I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, August 27, 2012

Aiskrim raya

korang ingat x pasal janji dari Hotfm n Baskin robbins pasal aiskrim percuma tu? ala yg ni......






on that day memang la aku ada niat nak gi. masa tu Al keje so aku ajak la Kak Sri teman aku tapi masa tu la macam2 jadi. tup2 kami x jadi makan aiskrim baskin Robbins. kempunan aku....huhuhu......

tapi.....

aku ada idea lain!

masa tu bosan sbb keje di bulan pose kat ofis dah la xde orang kan...so aku godek2 kat internet tetiba terbuka website bonuslink n ada macam2 benda yg kita boleh tebus dari mata yg kita dapat dari kad bonuslink!



selingan.....
pada yg xtau, bonuslink ni kira redeem card la. ko beli barang kat tempat2 yg jadi partner dgn bonuslink n ko akan dapat mata. bukan mata wang tapi point2 la. so bila cukup, ko boleh tebus kat website bonuslink atau stesen minyak shell. perghhh panjang giler penerangan.


ok sambung balik....
well anyway, selama ni aku rajin la isi minyak dekat Shell dengan kad Bonuslink tanpa tau motif apa. ingatkan kalau nak tebus pun dapat towel ke botol air ke apa kan. skali.....aku buka je website Bonuslink.....waaaaahhhhhhh......macam2 ado.....

rambang gak la mata aku. yela ibarat ko shopping tanpa gunakan sesen duit pun. dannnnnnn.....aku nampak voucher Baskin Robbins! so aku pun tebus voucher tu.







n x sangka la dapat voucher tu seminggu sebelum raya.

so masa raya ke berapa tah, kami iaitu aku, Al n Nia telah menyerbu Baskin Robbins Aeon Bukit Indah. memang berkobar2 la ni.

kitorg amik perasa mango tango dan gold medal ribbon(ada rasa vanilla, coklat n karamel sket).

terus terang aku cakap, rasa die biasa je. tutti frutti lagi best kot. tapi dah kalau x penah makan....aiskrim mahal lak tu. mesti la teruja lebih kan. nasib baik pakai voucher. kalau bayar sendiri.....hehehehe xde nye aku nak makan la.










p/s : semua org kat ofis masih mood raya. semua muka lemau je. hahahaha

p/s/s : owh entry raya masih on the way. bila tu xtau la. banyak gambar nak kena tapis ni. hehehehe











2 comments:

beat said...

tutti lg best? tul ker?

funky_D said...

terpulang pada masing2 la. bagi aku, aku suka yg rasa susu or krim die lebih. lain2 orang, lain pendapat kan.