I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Wednesday, December 14, 2016

First family outing

masa cuti sekolah ari tu ayah ajak kitorg gi holiday. bukan slalu dapat gi jalan2 dgn ayah kan. so kitorg plan dari bulan 11 lagi. yg jadi tukang arrange semua aku la. tapi xpe yg penting semua hulur duit, aku tolong carikan je.hehehehe

punyela lama plan, last2 kitorg set pegi masa cuti maulidur rasul. so kamis malam tu aku gerak balik BP dengan Adik. pagi jumaat aku, Adik, mak n ayah gerak ke Negeri Sembilan (NS). Al cam biasa la x ikut. Famili abang dengan famili Ai tunggu kitorg kat NS je.

gerak dari BP dalam kol 7 kot. kat NS kitorg ada sewa homestay tapi checkin pun lambat lagi kan so kitorg mandi laut dulu lah....tapi x main la kat Port Dickson, itu dah biasa sangat. dah la ramai org. so kitorg lepak Teluk Kemang. Famili abang memang dah sampai dulu. so diorg dah siap2 sewa meja. kat sini memang ada sediakan kerusi meja untuk berkelah. sewa satu hari baru dalam RM30.






 seronok betul budak dua org ni. =)


















masa mandi laut tu Ari dah mula macam nak demam. aku ingatkan die ok. so aku suruh la die mandi laut biar kebah sikit. skali makin panas lak. malam tu gak kitorg gi cari klinik. lepas balik klinik, ok la pulak budak tu. haishhhhh.....

masa ni jugak la henfon aku biol. so kebanyakan gambar yg ada ni adalah ehsan dari abang. huhuhu

setel mandi laut, kitorg terus checkin homestay. Homestay yg kitorg sewa ni, rumah die besar, ada 4 bilik 3 bilik air. memang selesa betul la. sehari baru RM300. mana nak dapat kan? kalau ikutkan kitorg nak tido situ 2 hari tapi ari sabtu dah ada org lain booking lak. = ((

petang tu gak baru famili Ai sampai. sian famili Akak x dapat ikut cuti. kalau x, mesti lagi best. malam tu, lepas bawak Ari gi klinik kitorg terus gi makan kat restoran mana tah. malas nak ingat sbb masakan pun rasa ala2 je. lepas tu terus lepak kat PD Waterfront city. tempat nye ok la untuk budak2 main kejap n lepak. dapat la Nia, Ari n Addin main buih sabun kejap. tapi si Ari tu bukan pandai main pun. habis kepala Nia penuh sabun. hmmmphhhttt....

pagi sabtu, Nia dah sibuk nak terjun dalam kolam. owh kat homestay kitorg tu memang ada kolam mandi untuk budak2. kalau mak pak nak masuk pun boleh tapi sempit la. hahahaha

dalam kol 10 camtu kitorg dah checkout dah sbb kitorg ada misi mencari kuih keria!! kat mana lagi kalau bukan kat MELAKA!!!!

mula2 singgah beli Coconut shake kat sebelah Petron tu. org kata kat situ la paling sedap. paling original tapi nape aku rasa biasa je? mungkin sbb aku dah biasa minum yg banyak aiskrim kot? owh kalau korg rasa taste korang cam aku, korg boleh try coconut shake kat Ayer Hitam. memang sedap bak hang. aiskrim vanila die letak banyak. me like. =))





imej google. ni kedai lama. yang baru kat sebelah masjid.




kitorg sampai ngam2 kol 1 tapi hampeh. baru tunggu x sampai 15 minit kuih keria dah habis!!! owh kedai kuih keria tu stat buka kol 1 tapi ramai org yg dah beratur awal. masa kitorg sampai pun, org dah beratur panjang sampai keluar dah. belum lagi yg baru sampai. sian Ai ngidam nak makan.

so kitorg teruskan perjalanan gi cari makan sambil gi checkin homestay. skali bandar melaka jem giler. dah la masing2 kelaparan. nasib baik Ai sempat tapau pizza. sampai homestay masing2 terus makan n lepak. petang tu ayah ajak kitorg lepak Pantai Klebang.









mula2 gi muzium Kapal selam. tiket masuk rm5 seorang. ok la tempat ni. tapi ruang dalam kapal tu sempit giler. camne la org yg keje dalam kapal tu boleh tahan ek?

lepas tu lepak2 sambil makan kueh tiao goreng memang sedap giler. ingatkan nak makan dalam bustel tapi cam panas je duduk dalam tu. pastu aku nampak ada tempat mandi awam ke apa tah yg siap ada patung ikan paus ke apa. cam pelik je mandi kat situ. dah la tempat open. si Nia dgn Ari sibuk nak mandi. memang xla aku bagi. dah la x bawak baju.

kebetulan dah sampai Melaka, kawan mak ajak kitorg datang rumah die. kebetulan die buat kenduri cucu die sunat. kami ok je sbb dapat makan free. hehehehe

esok nya kitorg dah nak kena checkout dah. cam x puas je jalan2 ramai2. rasa macam hari raya pun ada cuma bukan kat rumah mak la. hahaha tahun depan nak buat kat mana pulak ye?






No comments: