhuhu







Nia dan kek besday princess upclose.









makan dengan kawan.









budak wafiy ni comel sungguh la. (duduk depan Nia)
tadi x sempat posing, so die minta another shot. hahahaha




habis makan, ajak Nia tolong bagi goodie bag kat kawan2 die. aku buat 30 beg sbb budak2 skola yg tumpang kat rumah pengasuh ramai kan. dalam tu ada wafer, kek apollo n jelly. jajan xde. hehehe masa bagi goodie bag pun x amik gambar sbb xde org nak tolong amikkan. ada la satu gambar aku potong kek dgn Nia. tu pun suruh budak amikkan. tapi gambar nye gegar. huhuhu saya redho.(tangan ke dada mata ke atas)

lepak2 jap layan diorg makan. pastu terus balik rumah akak. ada 2nd celebration lak kat sana. kebetulan besday BIL dekat2 dengan besday Nia. so sambut sekali.





Nia dan kek kedua nye dah di potong.


besday present Nia aku dah bagi awal2.
iaitu stroller mini khas untuk Mimi (anak patung Nia).



hepi besday ke 3 Nia!!!!!








p/s : cerita dah lama. hehehe