I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, November 30, 2010

Sakit jiwa

aku sangat

sangat

sangat  

SANGAT  

TENSION!!!!!!!
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rasa nak sepak2 org lepas tu ketawa kuat2. 









okla. aku nak gi panjat pokok sambil tenangkan fikiran jap.

Aku Sayang Kau la Bodoh!

ok la. saje aku pakai dialog dalam cerita LBS (Lagenda Budak Setan) tu sbb kadang2 kita akan terlalu sayang kan seseorg tu sampai kita sanggup lakukan apa saja. aku xde la ekstrem sangat nak buat bukan2 kat org but you all know the feeling rite?

jadi aku nak cerita ni.

pasal M.
die dapat keje bagus.
tapi luar negeri.
dan die x boleh balik JB selama 6 bulan.


aku dah macam urghhhh why? why is this happening to me???!!!!

gila emosi aku ni. ye aku sedikit meroyan ni sbb bestie aku nak keje jauh tinggalkan aku terkontang kanting sendirian. sape nak temankan aku karaoke lepas ni? tgk wayang? teman window shopping? gossipping? dan macam2 lagi 'ing'.

yela memang la aku ada Al tapi kawan n suami lain tau. x sama punye. yela, diorg pun lain jantina kan. mesti la lain. apa aku merapu ni?




sedih la.



kalau ko x amik job tu boleh x? xkan la ko sampai hati nak tinggalkan aku kan?







p/s : M janji nak spent time dgn aku sebelum die gerak ke negeri itu. can't wait!






Monday, November 15, 2010

Drama Chinta - Slot Akasia

drama chinta baru je habis jumaat lepas. aku rasa biasa je cerita tu. x best mana pun. ke sebab pemegang watak utamanya? opss

but still ada la intipati sikit2 dlm cerita tu. cerita khabir bhatia biasanye mesti ada pedoman atau intipati dlm cerita die.

tapi kan....ceh ada lagi tapi tu...aku x berapa suka la dgn watak si Rasul tu. ke sebab pemegang wataknye jugak? hehehehe die cam hampeh je masih nak kawin gak dgn si Chinta tu. bukan nak jaga hati isteri die si Saadatul tu.

tah la. aku rasa cerita Nur Kasih lagi best. x klise sangat la kata org. cerita ni kita dah leh agak ending die kan. ke sbb org Malaysia mmg suka cerita macam ni sbb tu la produser2 pun suka buat cerita camni. hmmmm

hari ni dah stat cerita baru kan. agak2 best ke x ek?

Sunday, November 14, 2010

Nasi Lemak Sedap



sarapan yg di belanja oleh ofismate aku. nasi lemak sedap. sbb apa aku ckp sedap? sbb rasa die sedap la. hehehehe nasi die bagi aku ok je tapi sambal die mmg sedap. x manis sangat tapi pekat n pedas. owh rupa die dah cam tu sebab aku dah makan sikit baru teringat nak amik pic tuk buatkan korg semua jeles. ngehhhh ~

aku xtau ofismate aku beli kat mana nasi lemak ni. xkan aku nak tanya die 'woi, nasi lemak yg ko belanja aku tu ko beli kat mana' kan. org dah belanja tu kita makan jela. betul x.

owh ye. aku mmg suka ckp makanan2 yg best sedap sbb...... rasa die sedap la. heheheh xdela. aku biasa kalau klua makan dgn Al ke mesti ckp kat die nak makan tomyam sedap atau burger sedap atau nasi lemak sedap. kalau Al bawak aku kat tempat yg x sedap je terus aku condemn die ckp 'ni bukan burger sedap. nak makan burger sedap.' 

ye, aku mmg gedik. sila lempang. lol

tapi betul la kan. kalau korg klua g makan, mesti nak makan kat tempat yg makanan nye sedap kan. tapi x over cam aku kan sampai cakap nak burger sedap. hehehe eh dah melalut lak aku bebel. padahal tadi nak cerita pasal nasi lemak sedap je. ala cam x biasa lak. yela2. nak stop la ni. stop la D! =P


UPDATE : ofismate aku cakap die beli nasi lemak tu kat area kedai makan berhampiran Mama Chops Papa Grill Taman Universiti. kot2 la korg nak pegi kan. =)

Aku Rindukan Alam Remaja

hari ni hari terakhir aku kerja sebelum cuti panjang. xde la lama mana. seminggu je. ni aku taip live. esok baru stat auto publish. ceh nak gak tu buat iklan. hehehehe

rasa macam cepat je masa berlalu. macam baru semalam aku stat skola. blaja, ponteng kelas, tapi aku paling xleh lupa masa skola kat skola teknik dulu. x sangka aku akan dpt kawan baik yg terbaik la macam G. kalau masa mula2 kenal, aku macam annoyed giler dgn die sbb suka tanya soalan banyak2. dah la aku mengantok. ingatkan masa rehat dpt la tido kejap ke kan, ni takkkkk... die asyik membebel je kat telinga aku. sampai aku g toilet pun die ikut. tapi lama2 bila x dengar die bebel, rasa rindu lak. hehehe

ceh, tetiba teremosi lak. kenangan mengusik jiwa betul la. yela masa besday die aritu aku lupa nak bagi die present so ni kira ucapan tuk die la ni. macam la die baca blog aku kan. pfffhttt

semlm aku ter'emo' la sangat so aku mesej G cakap nak jumpa. die pun ok je. lama giler aku tunggu die. ada la dekat sejam. aku paham la sbb hujan n jem semua tapi 1 jam beb! naik panas punggung aku. nasib baik kerusi tempat aku duduk tu x terbakar.

