I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, July 12, 2015

Buka puasa di Selasih

ari kamis mak balik Gelang Patah. die kata nak amik barang. esoknya mak dah balik BP. kebetulan ari jumaat akak ajak aku gi buka pose dgn ofismate die. so dah alang2 nak keluar dgn die kan, so ari kamis tu aku ikut mak balik GP terus tido sana je.

sebelum balik GP, kitorg singgah Tesco Bukit Indah. mak nak cari jubah raya. tapi susah nak cari jubah yg menarik dan yg ada saiz mak. so kitorg terus balik je. sampai GP ngam2 kol 6.30. punyela lama kitorg cari jubah kan. padahal banyak habis masa melayan kan anak2 aku la. kejap nak itu, kejap nak ini. pastu nak makan la, yg si Ari cam biasa la kalau x dapat mula la nak guling2.

malam tu akak masak nasi lemak. kitorg lak memang x sempat singgah bazar. tapi kitorg beli pizza frozen kat Tesco. so masak tu je. sedap boleh tahan k. lepas ni xyah penat2 buat pizza.

lepas berbuka, mak ajak gi Mydin Nusajaya lak. die x puas hati x dapat baju la tu. kat Mydin, baju kurung je banyak. jubah ada tapi xde saiz. hampa lagi...... tapi sebelum balik tu akak ajak singgah car boot sale kat sebelah KFC Gelang Patah n terus dapat yg berkenan di hati. yeay!!!! dan x pasal2 aku berjaya belikan Nia dress comel. sebenarnya aku nak beli yg lain. ada jubah budak2 yg comel giler siap ada tudung.





comel camni ha




yg aku minat tu bunga2. Nia suka gak tapi die xleh pakai baju tebal sket. nanti mula la berpeluh sakan pastu nanti naik ruam merah.so beli dress jela. nasib baik harga boleh tahan murah. hihihi

esok pagi2 lagi mak dah gerak balik BP. akak stat buat kuih raya, aku lak bz mengemas apa patut. tetiba rajin giler. hahahaha

petang tu ikutkan kol 6 kitorg dah kena gerak gi restoran Selasih tapi dah kalau kol 5 budak baru tido, memang lambat la kitorg siap. nasib baik budak2 ni bangun tido terus behave je. ni mama suka sesangat. hehehe

sampai sana kol 7. tu pun kena parking kat dataran. dah la x bawak stroller terpaksa la aku dukung si Ari. sampai je terus amik makanan. x sempat nak mingle pun. sbb lepas tu masuk waktu terus makan. kol 8 kitorg dah balik dah. pic makanan pun x sempat nak amik..

overall makanan die sedap jugak la tapi xde la sedap melampau ke apa just nice gitew. cuma yg x best nye sitting die la. ofis akak aku book VIP room n satu meja kat luar. kitorg kan datang lambat so dapat duduk kat meja luar jela tapi...... sempit giler ok.

die punya sempit tu, bila aku bangun, kerusi aku hampir2 berlaga dgn kerusi belakang. pastu boleh pulak ada org siap buat event buka pose kat situ. siap cakap kuat2 lagi. aku rasa aku macam x menikmati makanan langsung semalam. makan sbb lapar je kot. huhuhuh







No comments: