I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, December 29, 2015

Kilang Bateri dan Inflatable pool

cuti kali ni lama. 4 hari sbb campur dgn cuti krismas n cuti ganti kan. so awal2 adik-beradik aku dah tanya x pegi mana2 ke. kalau ikut badan memang nak jalan jauh2 tapi mengenangkan dlm poket ada berapa je so kita pegi yg dekat2 jela.

ari kamis tu aku balik rumah akak dulu. sbb mak ada kat sana. abang aku yg dok selangor tu pun turun JB. malam tu abang aku ajak klua. die kata teringin nak gi kilang bateri. so jom la pegi.



pic google





fyi, kilang bateri asalnya adalah kilang Eveready (jenama bateri kecik) yg telah di tutup. kata abg aku, owner kilang bateri ni adalah owner sama kedai JOHO. jadi die tutup JOHO terus die buka kilang bateri lak. hahaha upgrade 500% la kiranya ni. (kalau info salah, t aku tanya abg aku balik ye. sorry la aku ni kadang2 pelupa sket).

Kilang bateri ni kira hotspot baru kat JB. ibarat cam bazar karat la tapi kat dlm bangunan. konsep die pun hipster sgt. kebanyakan kedai dlm ni x besar mana. dan kebanyakan nye jenama yg ada jual online. yg aku ingat ada kedai baju Che Ta, lagi dah x ingat dah. hahahaha nampak sangat aku ni bukan kaki shopping.

masa kitorg sampai tu, kebetulan lak Al Ikhsan ada buat sale betul2 sebelah kilang bateri. so parking penuh macam hape tah. nasib baik x naik kete aku. kalau x mau berzaman nak cari parking je. hehehehe

kitorg masuk2 je terus cari kedai makan. tempat makan kat sini banyak. ko nak makan kat luar boleh, kat atas boleh, kat dalam pun boleh. cuma tempat duduk kt dlm ni sikit. so kena tunggu org bangun dulu baru dpt tempat duduk. aku x amik lak gambar tempat duduk kitorg. eh sebenarnya aku x amik gambar langsung. dasar lapa mana ingat nak amik gambar. next time la eh hehehehe

habis makan, kitorg gi tgk mahkota depan istana bukit serene. org ramai giler. abang aku malas nak cari parking so kitorg sambung jalan ke Dataran JB. lepak situ sambil layan budak2 ni main buih sabun. tetiba Nia nak terkenc lak. dah la toilet diorg tgh renovate. terpaksa aku berlari gi KFC. tu pun dekat 5 minit aku berlari. huhuhuhu

esoknya dah plan nak gi mandi kat Kulai. gi Inflatabel pool kat 101 mall eh nama die. hahaha aku ni slalu lupa nama. anyway ni kali kedua aku gi sini. yg kali pertama gi korg leh baca kat entry ni.






pic google



dulu pool ni kat area dlm bangunan tapi sekarng buat kat tempat parking lak. pool yg ada pun x banyak cam dulu. xtau la sbb nak jimat duit air ke apa kan tapi masuk sorg kena rm18 tau! budak2 umo 3 tahun ke bawah je free. xpela asal budak2 dapat main air.

Nia la suka asik main berdua je dgn Addin. yela slalu main dlm pool depan rumah je ni main kat pool besar lak. sampai Ari di lupakan. cian anak mama sorg ni. tapi Ari bukan kisah pun. die ok je naik pelampung sorang2 sampai2 nangis2 bila aku suruh keluar. hahahaha kitorg lepas mandi tu terus gerak balik BP. ada org tu risau kan kucing die kat rumah. pfffhttttt....

ari sabtu pagi lak aku ada kenduri kawin kat Parit Raja. SIL buat kenduri kawin belah laki. jarak tarikh belah pompuan dgn laki dekat setahun tu. kata mak aku, kalau mengandung dah beranak dah. hahahahah Al kan gi konvoi kat Perlis x balik lagi. kebetulan lak mak ada tetamu so aku gi bertiga jela dgn Nia n Ari. lepas asar baru aku balik JB dgn akak. sbb tunggu pizza masak. diorg la ni last minit punye plan. dapat la sorg sebiji pizza bawak balik. tapi macam x cukup je. huhuhuhu





p/s : bila nak dapat pizza free lagi??? hihihiihi *angkat2 kening




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...