so hukuman yg terpaksa G terima ialah die kena belanja aku makan. hahahaha sebenarnya aku x suruh pun. die yg nak. ceh padahal dlm hati aku dah membara dah ni sbb kena tunggu die lama. hehe

makan kat restoran Black Canyon sbb G x penah makan kat situ lagi. aku order fettucini with chicken n hot basil n G lak order nasi dgn ayam black pepper. lepas makan kitorg borak2 n round2 Jusco Tebrau. si G asik la kenakan aku.

but yeah. i'm really missing the old days. aku kenal G ni sejak skola lagi. ada la 7 tahun kawan. gosh, giler lama weyh. rasa cam kejap je masa berlalu kan.





gambar G tahun lepas kot. tah aku x ingat. 

die ni cikgu ok tapi pakai baju cam budak skola. pastu style cam ala2 gothic la. x paham betul la aku. hehehe jgn mrh G. semlm aku x amik gambar die sbb bateri hp aku kong. biol. dah tau nak jumpa boleh lak aku x cas hp. grrr marah diri sendiri. ;P






p/s : G, aku x rasa lagi naik kereta baru ko. bila nak rasa ni? 




p/s/s: ceh ada lagi tu. hehehehe : tadi ofismate aku belanja sarapan. die tapaukan nasi lemak. buang tebiat kah? 






Wednesday, November 10, 2010

Mentang2 kau besar, kau rasa kau betul?

ok aku tetiba rasa hot ari ni. owh cuaca mmg agak panas kat sini di tambah lak dgn hati aku yg panas ni makin la rasa cam urghhhhhh!!!!! dah la nak mintak tukar shift pagi x dapat. aku benci korg! masa susah cari aku, masa senang aku mintak tolong sikit pun xleh. dah la buat sukan lawan antara jabatan masa saat genting ni. saat genting aku la. hehehehehe =P

tapi aku bukan la hot sgt dgn diorg pun. sbb aku paham yg korg semua ni bz (bz la sangat kan).

sebenarnya aku marah kat sorg pompuan ni yg agak superior la kat sini. tanpa kata2 tambahan dari die, siapa la aku ni kan (naik pangkat kena dpt surat sokongan dari die ok).

so anyway, aku cam biasa la tgh lepak2 kat meja aku sambil minum air epal yg sedap sebab ada ais sampai kalau ko goyang2 gelas tu akan bunyi kling kling....sedap weyhhhh... then tetiba ketua aku panggil. so aku g la jumpa ketua aku ni.

owh ketua aku ni comel org nye. tapi aku suka cara die but anyway, die cakap yg pompuan superior cam bagus ni dah buat aduan.

die cari brg x jumpa.

yela ada customer ni adu kat die suruh carikan brg n ofcos la die sebagai org bertanggungjawab tolong carikan.

TAPI.....




x jumpa ok.

n die salahkan aku sebab buat labelling salah!

xla direct cakap kat aku tapi buat aduan kat ketua aku. dah tentu aku yg buat labelling tu, so salah aku lah kan. masalahnye, selama ni kalau customer cari brg x jumpa n tanye aku mesti aku jumpa punye. kalau x jumpa tu sbb org dah amik but that is not the case la.

the case here is die x jumpa brg tu n die salahkan label yg 'konon' nye salah.

WTH!!!! 

aku tau la ko duduk dlm ofis sendiri yg ada kerusi besar. keje ko duduk depan pc je menaip keje yg banyak. (ke ko main game ha? owh x, itu aku la. hehehehe)

keje 'buruh' semua kitorg yg buat. tapi jgn la nak berlagak ko tau semua. aku rasa ko ni x penah pun buat keje 'buruh' kan. so memandai2 la ko ckp kitorg ni x bagus. damn you la!

aku betul2 x puas hati la dgn this kind of ppl. mentang2 ko jawatan tinggi ko assume semua ko tau. plz la. cuba la rajin2 sikit tgk kitorg buat keje. x pun tanye camne flow keje kitorg. ni x, ko tau nak sembur je. bila flow ok ko x penah lak nak puji ek? such selfish b@#%^*(d!



geram tau asik terkena je dgn die ni. pulak tu die lambat lagi nak bersara. hmmmppphhhhh


sama giler la muka die dgn pompuan ni...lol







p/s : xpe, ada ubi ada batas, xde ubi xleh buat ubi rebus cicah sambal. oh sedapnye. aku ok la. juz geram sikiiiiiit je. =)

Sunday, November 7, 2010

Ku berjanji kerana cinta






sangat sangat sangat SANGAT suka lagu ni.
macam nak guna bila tiba masa nanti je.
lurve it damn much la. xoxo (eh, nape ada lambang ni lak? hehehe)






p/s : bila dengar lagu ni, hati rasa macam di buai2 je. hihihihihi syok!

Saturday, November 6, 2010

Apa2 Tah (5) : Farid Kamil

ni sebahagian dari perbualan aku dgn seorg kawan baik aku tadi.








 click image for larger view


ye, die lelaki yg sangat poyo sbb suka giler pada Farid Kamil.
nasib baik die x gay. hahahahah
owh, perbualan kitorg tergantung sbb die kata die bz tapi aku xtau la betul ke x atau die malu sbb aku kutuk2 die fan Farid Kamil. lol
aku kan mmg kejam. ;P







p/s : menghitung hari2 yg bakal mendatang.....hmmmmm =)